Lanai Kijang

Lanai Kijang

Friday, October 28, 2011

Abok abok

ni abok abok untuk minum petang semalam.... kuih yg paling senang nak buat, tp nak bungkus tu sungguh lah mencabar keras tangan kak rose ni... kelongsong pun abes terbarai... yg tu suma letak balik tabir je la... x nak mengaku dah terkantoi! tayang yg x terbukak dan nampak elok je... aci tak cam tu?

resepinya kak rose amik dari Myr oleh cikgunita, terima kasih ya cikgu... dan kak rose mintak izin nak kopipes kat sini lak... pernah buat jugak kat sini...

Bahan-bahan ( 10 biji )

  • 2 cawan sagu biji.
  • 2 cawan kelapa parut putih
  • 3 sudu makan gula merah
  • 3 sudu makan gula pasir
  • secubit garam.
  • 10 calong daun pisang. Lidi penyemat

Cara-cara

  1. Basuh sagu dan toskan 5 minit.
  2. Gaulkan sagu dengan kelapa. Tambahkan garam.
  3. Campurkan gula merah dengan gula pasir.
  4. Masukkan 2 sudu campuran sagu ke dalam calong daun pisang. Kemudian sendukkan 1/2 sudu campuran gula dan akhirnya masukkan 1 sudu campuran sagu.
  5. Tutup calong dan sematkan dengan lidi. Kukus kuih lebih kurang 10 minit. Siap.
kuih yg berasaskan sagu ni mmg dah jadi pebret kak rose... bungkus besar gedabak - makan satu kenyang sampai malam! kalau dapat sagu gula melaka tu lagi best kan... dapat makan yg sejuk2... hmmm nyaman sekali!

petang ni nak kena g dentist lagi..... hishhhh!

21 comments:

Fazleyatul Aini said...

tak sangka kuih ni senang. saya ingat susah. hihi saya salin resepi ye kak =)

cik cek said...

Kak Rose...rajinnya...kalau cek bab membungkus confirm tak menjadi..tgn keras kejung....memang lama dah tak mkn kuih ni...

Kak Rose said...

Lya... sila kan. dah cuba nnti share ya..

Faiz said...

kak rose! saya suka kuih nih!..yey nnati nk cuba jugak. tq!tq!

Nadia said...

sedap tak??

new entry ::

Review Real Steel ツ

new entry :: Photoshoot ツ

Yatie said...

sedapnyaaaa...kuih kegemaranku, cantik dan kemas je akak bungkus kuih ni...mana ada terbarainya...kih3...

Qhaifa Nur said...

dah dapat resepi abok - abok boleh share kan..suka tau..

CT Delima said...

as'salam Kak Rose

ini salah satu kuih fav ct. kalau buat masih hangat2 ct dah makan dulu. kira seisi keluarga memang meminati lah kuih abuk2 ni. lama juga tak buat. mana nak cari daun pisang....

noorsafone said...

kuih abok-abok...suka sgt...nanti boleh try..tq share resepi ya Rose..

Kak Rose said...
This comment has been removed by the author.
Kak Rose said...

cik cek, kak rose pun keras tangan jugak bab2 membungkus ni...

Kak Rose said...

Faiz, silakan..

Kak Rose said...

Miss Nadya, sedap pd yg suka... selera memasing x sama kan?

Kak Rose said...

Yatie, semua kuih jenis sagu mmg kak rose suka sangat!... yg terbarai tu tuk tayangan sendiri jer... he he he

Kak Rose said...

Qhaifa Nur... sama2

Kak Rose said...

Waalaikumsalam CT, wah ada geng la kak rose ni... suka makan masa panas2... kalau susah dapat g kedai jer!

Kak Rose said...

noorsafone... sama2. silakan mencuba ya.

liza said...

salam ziarah kak rose...dapat jugak resepi kuih yg hubby suruh buat hari tu..thanx yer kak share kat sini..

Kak Rose said...

Liza, selamat mencuba.

Lee said...

Hello Kak Rose, I da lama ta'makan ni, Ithink more than 26 years. I love this.....I think lima pieces no problems. ada lagi?
Maybe I give some to Genesse and Aiyana and the mother to try too, arhaaa ha ha ha.

Can I have your consent copy the 2nd picture? I simpan, next day bila saya naik angin I put it up in my pondok. Make my friends lintang pukang, ha ha ha.
Okay, outang you teh tarek lambong tinggi.
You stay young, have a nice day and keep a song in your heart.
Lee.

Kak Rose said...

Uncle Lee, don't forget Minyakcapkapak also... maybe he will like it... he he he...

Can, no problem one as long as ada teh tarik lambong tinggi tu...