Lanai Kijang

Lanai Kijang

Saturday, November 15, 2014

Cara berlauk, kuih hari Jumaat

kuih hari jumaat kak rose.... cara berlauk yang kak rose buat pagi semalam untuk buah tangan majlis mingguan kami disini....Majlis bacaan Surah Al-Khafi. sambil mengaji, seronok jumpa kawan2 dan juga seronok dapat menikmati kuih2 yang bermacam2.... buahtangan dari kengkawan yang datang.. banyak cerita yang nak dikongsi....sebelum mengaji pot pet dulu sampai kadang2 ketua muslimah  tegur jugak sambil gelak2... kalau tidak sampai kesudah tak abes bercerita kan...

 dan sesudah mengaji dan bacaan doa, masa yang sangat best untuk menjamu selera sambil pot pet lagi... bila dah ramai dan berkumpul2 cam ni mmg banyak cerita kan.... ade kengkawan yang cam ni jugak ker? ade jugak yang tanya resepi... macamlah kak rose ni pandai masak kan? tapi yang selalunya kak rose sama2 kongsikan apa2 saja yang kita tahu.... cik google kan ade, so semua pun boleh buat kalau mahu!

 dan dengan kuih cara berlauk ni ada yang mintak kak rose bukak kelas memasak pulak. adoyai la... idok le teman pandai nak bukak kelas bagai.... setakat nak tunjuk resepi tu boleh la.... meh nak kongsikan resepinya yang kak rose kopi dari blog Gee. mekasih ya... laku kuih yang sedap ni.....

Bahan untuk Inti

200g daging cincang
1 biji bawang besar, dipotong dadu
3 ulas bawang putih
2 sudu besar serbuk kari dicampur dengan sedikit air untuk dijadikan pes
sedikit minyak untuk masak
sedikit daun bawang dan daun sup dipotong halus
sedikit garam dan gula

Bahan untuk batter :

1 1/2 cawan tepung gandum
2 biji telur

1 cawan santan
1 1/2 cawan air
sedikit garam
sedikit pewarna kuning telur

  bermacam2 kuih ade... pilih mana yang berkenan dihati....

Cara-cara membuat kuih cara berlauk:

1. untuk batter kuih cara, masukkan semua bahan dan gaul sebati. Jangan terlalu cair. ketepikan

2. untuk inti, panaskan minyak, tumis bawangputih yang ditumbuk, masukkan pes serbuk kari sehingga naik minyak. masukkan daging dan gaul sebati.

3. masukkan bawang, daun bawang dan garam. gaul sebati. masak hingga kering kuahnya.

4. panaskan acuan kuih cara di atas dapur, sapukan minyak pada acuan, masukkan batter kuih cara. kemudian masukkan inti kedalam batter kuih cara tersebut. hias dengan cili merah dan daun sup.

5. biarkan 7-8 minit atau sehingga kuih masak.

bergebang2 dengan gang sebelum bacaan bermula.....

6 comments:

Ita Rossi said...

sedapnya kuih cara. lama dah tak buat. Btw kuih dalam tupperware biru tu badak berendam/puteri mandi?

Kak Rose said...

Ita, tuannya kata nak buat kuih koci tapi kehabisan daun pisang... dan jadilah koci tak berbaju!

geraugebang said...

Kita suka kuih cara ni...tapi kita suka lagi bergebang...he he

Kak Rose said...

kuih kita suka tapi bergebang2 laaaaagi la suka! he he he

sud@is said...

assalam singgah
anika kuih boleh tukar2 resepi tambah lagi koleksi

Kak Rose said...

sud@is, tq sudi singgah kat sini...