Lanai Kijang

Lanai Kijang

Monday, August 15, 2011

Kuih lopes

menu berbuka petang semalam..... bila nampak ramai yg dah buat kak rose puan apa lagi keinginan nak makan tu macam x pernah jumpa kuih ni dah! jahat betul tekak masa bulan puasa ni kan...mula ari tu nampak kat rumah Anim, pas tu Nor pulak... layan lah tekak yg nak makan lopes ni tp kak rose omitkan air kapur tu... cuma air daun pandan dan sedikit kale hijau...

resepi kak rose cnp dari Myr oleh tulip77.... dulu penah buat guna resepi yg ni jugak. mekasih ya share resepi ni... dan kak rose mintak izin nak tepek kat sini lak ya...

Bahan-bahan
  • 2 cawan beras pulut
  • 2 cawan santan cair
  • 1/2 cawan air pandan (dikisar)
  • 1 st air kapur (kak rose x letak)
  • 1/2 st garam
  • beberapa titik pewarna hijau
  • kelapa parut yg di gaul dengan sedikit garam
  • *** air gula ***
  • 3 ketul gula melaka
  • 5 sb gula
  • 3 cawan air

Cara-cara

  1. Cuci beras pulut,rendam beras pulut dgn air selama 3jam, masukkan juga pewarna hijau & air kapur. Kisar daun pandan bersama 1/2 cawan air dan tapiskan airnya.Kemudian toskan dan masukkan dalam loyang. Kukus selama 20minit. Lepas tu, masukkan santan & air pandan kukus lagi selama 30minit.
  2. Alas bekas 4segi/bulat dengan plastik/daun pisang. Ambil pulut tekan padat2 dgn plastik/daun pisang. Biarkan sejuk,kemudian potonglah ikut bentuk yg anda suka. Kemudian golekkan dalam kelapa parut.(kak rose guna acuan goreng telo!)
  3. Semasa kukus pulut,boleh buat air gula. Masukkan semua bahan dalam periuk,bila dah mendidih kecilkan api dan masak hingga agak likat. Bila dah sejuk boleh dimakan bersama pulut.
  4. *** air gula nih bergantung pada saiz gula melaka yg anda gunakan, jika guna yg besar blh kurangkan gula.
**** nota dari Nor secubit garam----> kurangkan sukatan air masa mengukus. air mesti sama paras dengan pulut yg nak dikukus. tq Nor for the tips

12 comments:

HALAMANKU said...

Salam Kak Rose wah rajinnyer melopis... SK suker kuih2 ni.. tapi erma lak x pandai nak wat.. ni usha2 dapo akak.. mana tau berjangkit he he he sedap nampak.. kalau wat sendiri memang puashati makan...

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

Salam ramadhan kak ros.Kita pun cadang nak buat lopez ni. nanti kita cnp ya.

Kak Sam said...

Sedapnya. bila le saya nak cuba ni?

KuNanGKuNanG said...

sedapnye..sepanjang pose ni xpenah lg beli lopes ni.nak cari la ptg ni.

Yatie said...

sedapnya berbuka pose dngn kuih lopes ni..rasa mcm nak buat je ni...

K.Nor said...

huhu frustnye tengok org lain buat cun jer..

Kak Rose said...

Erma, nak makan kena rajin ler.... dah usha2 tu nnti buat ya...

Kak Rose said...

Ros, silakan2...

Kak Rose said...

Sam, kak rose ni nampak orang tayang je terasa nak makan dah! tu yg kena buat jugak tu!

Kak Rose said...

KK, resepi dah ada tu, sila la mencuba.... lagi puas ati kalau buat sendirik!

Kak Rose said...

Yatie, buat jangan x buat... hamka pasti suker dengan kale hijau ni... he he he

Kak Rose said...

Nor, dengan tips yg nor beri tu ni la kejadiannya... alhamdullilah puas ati. cantik n sedap!