Lanai Kijang

Lanai Kijang

Tuesday, March 28, 2023

Pengat butir nangka

 Salam 6 Ramadhan buat semua....

Bahan-bahan

  • Bahan A
  • 200g tepung pulut
  • 140ml air suam
  • pewarna
  • Bahan B
  • 2 mangkuk santan
  • 6 sudu gula
  • secubit garam
  • 5 helai daun pandan
  • bahan C
  • 1 liter air

Cara-cara

  1. campurkan kesemua bahan A dan diuli sehingga sebati.Kemudian dibahagikan kepada beberapa bahagian dan diwarnakan dengan pelbagai warna yang disukai.
  2. Air didihkan di dalam periuk.Doh yang siap diuli akan digentel@bulatkan kecil seperti biji nangka dan dimasukkan ke dalam air mendidih..biji yang terapung diangkat dan dimasukkan ke dalam bekas berisi air sejuk.
  3. Bahan B dicampurkan ke dalam periuk dan didihkan.Akhirnya masukkan biji Nangka yang siap dimasak tadi...Bubur siap untuk dihidangkan


 

Monday, March 27, 2023

Ikan kerisi masak asam pedas

Salam dan selamat berpuasa buat semua. mak2 dan tukang dapo mesti dah mula fikir apa nak dihaidang untuk berbuka petang nanti kan.. kak rose suka buat kan list kat sticky notes kat pc ni so nant senang dah ade menu untuk nak sediakan. idea memasak ni memang selalu outkan, so apa kata buat ikan masak asam pedas ni.. tp harga ikan sangat mahal kan sekarang, kak rose beli 2 ekor ni pun dah dekat dobelas hengget. berapa lah agaknya kalau kedai nak jual harga yang dah masak tu? hmmm. jom lah kita masak ikan asam pedas ni.  

2 ekor ikan kerisi
2 sudu makan cili kisar- terpulang pada kepedasan memasing lah ya
1 labu bawang besar*
2 ulas bawang putih*
½  inci halia*
½ kiub pati ikan bilis
4 tangkai daun kesom
1 cawan air asam jawa
Secukup rasa garam
Secukup rasa gula
2 biji tomato belahkan
Minyak dan air secukupnya


Kisar bahan yg bertanda *
Panaskan minyak 
Tumis bahan kisar hingga naik bau dan pecah minyak 
Masukkan daun kesom dan air asam jawa 
Masukkan ikan
Tuang air secukupnya
Masukkan garam dan gula 
Tunggu hingga kuah menggelegak barulah masukkan tomato dan tutup api.

 

Sunday, March 26, 2023

Bubur krong krang malas

ya, krong krang versi malas.. versi yang ade sedikit rajin rajin ada kat sini 😁 bubur ni memang ngam untuk berbuka puasa lah.. makan sejuk2 sangat lah heavennya...

Bubur Krong krang
 
Bahan:
1 cawan tepung ubi kayu
1/2 cawan air panas mendidih
kuantiti di atas ditambah sehingga adunan jadi kenyal dan boleh ditekan pada acuan.
 
Cara:
Masukkan tepung dalam mangkuk menguli.
Masukkan air panas mendidih, kacau sebati. Adunan akan melekat2. Tambahkan air atau tepung ubi hingga mendapat adunan yang kenyal.
Potong kecil adunan untuk ditekan menggunakan acuan kuih siput.
Bila habis diterap, rebus dalam air panas.
Toskan bila sudah terapung dan masuk dalam air sejuk.
Sedia untuk digunakan.
 
Bahan Kuah: (Untuk 2 adunan Krong Krang)
5 cawan santan
3/4 cawan gula
1 sudu kecil garam
1 sudu besar bijan yang telah digoreng tanpa minyak (optional)
1 cawan isi kelapa muda (optional) - tak de, so togel jer krong krang versi malas ni


 
Cara:
Masukkan santan bersama gula dan garam.
Kacau hingga sekali mendidih sahaja. Sehingga gula telah larut.
Masukkan isi kelapa.
Masukkan Krong Krang.
Tabur bijan. Siap..

Saturday, March 25, 2023

Iftar#2 Cicah budu pulak..

 kembali ke asal pulak dengan ikan tenggiri cicah budu. no more biru mata hitamku 😝

tapi cicah ni untuk en asben jer, kak rose tukang sediakan lah.. yang dibawah ni lah cicah untuk tuan dapo!
sambal nasi ayam penyet yang dah kak rose sediakan awal2 menjelang puasa hari tu, so bila nak makan sambal dah ready. makan dengan nasi panas2 dan colek dengan timun jepun pun dah sedap sangat kan..dan untuk en asben kak rose buat kan juga stok sambal totok ikan bilis yang pedassss tu. tu pun ada hati nak sambal tumis ikan bilis pulak. nasib baik lah stok ikan bilis dari sabah ada banyak. kena buat jugak lah nanti gamaknya. resepi sambal ayam penyet kat sini
sayur sempoi permintaan en asben yang nak makan cenggini... ayam fillet dengan kacang panjang. buat sikit macam ni pun susah kami berdua nak abeskan..
ada sedikit kerajinan kak rose buat cucuq badak yang tak de undang menepek kat atasnya. baut satu adunan dapat banyak jugak lah, tapi kak rose gorengkan enam biji ni jer tu pun ade lagi berbaki dua ketui... harap boleh makan masa sahur nanti lah. resepi cucur badak boleh singgah kat sini..
buah pisang dan green seedless grape ni mesti lah habis sebab kak rose sediakan just cukup untuk kami berdua.. tak lah bersambung makan sampai sahur nanti kan..
 

Friday, March 24, 2023

Iftar #1 Biru mata hitamku, kononnya lah...

 Alhamdulillah..selesai sudah puasa pertama di tahun 1444 hijrah ni...

dan nak jugak kak rose tepek kat sini menu berbuka petang semalam... pilihan en asben yang nak makan lasagna ni. so di belinya hingga 6 packs, buat stok katanya.. 2 packs untuk anak dan untuk kami cuma mampu makan berkongsi satu pack saja.. ya lah bila dah berbuka minum air dan makan buah jambu tu, juga goreng keledek memang dah kenyang lah kan...lepas solat maghrib baru lah makan  lasagna tu...
buat stok, katanya.... beef dan chicken lasagna.  bila2 nak makan nanti dah ade tinggal nak reheat jer. mudah kan kerja tukang dapo jugak lah kiranya tu kan..
sebiji jambu batu lohan ni dapat sepenuh mangkuk ni...kak rose suka taburkan asam pakchu 916 kalau makan jambu cenggini. sedappp! makan hingga bersambung ke sahur baru habis
goreng sebiji jer pun keledek ni... tapi jadi banyak lah jugak. tak habis makan masa berbuka, so dengan keledek reheat ni lah kak rose bersahur tadi.
 

Serunding kelapa udang kering


 BAHAN-BAHANNYA :-)
 
1 biji kelapa kulit basah, parut putih*
1/3 camca teh serbuk kunyit*(*digaul rata)
3 camca besar udang kering, rendam 10 minit dan toskan
2 camca besar cili kisar (atau lebih jika nak pedas)
8 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1/2 inci lengkuas*
3 batang serai, hiris halus*
1 camca besar penuh ketumbar biji*
1/2 camca teh jintan kasar*
1/2 camca teh jintan halus*(*dikisar halus)
4 helai daun limau purut
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Kelapa parut yang telah digaul dengan kunyit tadi disangai dalam kuali selama 2-3 minit, angkat dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus hingga harum, masukkan cili kisar dan udang kering, tumis hingga terbit minyak, guna api sederhana. Masukkan garam secukup rasa gula (selalunya serunding agak manis sedikit) dan daun limau purut, kacau rata dan biar masak sekejap.
  3. Masukkan kelapa tadi dan gaul rata, masak dengan api kecil sambil dikacau hingga serunding tadi kering dan ringan, tapi masih lembap. Angkat dan sejukkan.

Thursday, March 23, 2023

Salam Ramadhan 1444

Gambar Tahun 2023 PNG | Vektor Dan Fail PSD | Muat Turun Percuma Di Pngtree

Salam Ramadhan 1444 kepada semua yang masih sudi singgah kat dapo kak rose yang hidup segan mati tak mau nih. Semuga Ramadhan tahun ini hadir dengan seribu rahmat, barokah dan segala kebaikkan untuk kita semua. Selamat menyambut Ramadhan dan selamat berpuasa. dan kak rose nak kongsikan pesanan dari Tuan Syeikh Mutawalli syi'rawi tentang pencuri pencuri dibulan Ramadhan

Berhati-hati dengan pencuri-pencuri di bulan Ramadan
‎Syeikh Mutawalli syi'rawi.

Pencuri 1
 Televisyen, pencuri berbahaya dan membinasakan puasa, mengurangkan pahala dengan sebab siri-siri, episod-episod dan program yang sia-sia.

Pencuri 2: Pasar-pasar, pencuri khusus yang menghabiskan harta dan waktu tanpa terkira supaya kita disibukkan dengannya. Tetapkan apa yang mahu dibeli sebelum pergi ke pasar (pasar “online” begitu juga 🤭)

Pencuri 3: Berjaga malam tanpa tujuan. Pencuri masa yang begitu berharga, yang mengharamkan dirimu daripada tahajjud dan istighfar pada malam-malam terakhir

Pencuri 4:
Dapur, khususnya bagi para wanita yang menghabiskan masa begitu lama untuk memasak pelbagai jenis makanan. Hingga boleh membawa kepada pembaziran dengan dibuang ke dalam tong sampah.

Pencuri 5: Telefon, perbualan yang panjang di telefon dan apa yang melibatkan dosa-dosa seperti mengumpat, mengadu-domba, perbualan-perbualan liar dan menyebarkan rahsia-rahsia.

Pencuri 6:
 Bakhil yang mengharamkan dirimu daripada mendapat ganjaran dan pahala sedekah yang memelihara daripada api neraka khususnya sedekah pada bulan Ramadan.

Pencuri 7: Majlis-majlis yang sunyi, tidak disebut zikrullah di dalamnya yang menyebabkan kerugian orang yang berada di dalamnya pada hari Kiamat.

Pencuri 8:
Akhir sekali, pencuri paling besar ialah medium-medium media sosial yang tidak digunakan untuk meraih keredhaan Allah.

Semoga Allah mentaufiqkan kita untuk memetik buah-buah Ramadan dengan melakukan apa yang dicintai dan diredhaiNya.

Thursday, March 16, 2023

Sarapan kami...

 Lamaaaaaa sungguh tak jenguk dapo maya kak rose ni... so hari ni kak rose hidang sarapan yang setiap hari pun samaaaa jer tanpa rasa jemu. tu pada kak rose yang cuma rajin sediakan toast untuk sarapan!






Alhamdulillah, sekurang kurang nya ada jugak kerajinan nak sediakan sarapan sendiri kan...😀😀
 

Wednesday, February 15, 2023

Friday, January 13, 2023

Nenas di kampung..

kisah kebun kak rose dikampung... mewah dengan nenas, tapi bukan kita yang tanam dan usahakan... kita cuma tau makan jer. boleh gitu?
potong cantik2 ni pun en asben yang tolongkan... kalau kak rose yang kena buat sendiri memang asal dah kopek dan letak dalam pinggan tu kira ok la dah kan...
masa ni nenas belum masak sangat... amik  sedikit masa lagi baru boleh tuai..
masa untuk amik buah... siap motor lori derang bawak masuk kebun...

dah siap longgok kat sini, buat grading buah, siap timbang every each untuk dapatkan yang sama saiz untuk packing... dan sekali petik 3 buah lori datang amik kat sini..
 

selepas dipetik, nampak macam masih putik jer kan... tapi bila kupas memang dah masak dah isinya.

Thursday, January 12, 2023

Tumis labu air

masak sayur labu air dengan apa yang ada stok dalam fridge..dan sebenarnya sangat lah tak rajin nak defrost isi ayam untuk masuk dalam ni, so kak rose perasakan dengan kiub pati ayam. boleh jer kan... kita yang buat dia, bega2 kan dengan selera kita lah.. sedap menghirup dan meratah sayur air cenggini. kalau makan dengan nasik pun kak rose suka letak kuah banyak2, sedap jer menghirup. ade ke yang suka makan macam kak rose ni. yang sempoi2 je.
 

Wednesday, January 11, 2023

Lauk pebret.

telor masak lemak ciliapi yang tak pedas.. kita yang nak makan so buat lah ikut selera sendiri kan.. kak rose memang tak tahan pedas, so tukang makan dalam rumah ni pun kena lah ikut jugak gamaknya..
semata telor itik jer untuk masak lemak ni... makan dengan nasi hangat2 dan digandingkan dengan ikan masin gelama goreng. walahhhh memang bertambah2 kak rose ni makan..dan lepas tu takut tengok angka kat mesin penimbang tu. adoiiii lah. kalau lah tadi tak tambah nasi kan bagus...😜
 

Friday, January 6, 2023

Makan makan hujung tahun lepas

tahun lepas, macam dah lama sangat kan. tapi sebenarnya belum seminggu pun kita ditahun baru. penutup 2023, luangkan masa bersama keluarga kecil kami untuk makan sama di ikea.. rasanya lama dah tak g ikea ni dan yang kak rose nak makan sangat ialah swedish meat ball ni... kalau dulu rajin lah nak buat sendiri, rasa puas hati bila makan yang kita masak sendiri kan. tapi sekarang ni kerajinan tu semua dah terjun ke laut dalam agaknya... so ada yamg mudah buat apa nak menyingsing lengan berkepok kat dapo kan... g jer sini, semua dah siap terhidang. makan lah sepuasnya.. oderlah lebih, kami share makan anak beranak...

dan sebanyak ini yang diodernya... memang tak terhabis lah. so sedia beli lah box untuk tapau tu, boleh lah anak bawak balik makan berulang di rumah pulak
 

penuh tray trolly untuk kami berempat! air tak amik lg tuh!

complete dah... 

boss kecik tak nak makan...
asik nak berlariiii jer... tal larat mamanek nak mengejornya!


Thursday, January 5, 2023

Sarapan dikampung

ya, ni sarapan semasa kak rose balik kampung dihujung tahun hari tu... bila berada dikampung selalu saja nak bersarapan yang lebih dari biasa. walaupun ada toast macam biasa tapi nak jugak makanan berat yang lain... dan selaulunya kak rose ada buat lempeng cicah dengan sambal atau pun jika ada baki kuah kari pun boleh.  sebenarnya nak cater dengan adik2 yang sama ada dikampung. memang makan sarapan beramai2 macam ni memang lah sedap kan. lepas sarapan golek ramai2 depan tv tunggu waktu lunch pulak... dan bila balik kl nanti takut pulak nak naik alat penimbang! itu lah kak rose. 😁

resepi mee goreng:

Bahan bahan:
500 gram mee kuning
100 gram isi ayam/daging - potong kecil
2 biji telur - pukul rata
1 biji buah tomato - potong kasar
1 ikat kecil sawi
3-4 ulas bawang putih - diketuk
1 ulas bawang merah - hiris halus
1 sudu besar cili kisar - guna 2 jika suka pedas
3 sudu besar sos cili
3 sudu besar sos tomato
3 sudu besar kicap pekat
2 sudu besar sos tiram
Minyak
 
Cara cara:
 
Tumis bawang putih yang diketuk sehingga wangi. Diikuti bawang merah. Masuk cili kisar dan tumis sehingga pecah minyak.
Masukkan isi ayam dan kacau sehingga ayam kecut sebelum dimasukkan 1 mangkuk air untuk memasakkan ayam.
Masukkan sos cili, sos tomato, kicap pekat, sos tiram dan buah tomato. Masukkan sawi dan kacau sehingga sedikit layu. Masukkan mee dan gaul sebati. 
Ketepikan mee, tuangkan telur dan bila hampir masak, kacau rata telur sebelum dikacau bergaul rata dengan mee.
Siapppp.


 

Wednesday, January 4, 2023

Selamat datang 2023...

 2023, semuga yang baik baik saja untuk kita semua. Aamiin

 entry pertama ditahun 2023, semuga nanti ada lagi entry lah selepas ini... Insya Allah.

Brokoli bawang putih dan sos tiram

Bahan-bahan:

500 gm broccoli
5 ulas bawang putih ~ dipotong dadu
3 sudu sos tiram
1 camca teh tepung jagung ~ bancuh dengan sedikit air
1/2 camca lada sulah
Air ais ~ untuk merendam broccoli


GaramCara penyediaan:
1. Celur broccoli selama 2-3 minit dalam air mendidih. Kemudian sejatkan dan rendamkan ke dalam air ais, 2-3 minit dan toskan.
3. Tumiskan bawang putih dan goreng sehingga garing dan angkat.
4. Masukkan sos tiram dan air bancuhan tepung jagung ke dalam kuali. Apabila kuah telah mendidih, masukkan broccoli dan kacau seketika. Letaklah lada sulah dan garam secukup rasa.
5. Angkat ke dalam mangkuk dan taburkan dengan bawang putih yang telah digoreng tadi. Sedia dihidang.

ayam bakar simple pebret kami berdua... cara kak rose buat yang paling mudah. perap ayam dengan garam kunyit dan juga sambal tumis yang sedia ada, balut dalam foil dan bakar dalam pan ajaib tu hingga masak. senang kan. itu lah kerajinan tahun baru kak rose. Alhamdulillah.