Bahan-bahan
- 20 ekor udang saiz sederhana besar - buang kulit dan tinggal ekor je
- 3/4 cawan tepung gandum
- 1 sudu kecil baking powder
- 1/8 sudu kecil garam
- 1 sudu besar minyak masak
- sedikit daun sup - dicincang halus (kak rose x letak x de stok)
- sedikit pewarna kuning - agar warna tepung kekuningan
- air secukupnya - lebih kurang 1 cwn (hana guna air rebusan kulit udang)
- minyak untuk mengoreng.
Cara-cara
- Toskan dulu udang bagi betul-betul kering, kemudian lumurkan udang dengan sedikit tepung. Ketepikan. >> hana tmbah serbuk lada sulah.
- Masukkan semua bahan-bahan dalam mangkuk, kecuali air dan pewarna. Kemudian masukkan air sikit-sikit sambil dikacau agar adunan tidak berketul. Masukkan pewarna dan kacau sebati. Adunan ni tidak terlalu cair mcm bancuhan lemping atau kuih ketayap ye, pekat lagi sikit, kiranya bila celup udang tu..tepung akan menyaluti udang sepenuhnya. Biarkan dulu seketika dalam 5-7 minit sebelum digunakan.
- Panaskan minyak dan boleh la celup udang satu-satu dalam tepung dengan pegang bahagian ekornya, kemudian digoreng dengan api sederhana hingga kekuningan. Angkat dan toskan. Siap.
udang goreng celup tepung yang montoks2.... buat sikit jer sbb untuk abang sorang jer.... kak rose x leh makan pun.... ngences jer..... kak rose nyer buat ala2 salad udang gitu.... nnti kak rose post kat sini ya...
6 comments:
sedapnye udang tepung akak tu
salam kak...dulu saya pernah buat la udang tepung goreng ni...semasa zaman awal2 uni dulu...hehe..tapi, tak jadila sangat waktu tu..hehe..biasala budak baru belajar...
Sue, cubalah memang mabeles
Anna Da Lady, sekarang boleh cuba lagi kot...guna resepi ni n ikut betul2 mesti jadi nyer!
salam,
saya follow,
sedapnya udang tu macam yang kat kedai,
tq resepi ni bolehlah saya cuba.
ikutsukakoi, tq sudi follow n cuba resepi udang ni...
Post a Comment