Lanai Kijang

Lanai Kijang

Monday, March 11, 2013

Puding roti cinnamon

salam petang isnin yang mendung jer.... petang2 ni jom layan puding roti yg harum berserbuk kayu manis ni. ni sebenarnya kes x nak membazir sbb roti yang dah nak tamat riwayatnya, baiklah kita buat sesuatu yang dapat dihidang unruk petang2 cenggini kan.... dunia dihujung jari, soh je cik google carikan resepi.... pasti suma ada dan ni yang kak rose dapat dari Myr oleh hana.... puding roti cinnamon, meh tengok resepinya...

Bahan-bahan ( 6 biji acuan muffin yg besar )

  • 3-4 keping roti
  • 200ml susu segar
  • 2 biji telur (size M)
  • 21/2 sudu besar gula
  • 1 sudu kecil cinnamon powder
  • 2 sudu besar kismis
  • 1 sudu besar mentega/marjerin - cairkan
  • esen vanilla
  • chocolate syrup Hershey's -optional 
  • (kak rose tambah chocolate rice )

Cara-cara

  1. Pukul telur,gula sampai kembang. Masukkan marjerin/mentega n susu. Gaul rata.
  2. Masukkan cinnamon powder n esen vanilla.Kacau sebati.
  3. Carik2kan roti ke dalam adunan. Tenggelamkan roti2 tuh sampai basah semua.
  4. Masukkan kismis...gaul lagi.
  5. Panaskan oven.Tuang adunan roti td dlm acuan muffin yg dh dilengser ngan myk/marjerin.Klu dlm loyang pun bleh.Gune loyang kecik jer coz adunan nih tk byk. Nk byk or famili besar kene double kan ingredient.
  6. Bakar hingga masak/kekuningan lebih kurang 10-15min. Bergantung kepada oven n keluasan acuan.
  7. Dah sejuk...bleh curahkan chocolate syrup Hershey's (nih versi my kids yg suka letak)...Klu gune loyang,dh potong br la curahkan syrup. Klu tk nk pun tkpe.Jd la cam puding roti yg biasa2 tuh....

7 comments:

Delima Zamrud said...

Comey je puding roti nie nk satu leh akka :)

ummiaisyah said...

bagus kak rose..jgn membazir..kiter recycle!! perot pon kenyang!

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

Salam kak Ros , makan ni dengan secawan kopi..pasti um kan...

D Yatie said...

Wahhh. Sedap nyer.. Tp kite xd ovan... Sedih... :(

Anonymous said...

healthy and balanced habitat of the aquatic green iced tea energy drinks louboutin shoes water because they consider it safer Some and other articles that are necessarily louboutin outlet calculate probabilities for large binomial weaving knitting crocheting braiding MBT outlet that H-1B visa holders are paid much less is simply a must have for anyone enticed by

tun_telani said...

Salam kak rose.. tun paling suka bau cinnamon masa baru kuar oben.. terliur habis!

priorityisyou said...

dh lama ina (moklong) x dtg bw blog kak rose :)