Lanai Kijang

Lanai Kijang

Monday, January 14, 2013

Bubur merah putih

salam semua.... sejak x berapa rajin nak mengupdate rumah maya ni, jadi asik nak tepek menu yang dah basi, habis jadi baja dah. x kisah la kan..... entah kenapa tetiba terasa nak makan bubur merah putih ni. orang johor mesti biasa dengan menu cenggini kan terutama kalau ada sesuatu kesyukuran, menu mudah macam ni yang disediakan dan diagih2 pada jiran2 kampung. tp yg ni kak rose buat untuk makan2 jer sbb teringin, x de nyer special event pun. x pe kan, anggap je la hari2 pun special kan. bubur ni jadi semakin special sbb kak rose dah terlupa nak cedok sedikit bubur tu sebelum masukkan gula merah tu.... akibatnya kena lah masak lain pulak untuk yang putih tu. adoyaiiii!!! itulah akibatnya kalau excited sangat nak makan, sudahnya jadi semakin lambat siapnya! dah petang baru dapat ngap!

resepinya kak rose amik dari rumah CMG, mekasih ya mat, tp kak rose nyer gula melaka tu x brapa nak merah, pucat semacam jer.

BAHAN-BAHANNYA :-)
250 gram beras pulut, cuci dan rendam 1 jam, toskan
200 ml pati santan
Air secukupnya untuk menanak pulut (anggaran 1 3/4 cawan)
2 helai daun pandan
2 ketul gula melaka, hiris kecil*
2 camca besar gula pasir*
1/2 cawan air*(*disatukan dan masak hinga gula hancur, tapis)
1/2 camca teh garam

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Tanak pulut bersama air dan daun pandan, hingga pulut kembang, gunakan api kecil. Kemudian, masukkan santan dan kacau rata, jika terlalu pekat tambah sedikit air. Masak hingga sebati dan kembang.
  2. Cedok keluar 4-5 camca besar dan gaul dengan garam, ketepikan. Baki dalam periuk tadi, masukkan gula merah, kacau rata dan masak sekejap dengan api sederhana. Rasa dan jika kurang manis, tambah sedikit lagi gila pasir. Bila mendidih dan elok masaknya, matikan api.
  3. Cedok bubur merah ke dalam mangkuk sesuai, kemudian sudukan bubur putih di tengah2 bubur merah seperti dalam gambar. Hidangkan..

5 comments:

Asyifa Mustaffa said...

Salam kak,
lama x mkn bubur cmni...mak sy pun buat dlu bila ada majlis kesyukuran....tp kitaorng belah perak utara tu....

faa.rosli said...

tak pernah mkn pon...nmpak cam sedap je

inahar ali said...

salam k.rose..tgk bubur k.rose nih terus rasa teringin lak..dh berjaman rasanye tak makan bubur putih merah nih..mmg sedaapkan terasa2 keharuman pulut & gula merah tu..adoyaai..kempunan sehh!

azieazah said...

Kalu boh dalam peti sejuk, makan time sejuk mesti lebih enak niii...

Kak Rose said...

Asyifa, mmg sllunya kalau ada kesyukuran je buat bubur ni. tp disbb kan teringin nak makan buat jugak lah.

faa, cubalah, nnti boleh la merasa bubur ni.

Dr. Ina, sedap buat orang yg macam kak rose ni, tolak batu ngan kayu jer.... he he he

Azie, dua2 pun boleh. sejuk n panas ttp sedap!