Lanai Kijang

Lanai Kijang

Friday, January 18, 2013

Kuih tangkup inti kelapa



 kuih tangkup, kuih lipat, apam perlis.... ha macam2 nama dia kan. tp yang kak rose buat ni versi derhaka dan sedikit malas punya. versi asalnya intinya adalah kastad tp yang ni kak rose isi dengan inri kelapa manis. ni sebenarnya kes nak abeskan inti kelapa yang kak rose makan dengan pulut manis ari tu. kiranya agar x membazir la kan...

 sebenarnya ari tu ada ternampak kuih ni kat rumah Gee Hut dan dia pun buat versi inti kelapa jugak, dan dari situ dapat jugak idea nak isikan kuih ni dengan inti manis ni. dulu kak rose pernah buat dengan inti kastad tu kat sini. kiranya dengan apa2 inti pun rasa ok jer buat kak rose, tp dengan inti kelapa ni seakan macam kuih ketayap lak.... kak rose kongsikan sekali lagi resepi yg pernah kak rose buat dulu dari Madihah. mekasih ya.


Bahan Kulitnya:
2 cwn tepung gandum
2 1/2 cwn air
sedikit garam
1 s/k baking powder (ku memandai tambah)
1/2 s/k soda bikarbonat (tambah gak)
1 biji telur (ini pun sama pepandai tambah)
sedikit pewarna kuning (ku tambah jugak)
(kak rose ikut macam Madiha... suma tambah kasi ummmppphhh gitu!)
Cara2 menyediakan:
Campur kesemua bahan mesin n tapis kemudian masak seperti kita masak kuih dadar
tapi buat kepingan kecil2 je.. masak sebelah je..tak perlu terbalikkan. MaDiHaA guna kuali non stick yg bersaiz kecil.
setelah masak angkat kedlm pinggan letak inti di tengah dan tangkupkan dengan menekan sikit di tepi2nya.

satu adunan ni mmg dapat banyak tau.... x terabes nak makan kami 3 beranak!

8 comments:

Gee® said...

hehehe...sedap kan kuih ni... simple jer

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Dah nampak macam karipap pulak kak rose... sure sedap.. saya nak cuba pulak lah .. tak pernah buat :D

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

mekasih kak rose rajin akak buat lagi kuih ni.. tp mmg sedap kan.. crepe dia tu lembut n gebu jer.. aritu ada nampak blogger chinese (alahaii.. lupa plak namanya) ada buat editing sikit pd resepi dgn gantikan eno sebagai bahan penaik instead baking powder & soda.. hasilnya lagi tambah cantik sy tengok.. tak salah kita buat sikit ubah suai pd resepi mengikut kretiviti kita asalkan kita tak lupa penyumbang asal resepinya..

Amie said...

lawanya...

azieazah said...

Saya pernah makan kuih segini yg dibuat kawan N9. Depa sebut ini Kuih Mek-Auw.

Ntah sama ker beza?

JaSSNaNi said...

nampak sedap... inti dia cam ketayap ek?

Nur-nba said...

Tak pernah makan kuih ni.. Nampak sedap..

Kak Rose said...

Gee, simple tp bancuhan batter tu yg bagi kelainan.

Yati, guna acuan karipap, jadila cam karipap... klu gulung jadilah ketayap pulak!

Madiha, simple n sedap. oh ya ker, len kali kena try guna eno pulak, barulah tau kelainan dia kan.

Amie, keras tangan punya buatan, cantik dimata sendiri pun dah cukup bagus kan.

Azie, kuih Mek-Aw, x pernah dengar la pulak... x tau la sama ke x?

Nani, yg ni mmg kak rose guna inti kelapa, lebihan makan ngan pulut tu. sama je cam inti ketayap.

Nur-nba, cuba la. mana tau suka nnti.