Lanai Kijang

Lanai Kijang

Tuesday, June 29, 2010

Puding roti berkismis

salam semua..... actually buat puding ni untuk minum petang semalam..... kerana nak abeskan roti yang dah nak tamat riwayatnya tu.... untung jadi roti ni kan.... bila x abes je boleh diolah jadi macam2... kiranya x kan terbuang gitu jer.... x baik membazir kan! jadi sebelum dia expired kak rose pun buat puding ni untuk abang minum petang... resepinya dah penah tepek dulu.... cilok dari F&N@myr... tima kasih ya.... apa pun kak rose tepek lagi sekali kat sini.....

Bahan-bahan ( 4-8 )

  • 500 ml Susu segar
  • 8 keping Roti
  • * 4 sudu besar Gula halus
  • * 4 sudu besar Butter
  • * 2 biji Telur
  • * 1 sudu tea Esen vanilla
  • * 1 sudu besar Tepung Jagung
  • 2 sudu besar Kismis

Cara-cara

  1. Susun roti dalam loyang dan rendam dengan susu selama 30 minit.
  2. Gaul rata bahan-bahan bertanda * dan masukkan kedalam loyang.
  3. Taburkan kismis diatas adunan tadi.
  4. Bakar pada suhu 180 C selama 30 minit atau sehingga masak.
  5. Hidangkan bersama ice-cream vanilla.

kak rose x de ice-cream vanilla.... yang ada cuma vanilla + lime.... janji abang kata sedap kira ok la tu kan....

10 comments:

ain said...

sedapnya puding roti tu..ada eskrim lg dok bertenggek!!

DjDayang Jack said...

salam kakrose,

samalah kte ni kak, ptg smlm pun dyg olah saki baki roti tu jd puding roti..syg lak kalo tbazir cam tu jer kan...hehe

deetha said...

sedapnya......

izahdaut said...

sedapnya makan ngan eskrim..nak buat jugak lah

Kak Rose said...

ain, aiskerim tertenggek... tp kak rose x makan... telan air liur je tengok abang makan!

Kak Rose said...

dayang, dpd membazir baik kita buat sesuatu kan... sedap gak.

Kak Rose said...

deetha, jajal gai kono... enak rasane mangan karo eskerim kok ada vanilla lagi enak!

Kak Rose said...

izah, selamat berexperiment...

LENDANUAR said...

kak rose.minta ijin cnp ye....tq...muah..

Kak Rose said...

lendanuar... silakan... kak rose pun kopi orangnya resepi...dan kak rose panjang2 disini untuk kita share.