Lanai Kijang

Lanai Kijang

Friday, March 15, 2013

Apam kentang

 lama x mengapam, so dengan gigihnya balik dari brisk walk pagi semalam terus g kedai cari yeast.  before lunch kak rose dah mulakan projek nak buat apam kentang ni sambil berulang kedepan melayan komputer.....tangan yang kena cts ni dah elok, so bila dah stat melayan game tu dan akibatnya terus terlupa kentang atas dapo! harap2 tangan tu x lah sakit lagi... masih beringat2 jugak, tp ada tapinya lagi.... addicted!

 resepi apam sedap ni kak rose cnp dari rumah Nor Secubirgaram, mekasih nor dan kak rose kopikan sekali lagi kat sini ya... sedap sangat, x rugi mencuba taw!

APAM KENTANG
Sumber : Seri
Sumber : SecubitGaramNor67

Bahan-bahan:
* 3/4 cwn gula pasir
* 200 ml air
* 1 helai daun pandan
* 2 cwn tepung beras
* 1 cwn kentang rebus
* 3/4 cwn tpng gandum
* sedikit garam
* 1 sk yeast
* 1 sk b.powder
* pewarna hijau/pandan paste
* 250 ml santan (kak rose guna sepeket santan serbuk n bancuh ngan 250ml air)


Cara-cara:
1. Kentang rebus di blend bersama dngn santan(biarkan sebentar)
2. Masak gula bersama air dan daun pandan.
3. Dlm mangkuk lain, satukan tepung beras, tepung gandum,yeast, b.powder dan garam.
4. Satukan semuanya dlm blender dan kisar sebati.
5. Perap selama 1 jam.Sapu minyak pada bekas kecil2.
6. Kukus dalam bekas kecil2 selama 15 minit.
7. Kalau guna loyang besar, kukus selama 40 minit.
8. Apam ini boleh di makan bersama dgn kelapa parut. 

 panas2... masa ni baru angkat dari kukusan... berposing dalam acuan puteri ayu.

 manyak tipilanjat hati bile potong kentang ni dalam dia ade kaler purple pulak.... kentang apakah ini? takut lak nengoknya.... so sebiji ni cik tong yang dapat!

dan bila dah ngadap kemputer tu terus terleka hinggalah terbau harum dari dapur yang sekangkang monyet tu... dan inilah hasilnya! nasib baiklah kentang tu masih boleh diselamatkan dan piok hangus yang hitan kelam tu senang jer nak sentalnya...huh! lega.... kawan2 jangan ikut cam kak rose ni ya.... addicted to game bodo2 tu!

12 comments:

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

hadoii kak rose... bahaya tu... main games sampai lupa ada masakan atas dapo.. hehe...

nasiblah tak jd apa2... & yg penting.. apam kentang jadi dengan cantiknyer! sy pun dah lama tak buat apam kentang ni... nampak gebu sungguh tu..

Rohah said...

apam ni sedap sgt kan kak...lemak2 gitu..

Shamsiah Abdul Rahman said...

Subhanallah..
Cantik nyer apam tu Kak Rose.
Tumpang tgk sajalah.. nak buat.. err.. ntah la.

deetha said...

salam mbakyu...
pie kabare??

azieazah said...

Saya langsung tak pandai nak buat apam segala ni.

Hehehe penangan game eh, sampai hangus.

Betullah, lain kali jangan dibuat lagi la ya. Kang rentung plak periuk yang lawa tuh.

Kak Rose said...

madiha. tu lah kalau dah addicted susah jugak nak berenti! tp nasib baik apam tu menjadi.

Kak Rose said...

Rohah, mmg lemak2 gitu kan.

Kak Rose said...

Sham, kalau nak makan kenalah jugak rajinkan diri...

Kak Rose said...

deetha, kabare waras wae... sui ora jenguk ngon mu!

Kak Rose said...

Azie, kadang2 ada gak yang x menjadi...tp kali ni ok jer..

camner nak buang ke addict an itew????

Lesung Batu said...

salam kenal kak rose..sy suka mkn puteri ayu tapi tak penah cuba nk buatnya..hehe..nampak sedap sgt!

Anonymous said...

salam...untie sy pun penah dpt ubin kentang mcm tu...bila belah calor purple..kemerah-merahan....tak silap sy x elok mkn kan beracun...sy penah baca...try cari blk lupa dkt mn sy baca pasal ubi kentang tu