Lanai Kijang

Lanai Kijang

Tuesday, January 22, 2013

Udang lemak kesom

 

Asalamualaikum dan selamat pagi..... dah nak tengahari pun. kak rose nak tepek menu yang dah semalam punya. kalau kawan2 yg x de idea nak masak tu boleh la mencuba gulai udang daun kesum ni. lain sket dari gulai yg biasa tu sbb ada daun kesum.... nak rasa cer la try masak, baru tau camner rasa dia kan. resepi kak rose amik dari rumah Azlina@ Terminl Hijrah, tp kak rose guna udang besa2 jer n x de nenas pun, gantikan dengan kacang panjang pulak! mekasih dan mintak izin nak kongsikan kat sini lak ya...

BAHAN BAHANNYA :
  • 20 ekor udang harimau (dibersihkan seperti biasa) (kak rose guna udang besa2 jer...)
  • 5 tangkai daun kesom
  • Sepotong nenas  dipotong2 kecil (x dak, kak rose gantikan ngan kacang panjang)
  • 1 tangkai cili merah dibelah dua
  • 1 batang serai diketuk2
  • Semangkuk santan sederhana pekat
  • 1 sudu teh gula
  • Garam secukup rasa
  • 2 sudu besar minyak untuk menumis
BAHAN2 YANG DIKISAR :
  • 10 tangkai cili padi (guna 4 biji cili api je... podeh sudah)
  • 5 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1/2 inci lengkuas
  • 2 tangkai daun kesom (batang yg muda tu sekali)
 

CARA MENYEDIAKANNYA :
  1. Panaskan sedikit minyak dan tumiskan serai & semua bahan kisar sehingga naik bau & kekuningan
  2. Masukkan santan dan kacau2kan sebentar, apabila sudah mula mendidih masukkan udang, diikuti dengan daun kesom, nenas & cili merah
  3. Biarkan 5 minit, apabila udang sudah masak masukkan pula sedikit gula dan garam secukup rasa
  4. Kacau2kan sebentar sebelum ditutup api & sedia untuk dihidangkan

2 comments:

asmah yusof said...

Salam kak rose..nie menu feberet husband asz nie....dpt pulak udang fresh2...mmg manis udang la lauknya :)

ummiaiman said...

Waah...sedapnya kak rose...ni mak mertu lalu pun tak nmpk ni...hihi