Lanai Kijang

Lanai Kijang

Wednesday, January 30, 2013

Kuih lopes

 buat kuih lopes untuk minum petang semalam.  yang sebenarnya nak guna gula nise yang bli kat terengganu ari tu.... yg kak rose guna ni ialah nise campuran gula putih... tu yang sangat manis semacam. apa pun  sedap jer makan engan kuih lopes ni ....

 resepinya kak rose masih guna yg pernah buat dulu dari tulip77, sekali lagi nak sharekan kat sini...

Bahan-bahan
  • 2 cawan beras pulut
  • 2 cawan santan cair
  • 1/2 cawan air pandan (dikisar)
  • 1 st air kapur (kak rose x letak)
  • 1/2 st garam
  • beberapa titik pewarna hijau
  • kelapa parut yg di gaul dengan sedikit garam
  • *** air gula ***
  • 3 ketul gula melaka (kak rose guna sekeping beso tu)
  • 5 sb gula (omit this one)
  • 3 cawan air

 gula nise nganu mari.... yg nipis tu pure nira n lebih mahal dari yg tebal taw...

Cara-cara

  1. Cuci beras pulut,rendam beras pulut dgn air selama 3jam, masukkan juga pewarna hijau & air kapur. Kisar daun pandan bersama 1/2 cawan air dan tapiskan airnya.Kemudian toskan dan masukkan dalam loyang. Kukus selama 20minit. Lepas tu, masukkan santan & air pandan kukus lagi selama 30minit.
  2. Alas bekas 4segi/bulat dengan plastik/daun pisang. Ambil pulut tekan padat2 dgn plastik/daun pisang. Biarkan sejuk,kemudian potonglah ikut bentuk yg anda suka. Kemudian golekkan dalam kelapa parut.(kak rose guna acuan goreng telo!)
  3. Semasa kukus pulut,boleh buat air gula. Masukkan semua bahan dalam periuk,bila dah mendidih kecilkan api dan masak hingga agak likat. Bila dah sejuk boleh dimakan bersama pulut.
  4. *** air gula nih bergantung pada saiz gula melaka yg anda gunakan, jika guna yg besar blh kurangkan gula.
 
 gula nise yang kak rose guna.... mmg manis sangat. kena buh sket2 kalau takut nnti kena kencing manis!

dah selamat dah pun kuih lopes yang sedap nih.... nasi x makan, tp pulut belasah jugak. boleh gitu?

5 comments:

inahar ali said...

salam kakrose..apa2 pun menu pulut semua saya suker..lagi2 kuih lopes nih haa..terliur nengok!!

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

Salam Kak Rose.. Mak mertua sy kalu buat lopes pun bulat2 macam ni, sedapnya cicah ngan gula tukan..

Sheila Shafeareen said...

Assalamualaikum kak rose hemm spt tu kuih lopes..last buat masa raya haji kemarin ...sdp mkn suam2 gitu...

Qhaifa Nur said...

salam Kak Rose...

fev saya lopes ni...kalau tengok simple saja..tapi nak suka boleh cakap apa kan Kak Rose..sedapnya bila kuahnya guna gula kabung....

azieazah said...

Lama tak buat Lopes.
Saya bungkus dalam daun pisang (mcm Lontong Jawa), then kukus.
Pun tak begitu cantik la bulatnya.

Ohhh dapat idea. Guna acuan goreng telur ya!

Saya nak cari acuan dan akan buat!