Lanai Kijang

Lanai Kijang

Friday, November 28, 2014

Kuih talam gula merah

 Asalamualaikum dan salam jumaat buat semua kawan2.... buat kuih ni malam semalam untuk buah tangan majlis mengaji Al-Khafi pagi ni...kiranya ni kuih hari jumaat kak rose la ni.. Alhamdullilah sedap dan menepati cita rasa kak rose dan juga ahli jemaah yang datang mengaji tadi.. mesti rasa puas hati bila kuih yang kita bawak tu habis dimakan kan... terima kasih pada yang sudi kongsi resepi sedap ni...

 resepi kuih talam ni kak rose copy dari blog CoratCoret Nina, mekasih ya dan mintak izin nak kongsikan kat sini lak ya...

Talam Gula Merah
Lapisan Bawah:
200gm gula merah
2 sudu besar  gula pasir
2 1/2  cawan air biasa
1 cawan tepung gandum
1 sudu besar tepung ubi
1 sudu besar air kapur

Cara penyediannya
1.  Panaskan kukusan, balut dengan kain penutupnya dan sapukan minyak pada loyang.
2.  Masak gula merah dan gula pasir bersama-sama air. Sejukkan.
3.  Satukan semua bahan, kacau sehingga semuanya larut dan tapiskan.
3.  Tuangkan dalam loyang dan kukuskan selama 20 minit.
4.  Bila dah masak, cakarkan sikit permukaan adunan dengan garfu.


Lapisan Atas
3 cawan santan pekat
1 cawan tepung beras
1 sudu kecil garam

Cara penyediaannya
1. Satukan semua bahan, kacau sehingga sebati  dan tapiskan
2.  Masak atas api sederhana sehingga adunan hampir pekat. Kacau sentiasa.
2. Tuang atas adunan bawah yg telah dicakarkan sikit dan
3. Kukus selama 20 minit atau sehingga masak
4. Sejukkan dahulu baru dipotong dengan pisau plastik dan hidangkan.


***untuk bahaguan atas ni kak rose cuma buat 2/3 adunan sbb cuma ada 2 cawan santan pekat tu... jadi nampak nipis sket lapisan atas tu kan....
 
sempat jugak tuan tanah berposing bersama kawan2 dengan laksa johor, hidangan dari tuan rumah..

10 comments:

Bicara Kak Noor said...

salam kakrose, kalau bagi kat sini pun mesti habis makan jugak ni bila lah dpt makan kuih talam kakrose ni kan

Kak Rose said...

Noor, kita buar barter trade nak...pos nasik lemak kat sini, kak rose antar kuih talam lak!

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Rasa nak ambik sepotong jer kuih talam tu kak rose.. nampak sedap sangat..

Azie said...

Cantik kejadiannya. Nnt nak cuba juga

Kak Rose said...

sedap yati.... ade baki kak rose buat minum petang pulak..

Kak Rose said...

Azie, tak rugi mencuba. sedap dan bahan pun mudah jer!

Watierman said...

Assalam Kak Rose...nak jugak..ada lagi tak?..Sedapnya...

Kak Rose said...

Waalaikumsalam Watie, ha ha ha terlambat sudah!

Nina Mirza said...

As'salamualaikum kak...
Terima kasih sudi cuba resepi dari blog Nina.
Salam perkenalan dari Nina :)

bil bil said...

resepi kuih