Lanai Kijang

Lanai Kijang

Tuesday, November 11, 2014

Laksa johor untuk majlis Al-Khafi

 salam dan selamat tengahari kawan2 semua.... bersawang pulak rumah kak rose ni terbiar beberapa hari. entah kenapa mood nak mengupdate rumah ni semacam dah terjunam kelaut tak nak timbul2 pulak... serupa ade batu itu dalam! ishhh!!!! kasi buang itu batu dulu, dan meh kak rose nak kongsikan apa yang buat kak rose malas memanjang tu.... sebenarnya hari jumaat tu kak rose jadi host untuk bacaan surah Al-Khafi, jadi sibuklah jugak nak siapkan juadahnya n kemas rumah yang macam kapal pecah tu...

tu dia!!! peruik kuah dan speghetti berposing atas dapoq! malam kak rose siapkan kuah laksa johor ni dan potong segala mak nenek pelakun tambahannya.... maklumlah semua nak kena buar sorang2, jadi buat awal2 senang kan sbb bacaan Al-Khafi itu diadakan pagi jam sembilan, tentunya tak sempat kalau nak siapkan pagi tu jugak...jadi pagi tu cuma nak kena panaskan kuah dan rebus speghetti dan siapkan air minuman panas dan sejuk...

 ketua muslimat kami disini....Puan Hajjah Mariam dan Puan Hajjah Kalsom

 terima kasih kepada kawan2 yang datang dengan bermacam kuih.... sampai tak muat meja. tapi sayang tuan rumah ni sibuk jadi tak sempat nak amik gambar kawan2 dan jugak kuih buahtangan tu.. gambar ni pun kak rose cilok dari fb kawan yang sudi upload gambar2 tu... so mana yang ade je la ya. yang tak termasuk dalam frame jangan la amik ati pulak noooo.... ni kali ke 4 dah kak rose jadi host... dan Alhamdulilah, ramai yang sudi datang.... penuh ruang tamu.

antara mak2 dan nenek2 yang datang untuk majlis bacaan Al-Khafi kat rumah kak rose....terima kasih semua ya.

6 comments:

cahayahidupku.blogspot.my said...

Sedap tengok laksa johor kak rose tu... nanti post resepinya pulak ye :)

fazianbatrisyia said...

lama jugak tak buat laksa Johor. Sedapnya...ye kak rose share resepi yg kak rose buat tu ye.

Unknown said...

Alhamdulillah..
Semoga usaha sebegini dirahmati oleh Allah hendaknya.
Insya'Allah.

Kak Rose said...

Yati, kak rose ni masak kuah tu main agak2 jer .... x pandai nak tulis yang exact!

Kak Rose said...

fazianbatrisyia, banyak resepi laksa johor ni tapi memasing punya citarasakan... jadi kak rose pun derhakakan ikut tekak sendiri jer!

Kak Rose said...

Insya Allah Shamsiah Abdul Rahman, muga2 mendapat keberkatanNya.