Lanai Kijang

Lanai Kijang

Thursday, November 27, 2014

Asik2 apam beras.....

Apam beras yang tak pernah menjemukan.... pada kak rose apam ni dah jadi macam makan nasik jugak.... mengenyangkan. dah banyak kali buat pun memang tak pernah jemu apa lagi dicicah dengan kelapa tu...tapi terlebih kaler merah la pulak... kalau cicah dengan serunding pun ok jer buat kak rose ni... agaknya kalau cicah dengan kari pun boleh kan..

masih guna resepi yang sama, jugak acuan yang sama.... meh nak kongsikan kat sini lagi..

Bahan-bahan

  • 2 cwn nasi
  • 2 cwn tepung gandum
  • 2 cwn tepung beras
  • 1 cwn brown sugar (kak rose guna gula putih sepenuhnya)
  • 3/4 cwn gula
  • 2 1/2 cwn air
  • 1 sudu kecil yis (mauripan)
  • kelapa parut dgn sedikit garam 
Cara-cara

  1. blend nasi dan air sehingga hancur.
  2. setelah hancur,campur brown sugar dan gula ke dalamnya dan blend sehingga sebati.
  3. dlm bekas lain,satukan tepung gandum,tepung beras dan yis.
  4. selepas itu,masukkan bahan cecair tadi ke dlm bekas tepung. Kacau sehingga sebati.
  5. perap selama 3 jam.
  6. masukkan dlm acuan kecil dan kukus selama 15 minit..
  7. hidang bersama kelapa yg telah di gaul dengan sedikit garam..siap!

2 comments:

Unknown said...

Assalam Kak Rose sedap mata memandang...kesedapan nya membuka selera...!

Ummu Athiyah Ismail said...

Macam sedap jer..nanti nak try lah..