Lanai Kijang

Lanai Kijang

Friday, July 29, 2011

Kuih bakar durian

kuih musim durian untuk minum petang semalam.... masa musim ni lah memacam kuih yg berasaskan durian timbul kan... mmg keratif sungguh lah pencipta resepi masak2 ni.... dan kak rose tolong kopi dan sebar2kan sbb x le pandai nak cipta resepi sendiri! so resepi kuih bakar ni kak rose cnp dari Myr oleh kak fida..... terim kasih ya kerana kongsi resepi ni dan izinkan kak rose kongsikan kat sini lak kalau ada kengkawan yg nak mencuba.....


Bahan-bahan ( loyang 11x11 inc. atau acuan baulu )

  • 250 g isi durian
  • 1700 ml santan (600ml santan kotak+1100ml air)
  • 600 g tepung gandum (5 cawan rata)
  • 400 g gula pasir
  • 6 biji telur (kalau kecil guna 7 biji)
  • 1 sk garam
  • 2 sk pewarna kuning lemon + 1/2 sk pewarna hijau (jika suka campur)
  • 1/2 sk pewarna hijau (jika suka) (kak rose guna kaler orange+kuning jer)
  • (kak rose buat 1/2 dpd adunan ni n guna loyang 8x8)

Cara-cara
  1. Satukan kesemua bahan2 kedalam sebuah mangkuk dan kacau rata.Tuang pula adunan kedalam pengisar dan kisar bahan2 hingga halus.Tuang semula adunan yg telah dikisar kedalam mangkuk dan kacau lagi hingga rata dan sebati.
  2. Sementara itu,oven hendaklah dipanaskan dahulu pd suhu 180C.
  3. Tuang adunan ke dalam loyang atau acuan bahulu yang bergris dan bakar selama 45 min atau hingga masak.(kak rose bakar 1jam n 15 mts)
kak rose buat separuh dari adunan diatas, dan tu dia.... penuh loyang 8x8... 2/3 dah bagi kat jiran2 merasa kuih bakar durian yg lemak manis ni.... bakar garing2 lagi la sedap!

19 comments:

Zalinah Basir said...

Kuih bakar durian ni sedap.. cantik pembakarannya sama rata jer warnanya..

HALAMANKU said...

mmm wangi jek bau kuih bakar durian ni.. betul2 menggoda tau... kak rose nak join gak.. he he he

cik cek said...

Salam Kak Rose...

Bau kuih bakar durian kak rose...sampai rumah cek..ni dtg nak joint makan2 ngan kak rose...sedapnya...:)

izahdaut said...

WAHHH CANTIK ELOK JE KUIH TU KK ROSE POTONG.. SAH WANGI SATU RUMAH KAN.. LEMAK2 GITU.. MMG KREATIF ORG CIPTA KUIH GINI..KITE NI MAMPU IKUT JE, NAK CIPTA TAK RETI..HEHEHE

ady said...

as-salam kak rose
cantik kuih bakar durian tu kak rose..., tertarik nak mencuba...

Kak Rose said...

Lina, mmg sedap, lemak n manis durian...

Kak Rose said...

Erma, sila lah tergoda ya sebelum menjelang puasa nnti...

Kak Rose said...

Cik Cek, bole... mai la ada lagi nih!

Kak Rose said...

izah, mmg betul... rose ni tukang kopi resepi jer!

Kak Rose said...

ady, masa banyak durian ni elokla mencuba...

Fiza Nordin said...

cantiknya kuih bakar durian ni....
balik kampong 2 minggu kelmarin, abg ipar kate klu jadik, dekat2 raye nnt baru luruh durian kat kampung tu.... jdinye lo ni tgh sabarkan diri hihihiiii

Yatie said...

uwaaaa Yatie mmng suka kuih2 mcm ni..durian pun ada lagi ni..leh buat bingka durian ni..tq K.Rose, cantik je kuih akak..

Bintangjauh said...

Salam wahai Kak Rose, musim durian .. ya ampun jika Anakanda tahu kempunan la dia! kerana semasa Ratna ditanah-air buah durian ada lah buah kegemarannya.

Menambat anak mata dan pasti yummy pabila menatap manisan kuih bakar durian Kak Rose ini, potongan nya sama rata sahaja, tertip dan halus gitu.

Salam manis manis madu.

Kak Rose said...

Fiza, wah raya nnti kenyang la makan durian ya...

Kak Rose said...

yatie, selamat mencuba ya.

Kak Rose said...

Ratna, selama ni x tau pun yg durian pun leh wat bingka... ternyata amat sedap kuih bakar ni.

LiNa_Pg said...

assalam kak rose..sedapnya kuih bakar durian ni.Licin mulus jer rupa parasnya..

Nadz Nazharzan said...

Kak Rose,
Cantiknye kejadian kuih akak ni.. Potongan pun kemas jer..
Salam Ramadhan ye kak..

Unknown said...

Assalamualaikum Kak Rose...

Lin Tak Pernah Buat Kuih Bakar Durian Ni...Mesti Sedap Ni..