Lanai Kijang

Lanai Kijang

Thursday, November 6, 2014

Apam karamel tanpa telur





terpandang apam ni yang dikongsikan difb... terus teringin nak mencuba, so inilah kejadiannya untuk juadah minum petang semalam....lembut, just like an ordinary apam gula hangus minus the telur... terima kasih pada yang sudi kongsikan resepinya...meh kak rose tepek kat sini lak ya.

Bahan-bahan

1 cawan gula
¾ cawan air
*** masukkan gula dalam periuk, masak hingga jadi caramel (warna bertukar keperangan) lalu masukkan air. Kacau perlahan hingga sebati.
Tutup api dan sejukkan. (hati-hati semasa masukkan air. Gula caramel tadi akan terpercik semasa air dituang dalam periuk)








Bahan-bahan

1½ cawan tepung gandum*
1 sudu kecil baking powder*
½ sudu kecil soda bikarbonat*
2 sudu besar gula
2 sudu besar susu pekat manis
2 sudu besar minyak

Cara penyediannya


1 Ayak tepung gandum, baking powder, soda bikarbonat (*) dalam bekas besar.
2 Masukkan gula, caramel yang dah disejukkan tadi, susu pekat manis kacau rata.
3 Kemudian masukkan minyak, kacau rata lagi hingga kesemua sebati
4 Panaskan kukusan, sapu sedikit minyak pada acuan dan kukus selama 15minit.
Sedia dihidangkan…

7 comments:

sud@is said...

Tq resepi dah ada tunggu kerajinan datang

adda syuhada said...

sedapnya...

Najib Ariyan Ali Basha said...

menarik... kuih apam tanpa telur... selalunya telur ni wajib

Unknown said...

bestnye kalau berjaya buat apam ni...boleh buat minum petang..insyallah satu hari nanti nak buat jugak..thx sis share resepi :)

Unknown said...

bestnye kalau berjaya buat apam ni...boleh buat minum petang..insyallah satu hari nanti nak buat jugak..thx sis share resepi :)

Unknown said...

bestnye kalau berjaya buat apam ni...boleh buat minum petang..insyallah satu hari nanti nak buat jugak..thx sis share resepi :)

Anonymous said...

Thanks share resipi..tgh buat nihh..smgt...