salam hari isnin semuanya.... harap2 x de monday blues ya.... muga riang dan ceria saja dipagi hari untuk memulakan minggu yg baru ni... secerah matahari pagi ni dan harap2 panas hingga kepetang la kan.... dan pagi2 lagi kak rose dah tayang sayur ni... sedap dan boleh ratah gitu jer. tp kalau dapat makan dengan nasi panas2 pun laaaaaagi sedap! resepi kak rose amik dari blog Resepi Raidah... simple n nice, mekasih ya dan kak rose mintak nak sharekan kat sini lak... boleh la kawan2 mencuba untuk lunch nanti...
Bahan-bahan:
500 gm broccoli
5 ulas bawang putih ~ dipotong dadu
3 sudu sos tiram
1 camca teh tepung jagung ~ bancuh dengan sedikit air
1/2 camca lada sulah
Air ais ~ untuk merendam broccoli
Garam
Cara penyediaan:
1. Celur broccoli selama 2-3 minit dalam air mendidih. Kemudian sejatkan dan rendamkan ke dalam air ais, 2-3 minit dan toskan.
3. Tumiskan bawang putih dan goreng sehingga garing dan angkat.
4. Masukkan sos tiram dan air bancuhan tepung jagung ke dalam kuali. Apabila kuah telah mendidih, masukkan broccoli dan kacau seketika. Letaklah lada sulah dan garam secukup rasa.
5. Angkat ke dalam mangkuk dan taburkan dengan bawang putih yang telah digoreng tadi. Sedia dihidang. (kak rose tambah taburan sesame seed yg dah disangai)
17 comments:
Suka sayur ni...bila tak sihat..dapat ratah2 je makan sayur best kan kak rose...
hmm sedapnya segar bugar jer nmpk brokoli tuh..mesti krup krap ni.Main ratah jelah
waahhh.. menu diet! hihi... tp tun xleh kalau tergigit bawang putih.. mesti nk minum air segelas besar.. hihi
Kak Rose menu sihat dan sedap.Anak Ros yang 6 tahun tu suka brokoli.
kak rose... menu sihat ni mmg sedap... brokoli bawang putih ni pun sedap nampak... hari sabtu lepas nani gi carrefour sambar gak 2 pokok brokoli ni.. baru 1.50/pcs.. murah kan.. leh la wat sup dan macam2... nyummyyy
cik cek, kak rose suker gak... celur je pun dah ok.
lina, bli lama dah duk dalam fridge je sbb asik tapau jer...tp ttp segar... celur kejap n then masuk dalam air ais... nampak segar, hijau gitu kan.
tun, wah kenyang minum air je la... tp lg bagus kan.
Ros, untung anak suka makan sayur... anak kak rose sayur suma tolak tepi, dari dulu sampai la ni!
Nani, murahnya.... kadan2 tu mahal gila kan..
Assallamualaikum kak Rose,
Kak, anak dara Naz panggil sayur ni 'pokok' sbb rupanya cam pokok..hehehe.. Mmg best kalau brokoli ni dicelur je.. Terasa manis2nya tu..
Walaaikumsalam Naz, lagi kalau dapat yg fresh.... manis jer.
as-salam kak rose
sayur kegemaran my daughter ni..suka sangat dgn brokoli..
Salam ady...kalau cam tu kena masak sllu la ya...
Salam..saya suke brokoli...masak simple2 sedap sebab ia mengekalkan kerangupan dan rasanya..
Sue, celur gitu je pun sedap kan...
Suka sayur ni. Makan ratah ratah gitu jer
Post a Comment