Lanai Kijang

Lanai Kijang

Saturday, November 1, 2014

Kung Pao chicken

 Asalamualaikum dan salam hujung minggu..... salam satu November jugak pada semua...hari ni gantung periuk sebab g kenduri dan ayam ni kak rose buat untuk lunch semalam... masak seminggu sekali, tu sbb en. asben balik tengahari nak solat jumaat dimesjid dekat rumah ni... so balik dari mengaji Al-Khafi tu terus lah bersilat kat dapo, masak yang sempoi2 jer pun asalkan boleh kenyang perut tu kira ok la kan...

resepi ayam ni kak rose amik dari blog hana dan kak rose tepek lagi kat sini ya.... sapa2 nak mencuba, dipersilakan...

Perapkan bersama 15minit:
2 sudubesar sos tiram
1 sudukecil tepong jagung
sekeping dada ayam (saiz kecil) dipotong kecil
Cara:- goreng hingga ayam masak tapi tak perlu garengkan, ketepikan.
Bahan Sos disatukan:
1/4 cawan air pati ayam
1 sudubesar kicap manis (kak rose buh sedikit kicap pekat)
2 sudubesar sos cili bawang putih
1 sudubesar gula - hana gune madu (kak rose kurangkan sbb x suka manis...)
1 sudukecil garam
1/2 sudukecil tepong jagung. (kak rose skip this)
Bahan Tumis:
1 sudubesar minyak bijan + 1 sudubesar minyak biasa
8 biji cili kering@ 3sudubesar dry chili flakes
2 biji bawang putih*
Halia muda sebesar ibu jari* dihiris
1/3 cawan kacang gajus yang telah dipanggang.
Cara-cara: Tinggalkan 1 sudubesar minyak ayam tadi dan campur minyak bijan,panaskan dan tumis bawang putih dan halia hingga layu kemudian masukkan cili kering, tumis hingga cilli sedikit gareng. Masukkan bahan sos dan masak hingga sedikit pekat dan naik bau. Masukkan isi ayam tadi dan gaul rata selama 5 minit kemudian masukkan gajus dan kacau untuk sebatikan. Sedia untuk dihidang.

No comments: