Lanai Kijang

Lanai Kijang

Sunday, March 24, 2013

Grilled salmon

 menu yang dah abes pun nak gak tayang kat sini kan....dan selagi x abes ikan ni nnti akan ada lagi tayangan yang berulang2.... x kisah la kan, asal x cilok gamba orang lain. sendiri masak sendiri tayang! he he he. rasanyan x berani nak cuba ikan dengan resepi yang lain.... ada ari tu nampak salmon ni dibuat gulai, apa pun pilihan memasing la kan. dan kak rose rasa sangat sesuai dengan resepi dari E-Na ni. simple n nice. kak rose kongsikan lagi sekali kat sini ya...

GRILLED SALMON
Bahan-bahannya :

  • Ikan Salmon'
  • air asam jawa
  • Serbuk Lada Hitam
  • garam
  • Oregano, basil, parsley (kak rose guna dried oregano jer..)
  • Sedikit butter.
  gandingkan dengan salad cacamarba.... salad, tomato n tolo rebusn cicah sos cili n mayonis
 
Cara Membuatnya :
  1. Ikan Salmon di cuci dengan air asam jawa. Kemudian bilas bersih dan toskan.
  2. Perap ikan selama lebih kurang 1 jam dengan garam, serbuk lada hitam dan herbs ( salah satu atau campur semua pun ok juga).
  3. Sapukan sedikit butter di atas ikan sebelum di bakar.
  4. Bakar dalam oven dengan suhu 220 degree (bergantung pada jenis oven masing masing) selama 25 minit atau sehingga masak. (kak rose bakar atas non-stick koli jer!)

3 comments:

Delima Zamrud said...

Ermmm sedap nyer Kak Ros, mmg pebret ikan salmon nie yummy yummy :)..

Bbwana adienia said...

bagus hidangan ni untuk diet yang sihat..

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

Sedap ni...Ros pun sekarang selalu beli salmon sebab giant jual ikan salmon agak murah sekarang kan????