Lanai Kijang

Lanai Kijang

Saturday, January 12, 2013

Kuih bakar labu

 kuih bakar labu yang tinggal gambar saja... maklumlah buat pun dah dua hari lepas. plan asal nak buat pengat tapi apakan daya kelapa pulak ilek pucek, x dak. stok santan serbuk mmg ada tp nnti rasa kurang lemak, x puas lak makan. kalau buat kuih bakar cam ni x la rasa sangat kalau guna santan serbuk, pada kak rose la. x padan dengan lemak yang dah banyak bertepek ni masih jugak nak makan yg bersantan2 bagai!. exercises malas lak tu....

 resepinya dari cmg, mekasih ya mat. mintak izin nak kongsikan kat sini lak ya... kak rose buat separuh daru adunan ni dan guna muffin pan yg 6 lubang tu.

Bahan-bahan

5 biji telur Gred A
200 ml air
300 ml pati santan (mat guna santan kotak)
200 g tepung gandum
180 g gula halus
1/2 camca teh garam
1 camca teh esen vanilla
450 g labu manis, dikukus hingga lembut dan dilecek halus.

Cara-cara

1. Satukan kesemua bahan dalam satu bekas kecuali labu lecek. Kacau menggunakan wisk hingga sebati dan gula hancur. Tapis adunan.
2. Masukkan labu manis yg telah dilecek halus tadi. Gaul hingga rata.
3. Tuang adunan tadi ke dalam tin bulat berlubang tengah yg telah di sapu mentega dan dialas dasarnya dgn kertas. Sapu juga mentega pada permukaan kertas tadi.
4. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 200C selama 40 minit. Biarkan sejuk sebelum dipotong.

2 comments:

azieazah said...

Nampak resipi masuk acuan bulat berlubang tengah, tapi Kak Rose macam boh dalam bekas bulat bulat. Yang penting rasa, ya dak?

Masa kecik dulu, di kampung labu kuning ni melimpah limpah. Sampai buat kerepek. Sekarang ni, nak cari punya la mahal!

ummiaiman said...

Sedapnya...suka singgah blog awak ni...terliur.. salam perkenalan - suteraungu87.blogspot.com