Lanai Kijang

Lanai Kijang

Sunday, January 27, 2013

Ikan siakap dlm sos daun limau purut

salam hujung minggu pada semua.... dah habis bercuti nganu kite sekarang kena lah sambung rutin macam biasa....merajinkan diri  masak untuk lunch sementara en somi dan anak ada dirumah. kalau dah tinggal sorang nnti mmg x de nya nak masak untuk makan tengahari cenggini. makan apa jer yg ada depan mata. biskut kering pun jadi jer untuk orang malas macam kak rose ni kan.... tp ari ni kak rose masak ikan siakap dengan sos daun limau purut, resepi dari Nor secubit garam... meratah pun sedap. kak rose cnp resepinya kat sini lak ya..

resepinya.

2 ekor ikan bawal ~ k.nor guna ikan talapia (kak rose guna ikan siakap)
1/4 cawan tepung serbaguna
2 helai daun limau purut ~ hiris halus dan digoreng garing, toskan
minyak utk menggoreng

Bersihkan ikan dan keringkan.
Salut dgn tepung(kering) dan goreng hingga keemasan.
Hidang atas pinggan dan tuangkan sos daun limau purut keatasnya.
Taburkan daun limau purut yg dah digoreng atas ikan. 

 

 Utk Sos :
5 ulas bawang putih ~ dicincang
3 ulas bawang merah ~ dicincang
5 bj cili padi hijau ~ diicincang
5 bj cili padi merah ~ dicincang
3 helai daun limau purut ~ dihiris halus
3 sudu besar sos tiram
1/4 cawan cuka
3 sudu besar sos ikan (kak rose buh sket je sbb x I don't like the smell!)
2 - 3 sudu besar gula
garam secukup rasa
1/2 cawan stok ayam ~ k.nor guna air biasa dan 1/2 kiub stok ayam
1 sudu kecil tepung jagung ~ bancuh dgn sedikit air
minyak

Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan cili hingga wangi.
Masukkan kesemua bahan2 lain kecuali bancuhan tepung jagung.
Masak hingga mendidih.
Masukkan bancuhan tepung jagung dan biarkan sehingga sos menjadi sedikit pekat


sayurnya..... terung goreng dengan cili dan udang kering. resepi dari AlongRoz leh tengok sini .  Alhamdullilah kenyang.

5 comments:

nanonano said...

sedapnya..dh lama cari resepi yg kuah xpkai sos cmni,akhirnya.... tenxs kak..
rase nkg bli ikan siakap slalu. huhu

azieazah said...

Ikan siakap tu saya suka, tapi terung tu kurang minat. Entah kenapa, saya tak suka terung.

Nooriah Abdullah said...

sedap nya kak Rose kedua2 I suka heee nampak sngt nyaman tu kalau dpt mmg tak toleh kiri kanan dah ni

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Sodap nya kak rose tgok ikan tu ...menggoda sungguh ;-)

Kak Rose said...

nanonano, simple jer kan. yg penting sodap gitu!

azie, kak rose tolak batu ngan kayu jer...

Noor, masa makan mmg x toleh kiri kanan dah.... ratah sampai ke tulang2...gelojoh sungguh kan

Yati, g ngail ikan cepat... kat tesco pun boleh!