Lanai Kijang

Lanai Kijang

Wednesday, November 12, 2014

Spaghetti swedish meat ball ala Ikea

Asalamualaikum dan selamat pagi semua.... pagi2 kak rose nak tepek dinner semalam. lama dah nak merasa makan ni, tapi bila g ikea ari tu ramai sangat yang berbaris menunggu, so tak dapat la nak merasa kesedapan meatball yang sangat femes tu.... tapi sekarang tak yah nak g ikea dah, kita buat sendiri jer...boleh makan bertambah2 dan berulang ulang lagi!





Marina beef ball yang besar2.... 

meat ball guna yang ready made dari jenama Marina, tapi gravy yang sedap tu kak rose copy dari blog CoratCoret Nina, mekasih ya kongsikan resepinya. dan kak rose nak panjangkan kat sini lak untuk sapa2 yang nak mencuba...

SWEDISH IKEA MEATBALL
Bahan-bahan
meatball jenama Ramly secukupnya digoreng tanpa minyak dan api sederhana. pastikan selalu balik-balikkan. jangan sampai hangus. (kak rose guna jenama Marina)

 kentang goreng secukupnya  (Nina tak der stok so tak letak pun)
1 sudu jem strawberry/blueberry/mixed fruit (yang ini pun Nina tak letak)
(kak rose gantikan dengan spaghetti jer)
Sauce Gravy 
2 sudu butter
1 1/2 sudu tepung gandum
1 biji bawang besar kuning - didadu kecil
2 biji tomato sederhana besar - didadu kecil
1 1/2 cwn air sejuk
100 ml susu segar/susu cair
3 sudu sos tomato
3 sudu sos tiram
2 sudu kicap manis
2 sudu sos lada hitam/serbuk lada hitam
1 kiub pati ayam
1 sudu gula
serbuk beef gravy segera/1 kiub pati daging


half way through. proses menggoreng yang berjanggut menunggu sbb guna api kecik jer....
 


Cara penyediannya
1-  Cairkan butter guna api perlahan. Tumis bawang hingga bawang layu dan warna kecoklatan. jgn sampai garing.
2-  Masukkan tepung gandum. Kacau hingga berubah warna sedikit coklat. masukkan tomato dan biar hingga tomato layu.
3-  Masukkan air sejuk, susu segar, sos tomato, sos tiram, kicap manis, sos lada hitam, kiub ayam, gula dan beef gravy. Kcau rata dan biar sampai mendidih.
4-  Sentiasa kacau bagi tak berketul. Perasakan dgn garam jika terasa tawar. 


Kalau kuah terlalu pekat, campurkan sedikit air, dan jika cair, tambah sedikit air tepung jagung.
5-  Kacau sebati. Tutup api, blender gravy tadi hingga halus. Tuang semula dalam periuk dan didihkan sebentar. Kacau sentiasa. Apabila sudah mendidih, tutup api dan tuang atas meatball. yummy! (Nina tak blend pun.... didih ajer terus tuang atas meatballs)
 
  end result..... spaghetti swedish meat ball ala Ikea yang yummeh.


2 comments:

Suriya Majid said...

aduh meatball, sedap tu...tapi tulah tak boleh makan selalu, teringin nak buat meatball sendiri, belum berjaya lagi

Shamsiah Abdul Rahman said...

Sham slalu beli beef-ball yg hat instant dr Indon seller kat sini.
Tgn tak bedung..
Nak lagi real.. pi mkn kat Ikea je.