Lanai Kijang

Lanai Kijang

Tuesday, March 12, 2013

Home made kopok leko

 salam dan selamat petang... kat luar tu guruh punya la kuat, takut lak ngadap komputer.... sllu sangat rumah ni power trip kalau ada kilat n guruh. takut pun nak jugak nak menepekkan gamba kopok leko yang baru siap goreng ni... dulu pernah buat kat sini, dan baca komen2 tu ada pulak yg kata wat kopok ni x yah guna tepung gandum. cuma ikan, tepung sagu n garam jer! eh ia ker? apa pun yg ni kka rose cubalah x letak tepung gandum tu... yg lain tu ttp buh gak..... dah x tau nak beza lak, ada gandum ngan x letak... ishhhhh!!!! dan walaupun buh baking powder tp kopok kak rose x gemuk pun macam komen oleh anon tu... entah ler. orang2 nganu yg terra buat kepok tu mai la komen sket.

resepi asal dari Myr oleh 14sept, tq share resepi, kalau rindu2 nak makan kopok leko boleh lah gentel sendiri... x yah nak g nganu dah!

Bahan-bahan ( - )
  • 1kg ikan selayang/ kembung
  • 5-10 ulas bawang putih
  • 1kg tepung ubi/kanji
  • 2 cawan tepung gandum (kak rose omit yg ni)
  • 1 sudu kecil baking powder
  • Garam secukup rasa
  • Perasa
  • Air

Cara-cara

  1. Asingkan isi ikan dari tulang.
  2. Kemudian blender isi ikan bersama bawang putih dan sedikit air. Terpulang samada nak blender kasar atau halus kemudian tuang kedalam bekas.
  3. Masukkan sedikit garam, perasa, serbuk penaik dan tepung. Gaul sehingga tidak lekat pada tangan. Kalo lekat, tambah tepung kanji lagi. Adunan jangan terlalu keras dan jangan terlalu lembik. Sedang² ler asal boleh uli...
  4. Sapukan tangan dengan sedikit minyak. Ambil sedikit adunan dan hempaskan ke atas meja bersih agar adunan mampat dan lembut (kalo ada yang nak release tension bleh la sambil²... Hehehehe). Barulah uli bentuk memanjang. Kalo ada mesin adunan yang sesuai tak perlu la hempas yer...
  5. Dalam periuk, didihkan air bersama sedikit minyak agar keropok lekor tidak lekat antara satu sama lain. Kemudian masukkan keropok lekor tadi. Keropok lekor akan terapung di permukaan air apabila dah masak.
  6. Bila dah timbul angkat dan tos. Sejukkan dan potong ikut citarasa memasing. Goreng dan siap untuk dihidangkan.

15 comments:

NenetPenne (NP) said...

saya suka makang kerepok leko yang mcm ni..terasa ikannya.. yang selalu jual tu tak best..byk gandum sangat...

Azian said...

Salam Kak Ros,

Punya lama saya mencari resepi keropok lekor. Thanks for sharing

adda syuhada said...

nampak sedap dan menyelerakan..dah tak payah beli kat kedai dh lepas ni..

tun_telani said...

ni ni.. orang ganu mai dah nii... tp org ganu ni kalau nk mkn kopok lekor gi beli kt kedai je, xpenah buat sendiri. haha

Nooriah Abdullah said...

nampak pun tau sedap ni sbb dah nampak putih2 ikan tu fresh lagi mmg lazat sngt ni macam nk try jugak lah

Bbwana adienia said...

salam kak ros,

Keropok lekor ni favourite aku..hihi.

D Yatie said...

yeay! boleh la nak try buat nanti.. ^_^

Kak Rose said...

Np, ni pun kak rose kurangkan tepung... so mmg terasa sangat ikannya!

Kak Rose said...

Azian, sama2... kak rose pun cilok resepo sifu2 masak kat maya ni... so sama2 kita share la

Kak Rose said...

adda syuhada, kalau rajin buat dah x yah g bli kat kedai... buat sendiri mmg puas hati sangat!

Kak Rose said...

tun... ore nganu x yah buat dah... bli je, banyak jual merata tempat!

Kak Rose said...

Noor, mmg banyak ikannya.... kak rose kurangkan sukatan tepung tu!

Kak Rose said...

Bbwana, boleh la cuba nnti ya...

Kak Rose said...

D Yatie, selamat mencuba ya

Azie Kitchen said...

As salam. Ini makanan kesukaan saya. Dulu kini dan selamanya. Nampak sedap sebab mcm banyak isi ikannya