Lanai Kijang

Lanai Kijang

Friday, December 18, 2020

Cekodok pisang gebusss

jom buat cekodok pisang pulak untuk minum petang nanti... guna pisang berangan yang sangat manis ni... so boleh kurangkan gula dalam adunan tepung tu, manis sedang2 jer...

Bahan-bahan
4-5 biji pisang berangan
1 cawan tepung gandum
2 sudu Planta atau mentega/minyak masak
3-4 sudu gula pasir
secubit garam
1/2 tsp soda baikabonat

Cara-cara
1. Di dalam bekas, lenyekkan pisang bersama mentega, gula dan garam. Kemudian masukkan soda bikarbonat, dan tepung gandum sedikit demi sedikit sehingga adunan tidak terlalu lembik. Ini kerana supaya apabila menggoreng, ianya tidak terlalu lembik dan gebu.
2. Di dalam kuali yang berisi minyak panas , masukkan adunan pisang secara perlahan-lahan. pastikan api sederhana digunakan.
3. Goreng sehingga warna keemasan dan terapung. balik2kan selalu. Toskan lebihan minyak dan hidangkan panas-panas

pisang berangan yang dah selamat jadi cekodok tu...
 

1 comment: