Lanai Kijang

Lanai Kijang

Thursday, June 24, 2010

Muffin pisang crumble berkeju

salam semua.... dah minum2 petang ke.... hari ni kak rose kan merajinkan diri buat muffin ni.... sejak ternampak kat rumah hana yang kak rose lungo dolan tiap2 hari asik teringat je nak buatnya....rumah izzah jugak (izzah nyer cantik, kuning jer).... biarpun tak boleh nak makan.... tak pe kan nanti abang balik makan boleh tanya camnaer rasanya.... agak2 nya ada rasa masin keju tu tak? tapi tergeseng pulak campur dengan gula perang tu jadi nampak macam sikit2 cekelat gitu.... betul ke cam tu wahai nduk hana? tapi ni muffin versi malas ya... tak de crumble nya..... jalok ijin kak rose kopi resepinya kat sini ya. tima kasih daun keladi.....esok2 nak resepi yang lain lagi.

Bahan-bahan
  • 250g tepung gandum
  • 100g gula custor
  • 50g gula perang
  • 1/2 sk soda bikarbonat
  • 11/2 sk baking powder
  • 1/4 sk garam
  • 75g keju cheddar - cincang kasar
  • 300g pisang ambon atau apa2 pisang yg sesuai
  • 2 biji telur
  • 100g mentega - cairkan (hana kurangkan sket sbb agak oily)
  • 1/2 sk esen vanila
Untuk Crumb
  • 50g gula perang
  • 50g tepung gandum - ayak
  • 50 butter tanpa garam sejuk - potong dadu
  • 1/4 garam - jika menggunakan butter bergaram tak payah letak
  • 1/2 sk serbuk cinnamon
Cara-cara
  • Untuk Crumb - Campur gula perang, tepung, garam dan kayu manis. Kacau rata. Masukkan butter dan gentel2kan sehingga jadik serbuk crumbs. Simpan dalam esbok sehingga masa hendak dgunakan.
  • Panaskan oven suhu 200 selama 20min. Dalam mangkuk campur tepung, baking powder, garam, keju, gula custor dan gula perang. gaul rata dan ketepikan.
  • Mangkuk lain, lenyek pisang. Kemudian masukkan mentega cair, telur dan esen vanila. Kacau menggunakan whisk sehingga sebati.
  • Tuang ke dalam campuran tepung tadi dan kacau rata menggunakan senduk kayu/spatula. Tak perlu over mix. Kacau asal sebati.
  • Tuang adunan ke dalam muffin cup sehingga 3/4 penuh. Taburkan crumbs dr peti sejuk tadi.
  • Bakar selama 25min. Keluarkan dr oven, biarkan 5 min baru keluarkan dari loyang/muffin tray.
  • Letak atas redai. Boleh hiaskan dengan hirisan pisang dan parutan coklat putih.
  • Hidangkan hangat dengan secawan kopi.


macam volcano nak meletop dah....

4 comments:

izahdaut said...

hah jadi la tu...kuning tu sebab muffin saya pakai baju kuning ala ala saloma kot kak rose..hehehe... nak 2 ketoiii

Kak Rose said...

tu la tengok izah nyer cantik je tp kenapa kak rose nyer jadi cekelat?..maidin kot...

hana said...

salam kak... eh! ok jerk tuh! kiter kdg suker gak yg ala2 geseng nih! sbb agak rangup gtu blah luar tuH biler mkn time panas! hihihi... thanx kak sudi mencube... njaluk sijii! aku pangan ne lek kuwe! hihihi

Kak Rose said...

ya, yang geseng abang kata sedap jer.. siji ai.... nyoh mangan gambar yo... ora kenek di pos ke kok!