Lanai Kijang

Lanai Kijang

Thursday, November 13, 2014

Terang dah lamanku...

kisah petang semalam.... masa kak rose balik dari kuliah petang tu dia orang ni dah tunggu kat pagar nak gantikan lampu kat atas pagar rumah ni.... masa ade orang dirumah x maunya derang ni nak datang baiki, ha kan dah kena tunggu sampai kak rose balik... nasib baik jer dia tunggu, kalau tak maunya bergelap lagi la laman sekangkang kera kak rose ni... sekali datang sampai tiga orang naik gantikan lampu ni, sorang tu mandor jer, yang sorang lagi pasang lampu n satu lagi buat wiring kot... tak kisahla asalkan lampu nyala dengan elok dan terang la laman kak rose.... kalau ade si meow jiran sebelah nak buat jamban kat laman pun kak rose boleh nampak!



dah siap, test n menyala.... happy jer derang ni bila kak rose bagi air minum untuk basahkan tekak. ya lah orang dah buatkan kerja untuk kita kan....

6 comments:

Rizziela said...

lega..dpt minum

Kak Rose said...

Rizziela, happy dapat air mineral je pun.

Shamsiah Abdul Rahman said...

Ada masa budi bahasa tu yg lebih mahal dari segalanya..

Ann Ishak said...

lepas ni akak boleh up gambar laman masa malam pulak, mesti cantik :)

Kak Rose said...

Sham, betul sangat dah tu...orang berbudi kita reti2 la nak berbahasa pulak kan.

Kak Rose said...

Ann, laman sekakngkang kera yang meow sebelah asik buat jamban dia jer....grrrrr!