Lanai Kijang

Lanai Kijang

Sunday, November 23, 2014

Meatballs ala ikea.

 lunch semalam.... dah sekali buat meatballs ni rasa nak lagi jer.... tapi yang ari tu buat gandingkan dengan spaghetti dan kali ni bertukar dayang2nya pulak....  suka suki taruk apa yang ade dalam fridge... fries, carrot n timun. tengok kat blog hana, ade digandingkan dengan brokoli yang direbus tapi kak rose  x de...timun pun bole la kan.... lagi mudah sbb tak payah nak celur bagai, potong2 terus buh dalam pinggan! dasar pemalas sungguh kan!

 resepi kali ni cnp dari blog hana yang telah lama menyepi... cikgu yg bz! mekasih ya nduk, kak rose kongsikan kat sini lak.... dan tq for the tips nak bagi bebola daging tu tetap lembut n  juicy...

RESEPI MEATBALLS ala IKEA
Bahan-bahan
Bahan Meatballs
  • 1 peket meatballs (hana guna jenama Marina)
  • 2 sudu besar butter
  • 2 sudu besar air
  • sedikit minyak masak
 Bahan Sos
  • 1/2 biji bawang besar holland (kuning) - potong dadu
  • 1/2 batang saderi - potong dadu
  • 2 cawan air
  • 2 sudu besar susu segar/susu cair
  • 2 sudu besar butter
  • 2 sudu besar tepung gandum - bancuh air sedikit
  • 1 setengah ketul kiub pati ayam (boleh juga cecair pati/stok ayam)
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar kicap pekat - bergantung kehitaman yg dikehendaki (terhitam la pulokkk!!!)
  • 1 sudu besar serbuk lada hitam
  • 1 sudu kecil sos lea perrin - optional (kak rose x de)
  • gula secukupnya
 Bahan sampingan
  •  kentang goreng,  kentang rebus butter&mayonis, brokoli rebus, carrot rebus.



Cara-cara
  • Rebus air dengan bawang dan juga batang saderi hingga mendidih. Kemudian tapis dan rebus semula air rebusan tadi. 
  • Masukkan semua bahan lain kecuali tepung gandum. Biarkan mendidih sebentar. Kecilkan api, masukkan bancuhan tepung gandum dan kacau sehingga sos pekat. Perasakan dengan sedikit gula secukup rasa,(garam tak perlu sbb dah masin). Matikan api.
  • Untuk grill meatball - Panaskan dua sudu besar butter dan sedikit minyak masak (hana guna kuali non-stick). Grill meatball hingga masak. Kecilkan api, masukkan 2 sudu besar air dan tutup kuali sebentar sehingga air kering. (tips supaya meatball juicy) kemudian angkat. (lagi satu tips jangan masak terlalu lama, meatball akan keras)
  • Cara hidangan - Sediakan meatball ke dalam pinggan bersama-sama bahan sampingan. Tuangkan sos lada hitam dan sedia dihidang.

dah jatuh centa denagn marina beef  balls ni...besar2 portionnya. mmg puas hati. dan lupa la sudah tentang LDL kolesterol yang tinggi tu..

6 comments:

cheq da said...

Sedap ni..
kalau malas boleh cuba resepi ni utk mkn2

Kak Rose said...

Betul tu che da....sedap, sekali makan pasti nak lagi.

Bicara Kak Noor said...

asaalam kakrose, rindu kakrose lah lama tak kesini haha sibuk cop gambar semula hahaha adoiii, btw sedapppppp tu yg bolat2

Rosdi Eunos said...

bila tengok meatballs ni jer, memang teringat IKEA! nostalgic!

Kak Rose said...

wasa;am Noor...tak abes2 kan kes curu2 ni! dah letak watermark pun depa boleh crop buang!

Kak Rose said...

sekarang x yah g Ikea En Rosdi... buat sendiri jer...