Lanai Kijang

Lanai Kijang

Thursday, March 14, 2013

Bubur jagung+cha cha+sagu

 tu diah! lebur semua dalam satu menu.... suma kasi taruh dalam mmg sedap bubur jagung ni... sllu kalau buat cuma campur dengan sagu mata ikan tu jer tp kali ni bubuh tepung cha cha ni pulak... dapat inspirasi pengat ni kat sini... cantik sangat dengan kaler kaler nya! teruslah teringin nak buat, nak makan sebenarnya! bermangkuk2 kak rose makan.... berbaloikah sejam brisk walk ku pagi2 itewwww?

resepinya dari sini, mekasih ya beri idea nak buat pengat jagung yang sedap n cantik berkaler kaler ni...

5 biji jagung *kikis isinya sahaja*
didihkan air dan rebus selama 8 minit. Angkat dan toskan!
*jangan rebus terlalu lama, jagung madu enak di makan bila ranggup...

1/2 cawan tepung caca.
Didihkan air dan rebus tepung caca sehingga kembang dan toskan.

Bahan Untuk Bubur :

1helai daun pandan *siat dan ikat
4 sudu besar gula pasir
2 sudu besar gula melaka *hiris (kak rose x letak)
sedikit garam
500 ml santan pekat
(kak rose tambah sagu biji yg direbus dulu n tapis)
 
Cara cara
Campurkan, gula pasir, gula melaka, daun pandan, secubit garam dan santan kelapa dan renehkan. *sentiasa di kacau.
Setelah itu masukkan jagung, tepung caca dan renehkan sebentar *anggaran kuah agak pekat sedikit.
Angkat dan hidangkan!!
 

12 comments:

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

sedapnyer! saya pun baru semlm buat bubur jagung lebihan buat tuna mornay.. tp cuma campurkan dgn sagu halus tu jer... tak terfikir pulak nak campur dgn tepong caca tu... nampak sedap!

Kak Rose said...

Madiha. tu la sllu buat cuma campur ngan sagu jer, kali ni wat kasi kaler kaler pulak!

Delima Zamrud said...

D5 suker bubur caca nie but setiap kali buat musti xjd punyer asyik xsedap je hehehhe, nampak sedap je yg Kak Rose punye :)

faa.rosli said...

senang..3in1..hehe..sedapnya...

Marsita yahya said...

Emm, nampak sedap Kak Rose...simple tapi yummy.

Azie Kitchen said...

aduh sedap nya

Kak Rose said...
This comment has been removed by the author.
Kak Rose said...

Delima, kita yang buat dia kan, boleh la ejas ikut tekak yg nak makan.... In shaa Allah sedap nnti!

Kak Rose said...

Faa, yes... 3 in one. sinang kija!

Kak Rose said...

Marsita, mmg sedap, pada kak rose ler...

Kak Rose said...

Azie, makan sejuk2 mmg sangat ngam...

norsadira said...

sedapnya..nk cuba resepi inilah.terima kasih, jemput singgah blog saya juga :
http://dirawanhartawan.blogspot.my/