Lanai Kijang

Lanai Kijang

Monday, April 2, 2012

Pulut panggang

tu dia.... nampak pulut panggang kat dapur SinaranMenu pagi tadi kak rose pun terus menggodek lah jugak.... tp kak rose punya ni versi malas punya sbb guna serunding udang kering yg dah sedia ada yg kak rose buat ari tu dan pulut pun kukus guna santan serbuk jer.... semua nak senang kan.... asalkan dapat makan..

meh jemput minum petang dengan pulut panggang versi bakar atas non stick pan.... kalau nak resepi boleh g tengok kat SinaranMenu ya.... mekasih ya Ros sbb dah dapat menggoda sampai kak rose pun terliur sama....

20 comments:

Amie said...

Uwaaaa... kita pun terliur sama ni... bilalah boleh menggodeknya...hu hu huuuu selalaunya tak sempat bungkus, serunding dengan pulut tinggal separuh kena makan dulu!

kasihredha said...

sedapppnya...i like...i like
pulut lepa pun saya suka...akak pernah makan tak? inti serunding ikan:)
suka time bakar tu...sedap aroma dia kan

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

kak Ros menguda...dan terguda...Hubby ros makan 5 batang pulut tu....terkejut kita dibuatnya...

Tina Othman said...

sedapnya pulut panggang, lama tak makan

Kak Rose said...

Amie, x bungkus pun sedap gak.... pulut serunding

Kak Rose said...

kasih, macam pernah dengar tp x tau penah makan ke x? sllu kalau balik kelantan MIL suka bli kuih2 lama ni... suma kak rose makan je taunya!

Kak Rose said...

P Ros, sesekali buat mmg macam kemaruk makan! sllu makan pulut cicah je ngan serunding tu.. bila panggang lain aromanya kan.

Kak Rose said...

Tina, kalau ada masa bolehlah mencuba... kalau x pun kedai banyak je!

Uncle Lee said...

Hello Kak Rose, I da lama ta'makan ni, agak2 26 years!
Ada lagi? Saya nanti bus datang. Simpan lima, ha ha.
Ini makan petang with iced coffee betul sedap best!

Your this pulut panggang looks really delicious!
Kalau buat business, tiga minggu boleh beli YSL ke Dior handbag, kasut, ha ha.
Have fun, simpan satu lagu dalam hati.
Lee.

Sari Yusa Ibrahim said...

amboi, putih melepak pulut tu, berseri-seri ditambah serunding, mesti sedap...

Kak Rose said...

Uncle Lee...

if you really in penang by now, kak rose sanggup hantar pulut panggang special ni g sana tau!

anyway, kak rose masih nak ketawa sendiri bila teringat ur april fool prank! betul2 terkena... nasib baik I x bawak kompang g sambut u kat airport!

Kak Rose said...

Sari, pulut tu thailand mari punya... cantik, sangat putih bersih n lembut jer...tambah dengan serunding, mmg heaven la!

Mak Wardah said...

Salam Perkenalan. Kenapalah dulu2 tak pernah terjengah blog ni? Now dah jadi follower.

Mama Hawa/Mama Nani said...

Salam kak Rose...
hahaha dh mcm virus plak tgk..ki3x
arituh kat rumah Ika, puan ros tup tup kat dapur kak rose pun ada..sedap nie

naimah said...

Assalamaualaikum kak Rose..salam perkenalan dr saya..selalu bertapa kat blog kak Rose.. dandah cuba pelbagai resepi..terima kasih ya :)

Kak Rose said...

Mak Wardah,

tq terjengah blog kak rose ya... dan kak rose pun dah follow.

Kak Rose said...

Mama Hawa, yg sedap2 tu mmg cepat jer virus merebak... he he he

Kak Rose said...

Waalaikumsalam Naimah, salam kenal jugak...

tq sudi cuba resepi2 dari sini yg kak rose kongsikan dari sifu masak2 yg tera2 tu...

Alza Abdullah said...

wah ini feveret, nmpak mengiurkan ^_^

Mohd Shaiful said...

kalo nak senang beli jer...sy pernah try dkt azura pulut panggang...mmg best..inti dia padat....tempahan pn dia ada buat...tempat dia kat sek 16 bdr baru bangi...sy rsa ada kot no dia..jp...019-4107920...