Lanai Kijang

Lanai Kijang

Sunday, March 3, 2013

Ikan siakap tiga rasa

 salam hujung minggu semuanya.... berehat2 atau ada kenduri yang nak dihadiri.... begini lah duduk ditaman perumahan ni .... walaupun x kenal dan x pernah bersua muka, tp bila ada undangan kenduri kenalah hadir kan dan masa ni lah nak berkenala2an, mengeratkan silatulrahim.... dan lauk ikan ni kak rose masak masa hari jumaat semalam setelah 2 minggu x masak nasik. ni pun sbb anak balik bercuti hujung minggu jadi mak nya kena lah rajin kedapur.... makan nasi anak beranak... bila dia dah balik semula ke melaka, maka maknya pun mula gantung piok balik la....


masih guna resepi yg sllu kak rose buat, cuma kadang2 tu tukar ikan jer.... bahan2 tetap sama. meh tengok resepinya...

Bahan-bahan:-
1 ekor ikan siakap - bersihkan dan kelar.Lumur garam dan kunyit.

 
Bahan lain:-
5 ulas bawang putih - ditumbuk asing
3 ulas bawang merah - ditumbuk asing
2" halia - dimayang halus
6 biji cili padi - dihiris nipis
garam
gula
1/2 cawan air

Bahan sos:-
3 sdm sos cili
3 sdm sos tomato
2 sdm sos tiram

Cara:-
1. Panaskan minyak.Goreng ikan siakap tadi sehingga garing.Ketepikan.
2. Keluarkan minyak dalam kuali sedikit utk menumis.
3. Masukkan cili padi hiris dan goreng sedikit layu.
4. Masukkan bahan lain seperti bawang putih,halia dan bawang merah yang telah
ditumbuk.Tumis sehingga kekuningan dan agak garing.
5. Masukkan bahan sos.Tambah air.Kacau sehingga kuah masak dan mesra.Masukkan garam dan gula.
6. Sekiranya hendakkan kuah yang agak pekat,boleh dibancuh dgn sedikit air dan campuran tepung jagung.
7.Tutup api dan curahkan di atas ikan tadi.SIAP!


 sayurnya... brokoli dengan bawang putih guna resepi ni..... tengok la warna brokoli tu.... dah bertukar jadi a bit kekuningan sbb dah dua minggu terperok dalam fridge, x termasak! nasib baik la x benyek, boleh lah jadi hidangan petang tu....

5 comments:

tun_telani said...

Salam kak rose.. sedapnya ikan siakap. kalau tun dpt ni, mmg meratah lauk je laju nih,

Kak Rose said...

tun, mmg meratah ikan n sayur tu.. konon nak kurangkan makan nasik la tu!

Unknown said...

emm..sedapnya! terima kasih.

Unknown said...

Saya baru cuba tadi. Terbaek. Jadi. Tp td sy x gune sos tomato. Gune air asam jawa. Sume puji. Tqvm for the receipe.

Unknown said...

Saya baru cuba tadi. Terbaek. Jadi. Tp td sy x gune sos tomato. Gune air asam jawa. Sume puji. Tqvm for the receipe.