Lanai Kijang

Lanai Kijang

Monday, June 14, 2010

Kueh lopes

selamat petang semua.... jom kita minum petang dengan kueh lopes ni..... sementara bahan ada dan air gula baki yang buat som-som tu ada banyak lagi, kak rose pun mereka lah kuih yang boleh dimakan dengan air gula nih..... dan lopes menjadi pilihan untuk petang ni.... resepi biasalah.... kak rose kan suka dengan resepi2 dirumah hana, jadi kak rose pin kopi pes dari hana.... tima kasih ya....

Bahan-bahan
  • 2 cawan beras pulut
  • 2 cawan santan cair(kak rose guna santan serbuk je....)
  • 1/2 cawan air pandan (dikisar)
  • 1 st air kapur- x ltk (kak rose x letak)
  • 1/2 st garam
  • beberapa titik pewarna hijau
  • kelapa parut yg di gaul dengan sedikit garam
  • *** air gula ***
  • 3 ketul gula melaka
  • 5 sb gula
  • 3 cawan air
Cara-cara
  1. Cuci beras pulut,rendam beras pulut dgn air selama 3jam, masukkan juga pewarna hijau & air kapur. Kisar daun pandan bersama 1/2 cawan air dan tapiskan airnya.Kemudian toskan dan masukkan dalam loyang. Kukus selama 20minit. Lepas tu, masukkan santan & air pandan kukus lagi selama 30minit.
  2. Alas bekas 4segi/bulat dengan plastik/daun pisang. Ambil pulut tekan padat2 dgn plastik/daun pisang. Biarkan sejuk,kemudian potonglah ikut bentuk yg anda suka. Kemudian golekkan dalam kelapa parut.
  3. Semasa kukus pulut,boleh buat air gula. Masukkan semua bahan dalam periuk,bila dah mendidih kecilkan api dan masak hingga agak likat. Bila dah sejuk boleh dimakan bersama pulut.
  4. *** air gula nih bergantung pada saiz gula melaka yg anda gunakan, jika guna yg besar blh kurangkan gula.

jemput minum semua.....

2 comments:

ain said...

rajinnya kak rose!! saya suka gak kuih lopes ni tp tak pernah buat. main beli aje.hihi

Kak Rose said...

sesekali merajinkan diri sbb nak makan...puas ati kalau buat sendiri kan...