Lanai Kijang

Lanai Kijang

Wednesday, October 19, 2011

bz.... goyang kaki

salam hari rabu semuanya.... tu la kak rose ni x de keja carila keja x bergaji....so seharian lah hari ni bz menjahit tolong kawan yg buat persediaan alatan perkahwinan.... nak buat beg uncang yg isi goodies tu, dah la nak guna hari sabtu ni, hubby pulak admitted kat PPUM sehingga hari khamis dan kawan ni kenalah jaga hubby dia kan.... so terbengkalai semua keja dia. kak rose pun offer diri nak tolong jahitkan..... nasib baik ada mesin jahit singer yg antik ni (agaknya kalau kat orang lain dah lama jadi tukun ikan kat dasar laut kan....) so seharian la kak rose goyang kaki.... kak kak rose dah kata mesin antik, x de pakai sambung power elektrik punya.... nak guna 300 pcs tp kak rose ni tolong mana yg terdaya nak jahit je la... tu pun jahit semacam ular kena palu jer....

so disebabkan bz goyang kaki, lunch dengan ni je .... kenyang jugak!

19 comments:

indahhiasan said...

nampak sdap ayam goreng tu..

JaSSNaNi said...

oooo... alkisahnya.. tak per kak rose.. semoga suami kawan kak rose tu bertambah pulih dan sihat kembali ye.. aminnnnn.. kak rose tolong kawan kak rose membantu meringankan keje orang lain dan allah janji pahala yang tinggi.. alhamdullillah.. :D

sedap ayam goreng tu.. nyum nyum.. menjahit sambil makan ayam ek.. :D

Lieya said...

Ayam goreng pun sodapppp hingga menjilat jari...

tun_telani said...

kak rose.. perkara yg paling tun xde bakat ialah menjahit. kalau guna mesin yg goyang kaki ni lagiii lah. pernah try, goyang2 kain bergerak ke belakang! haha... teruk kan?

Anonymous said...

Salam Kak Rose, mesin jahit antik tu la lagi bagus kerana senang "adjust" kan irama kelajuan yang kita inginkan, dan bagi Ratna mesin jahit antik begitu cantik (lagi-lagi jenama Singer) menawan pabila dipandang, disini sering kali dibuatkan sebagai hiasan gitu.

Selamat menjahit bergoyang kaki, adore cara Kak Rose berseloroh gitu.

Salam manis manis madu.

Kak Nik Ja said...

goyang kak rose..ewaaah jangan tak goyang!! mokwo ade gak mesin nih ...hampir nak buat tukun dah tuh!!hihi..lama tak guna nih...nanti nak pi tanya kabo lah!

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

Kak ros salah satu angan2 kita ialah supaya pandai menjahit,tapi sampai dah tua tapi belum bangka ni masih tak pandai lagi huk huk huk....

Kak Rose said...

oli-go, lapa apa pun nampak sedap kan..

Kak Rose said...

Ya nani, hubby dia ada masaalah jantung, tu yg kena warded tu... harap2 ok je kan... kak rose ni boleh tolong sikit2 jer...jahit pun macam jalan bengkang bengkok!

Kak Rose said...

Lie tq pada ayammas... segera punya. mmg sedap kan.

Kak Rose said...

tun, kak rose takat jahit yg lurus2 tu boleh la sikit2.... belum termimpi lagi nak jahit baju bagai!

Kak Rose said...

Ratna, orang dah x guna mesin goyang kaki ni kan....dah jd barang perhiasan pulak

penat jugak goyang kaki ni rupanya ya...

Kak Rose said...

mokwo.... tukun yg masih berguna...masih elok x de cacat celanya. penat goyang kaki ari ni!

Kak Rose said...

Ros, kak rose kalau terpaksa boleh la sikit2.... setakat jahit kain batik tu boleh la...

♥MAMASYAZA♥ said...

bila tgk mesin jahit tu, teringat mesin jahit kat umah arwah tok saya...rindu lak kat tok saya

cik cek said...

Kak Rose...rajinnya menggoyang kaki....untung kawan kak Rose ada kawan yg boleh menolong....tak kisah lah mesin antik ke apa ke...janji dapat tlg kawan kan kak ros...:D

Kak Rose said...

Mamasyaza, rumah orang lama2 je yg masih ada mesin cenggini kan... antik betul!

Kak Rose said...

cik cek, kesian tengok dia kan... takut x dapat siapkan tempahan orang... kak rose bantu apa yg mampu jer...

Lee said...

Hi Kak Rose. I love your that sewing machine. My wife has a similar one, about 90 years old 2 generations. And a table top one.
I have to service it every few months, it makes sounds like a a train on old tracks. Very noisy!
I have told her, another 10 years I might not be able to carry or lift it up, ha ha. She will never part with it for the latest. Thank goodness, I'm safe too, ha ha.

I sure love your lunch? Macham Hilton dish. You sure know how to eat in style.
Have fun Kak Rose, and keep a song in your heart.
Lee.