Lanai Kijang

Lanai Kijang

Friday, March 1, 2013

Bubur candil

 manisan sempoi untuk minum petang semalam.... ni kiranya entry yang dah abes la ya. ada sapa2 teringin nak makan ker? sila lah buat sendiri ya.... kalau bli semangkuk kecik pun dah tiga hengget, baik buat sendiri boleh puas makan hingga berulang2.... dan berebut2 lah lemak nak menempek dibadan dek lemaknya bubur ni... pas tu rajin2 kan lah diri g bereksais... nak resepi, meh kak rose tepek kat sini, dari Mama-hawa dan sila lah mencuba...

bahan2nya.

  • 2 cawan tepung pulut
  • sedikit garam
  • air untuk menguli tepung dan merebus adunan tepung
  • santan dari sebiji kelapa
  • sedikit sagu biji
  • 1 senduk gula merah (kak rose buh suma gula putih)
  • 1/2 senduk gula(boleh kurangkan)
  • garam dan daun pandan
  • kak rose tambahkan sagu biji


  1. uli tepung dengan sedikit garam dan air sehingga boleh digentel bulat.Boleh letak pewarna jika suka.
  2. kemudian rebus hingga tepung timbul dipermukaan air.angkat dan toskan
  3. sagu biji dibersihkan dan toskan.masukkan kedalam periuk bersama dengan gula dan daun pandan.
  4. tuangkan sedikit air,renihkan.masukkah santan dan garam sambil dikacau.akhir sekali masukkan tepung pulut yang sudah direbus tadi.
  5. perasakan manis nye.bila dah mendidih bolehlah diangka

5 comments:

cahayahidupku.blogspot.my said...

Sedapnya... tapi dah habis pulak, tidak boleh dtg minum ptg rumah kak rose ehe :D

Unknown said...

Alahai.. comelnya la pulak.. cantik jer bekas2 menghidang tu.

P/s;
Kak Rose, mcm terasa sejukkkkk jer lalu kat tekak Sham ni (tengah membayangkan ni)

Lee said...

Hello Kak Rose, I guess your family hari2 look forward to mummy's cooking and desserts.
And this bubur candil, first time I see or read about looks really sedap best!
For me, at least dua bowls, ha ha.
Have a nice weekend.
Lee.

azieazah said...

Ohhh Bubur Candil yang tak pernah saya rasa. Tapi saya rasa kalu nak buat, senang la sangat ni kan?

The Journey Of Mine said...

wadai kiping?