talam lapis cokelat buat untuk minum petang semalam.... ada sikit kerajinan nak bersauna depan dapo sambil melapis kuih talam ni. sebenarnya x la bersauna sangat sbb selepas setiap kali melapis terus sambung ngadap komputer.... apa lagi, main game bodo2 tu la.... nasib baik kuih ni x hangus lagi cam ari tu punya kes!
resepi kak rose cnp dari special moments, mekasih ya share kan resepi dan mintak izin nak kongsikan kat sini lak... tapi kak rose derhaka sket dengan resepi ni.... tambahkan sedikit nescafe dalam adunan cokelat tu untuk balance kan rasa manis adunan asal... just nice manisnya, dan x muak dengan santan tu....
1 1/2 cawan tepung gandum
1/4 cawan tepung beras
1/4 cawan tepung jagung
3/4 cawan gula
3 cawan santan
1 sudu teh garam
pewarna kuning dan Coklat Emulco (kak rose tambah 1 tsp nescafe)
Cara:
sapu loyang dgn sedikit minyak masak dan panaskan dlm kukusan.
campurkan semua bhn dan tapis,
selepas itu bahagikan kepada 2 untuk warna kuning dan coklat.
Kukus setiap lapisan selama 8 minit. (buat 6 lapis)
4 comments:
Kak Rose mintk seketul dua..teringin la plk bila tengok lapis2 dia tu..
Assalamualaikum...aikkkk, masih sempat ngadap komp sambil melapis...Dan kuih ni memang nampak menyelerakan...
salam kak rose, saya pun suka buat dan makan kuih lapis ni..tambah2 lagi coklat ni..
sedap ni kuih lapis kaler pun lawa taklah asyik kaler pink hijau je kan ni ada kaler cekelat lagi besttt
Post a Comment