Lanai Kijang

Lanai Kijang

Saturday, March 31, 2018

Jagung, my pebret...

 jagung rebus as it is... 


 jagung manis... bubuh susu pekat manis n butter.

 jagung rebus old school... 

 makan dengan tempura, fries and fresh salad.

bubur jagung+sagu mata... dapat menambah lemak dengan jayanya!

cucur jagung cicah dengan sambal kicap jawa... best!

jagung fresh from the kebun, beli dengan jiran yang sangat rajin berkebun.

Friday, March 30, 2018

Lemak cili api telo itik +belimbing buluh

 Asalamualaikum dan salam jumaat buat semua... hari ni kak rose nak tepek masak gulai lomak cili api tolo itik campur dengan belimbing buluh jeruk yang kak rose buat hari tu.. belimbing tu dah tak de masam langsung, boleh ratah gitu jer. dan gulai tolo pebret ni pun kak rose sorang jer yang makan...masak sampai 6 biji, pas tu sorang pun tak nak makan sbb dah makan kat office katanya.. so.... tukang masak ni jadi tukang perabes jugak lah...lawankan dengan ikan masin, memang bertambah2 nasi. dannnnnn berulang2 makan! dannnnn pas tu merungut kenapa lah banyak na makan nasik! 😢😢😢


6 biji telur itik - boleh tambah
5 cawan santan - kalau kurang boleh tambah
1 helai daun kunyit
1 batang serai - saiz besar
Garam secukup rasa

bahan2 ditumbuk lumat:
10 biji cili api- kak rose guna 4 biji jer.
1 inci kunyit hidup
sedikit garam - secukupnya
belimbing buluh jeruk secukupnya


 
 
1. Bersihkan kunyit hidup , cili api dan ditumbuk lumat bersama garam . Masukkan semua santan dengan bahan ditumbuk ke dalam periuk bersama daun kunyit dan serai . Gaul semua bahan dan masak sampai kuah santan mendidih .

2. Pecahkan sebiji2 telor dalam mangkuk berasingan dan masukkan dalam periuk sebiji2 jugak hingga habis. perlahankan api dan tutup periuk. selepas 3-4 minit buka tutup periuk dan kacau perlahan2... jika telur dah keras boleh kacau perlahan2 dan pastikan telor tidak melekat didasar periuk. perasakan gulai dan bila telor dah cukup masak, masukkan jeruk belimbing buluh tadi dan boleh lah padam kan api dapur. dah siap!

Thursday, March 29, 2018

Tuan tanah g jenjalan...

 Nak jugak tepek kat sini tuan tanah g jenjalan temankan kawan yang nak g shopping. pantang diajak, memang nak ikut saja.... ya lah kita kan penganggur terhormat, tak terikat dengan commitment kerja, so anytime je boleh ronda2... lagi pun en asben pun benarkan sbb dia pun tak de masa nak bawak kita g kan... so terbang lah kami ke vietnam... cuci mata dan cuci poket jugak... rasa macam nak borong semua tudung duck, ariani, naelofar, bokita....kain lace siap jahit terus! bags lagi. kain cotton, baju kurung cotton ready made. tamak kan membeli.  ishhhh!!! x pe lepas ni puasa terus dari soping moping dah! tap boleh caya ker???? entah lah.

 pasar ben thanh yang sangat menggoda dengan kain lace yang tersangat banyakkkkk. rambang mata nak pilih... terbang jugak lah untuk 3 pasang siap jahit sekali! entah bila nak pakainya, tak tahu lah tu!

 pergi memang temankan kawan nak g shopping, so tak de la jenjalan sangat... cuma hari ke3 disana, seharian kami amik package untuk ke sungai mekong... jauh jugak nak travel kesana... dan dalam perjalanan tu tour guide tu bawah singgah tempat2 shopping yang semacam gudang... tudung, telekung, baju2 dan segala macam mak nenek pun ade! sediakan duit jer la..

 monument yang ada di bulatan masa dalam perjalanan ke sungai mekong tu..  dikiri kanan highway tu ada banyak sawah padi, dan dalam sawah tu ada kubur the owner yang dah meninggal... so berterabur merata tempat tengah sawah tu ade kubur lah...

 pintu gerbang welcoming visitor to sungai mekong... kinh chao- selamat datang. aimk gambar ni pun dari dalam bas jer..
 
since sampai di kawasan sungai mekong tu dah lewat tengahhari, kami singgah kat sini untuk makan dan tunai kewajipan... the only mesjid kat kawasan ni, katanya. 
 bersama tour guide yang akan bawa semasa sungai mekong tour... beri penerangan dalam bahasa melayu walaupun pelat dan tonggang terbalik, but at least kan....  ingatkan ada lah cruise sepanjang sungai mekong tu... rupanya cuma naik boat menyeberang sungai, dan diseberang sungai inilah banyak lain2 aktiviti dan tempat2 untuk dilawati oleh pelancung

 diakhir lawatan kami semua kena naik sampan ni menyusuri sungai kecik untuk balik ke boat masa datang tadi... kak rose ni memang penakut sangat nak naik sampan kecik cam ni, tapi tak de pilihan, kena naik jugak lah... muka cuak memanjang. jerit ketakutan tu usah cerita lah sepanjang 15 minit perjalanan tu! apa lagi masa berselisih dengan incoming sampan dan ade sedikit ombak, bergolek2 sampan. takutnya adoiiii lah. nasib baik jer tukang kayuh tu sporting sangat, sama2 gelak dengan kami semua.... dan end up bagi lebih sikit tips kat derang...

hari keempat, beg dah beranak2...nasib baik beli 100kg luggage,  moh ler kita cari jalan pulang dan lepas ni duk diam2 jer... tenung tudung dan kain yang banyak2 tu... huhu.

Wednesday, March 28, 2018

Vietnam kopi

20,000 ₫

-+ rm3.50 hihi

Monday, March 26, 2018

Jeruk belimbing buluh

 Musim buah belimbing berbuah lebat, tapi tak termakan... dan banyak yang gugur terbuang jer. sayang kan... dah buat jus asam boi pas tu dah tak tahu nak buat apa pulak.. tanya cik google, rupanya boleh jer buat jeruk macam ni... so moh le kita buat jeruk belimbing buluh ni... kna amik masa, bila dah siap tu memang dah tak masam dah...


Mula-mula bersihkan buah belimbing, basuh dengan air, toskan.
Kemudian isi dalam bekas - plastik ke kaca ke, tak kisah.
 Kemudian ambil garam halus dan tuangkan ke belimbing so that semua belimbing disalut garam tadi. Tak ada campur air tau
Ketepikan, biarkan demikian selama 2 hari.
Sementara itu, goncang-goncangkan botol dari masa ke semasa.
Bahan dalam garam itu akan menarik keluar air asam yang ada dalam buah..
toskan selepas 2 hari

 

Sementara itu, masak air gula cukup untuk tutup semua buah tadi. Biarkan sejuk betul.
Buang air bergaram tu. toskan buah tadi. jangan dibasuh
Tuangkan air gula sampai tertutup semua buah. 
 Ketepikan selama 2 hari, macam awalan tadi, goncang-goncang botol dari masa ke semasa.
Bila letak air gula, buah akan terapung.


Masak air gula sekali lagi, biarkan sejuk.
Buangkan air gula yang pertama tadi dan tuangkan air gula yang baru.
Masa ni bolehlah simpan botol jeruk dalam peti ais. tunggu lagi 2 hari, boleh makan. 😋😋

Sunday, March 25, 2018

3 kali buat, 3 pesen jadinya!

 kuih abuk abuk ni memang pebret dari dulu dan selamnaya... tu yang buat berkali2. dan kuih ni sangat lah nostalgia... tiap kali kenduri kat kampung, arwah mak selalu jer nak buat kuih ni... arwah memang tahu kak rose sangat suka kuih sagu ni...😢😢😢 Al-Fatihah buat arwah mak...

 dan tiap kali buat jugak, tiap kali tu lah fail pasal nak bungkus tu.. bermacam2 bentuk jadinya. apa lah ada dengan rupa bungkus yang senget herot merot tu kan... yang penting dapat makan kuh pebret ni...

Bahan-bahan

  • 2 cawan sagu biji.
  • 2 cawan kelapa parut putih
  • 3 sudu makan gula merah
  • 3 sudu makan gula pasir
  • secubit garam.
  • daun pisang dan lidi penyemat
 gula merah x de, so guna jer brown sugar... pucat lesi abok abok kak rose nih!

Cara-cara

  1. Basuh sagu dan toskan 5 minit.
  2. Gaulkan sagu dengan kelapa. Tambahkan garam.
  3. Campurkan gula merah dengan gula pasir.
  4. Masukkan 2 sudu campuran sagu ke dalam calong daun pisang. Kemudian sendukkan 1/2 sudu campuran gula dan akhirnya masukkan 1 sudu campuran sagu.
  5. Tutup calong dan sematkan dengan lidi. Kukus kuih lebih kurang 10 minit. Siap.

Saturday, March 24, 2018

Lauk emergency...

 betul ke sadin ni jadi lauk emergrncy jer? tapi pada kak rose la, ni lauk jadi penyelamat kalau kebuntuan tak tau nak masak lauk apa kan?.... dah la masak jarang2 sekali, so lauk pun memang tak de stok, so bila sesekali nak masak ni le jawapnya... 

sadin pun ok la, asalkan ada yang tukang nak makan... tu pun separuh daripada ni dah jadi lauk frozen.. kejung lah dalam freezer. ni yang tukang masak jadi tak berapa rajin nak masak nasik!

Friday, March 23, 2018

Kerana mu Vadaiiii...

 Asalamualaikum dan salam jumaat penghulu segala hari buat semua kawan2... semuga semua dalam Rahmat Allah hendaknya.... kenapa lah dengan vadai kak rose ni kan... kisahnya nak buat kuih vadai ni la... dah rendam lebih dari 4 jam dan dengan kerajinan yang ada maka mulakan lah proses mesin kacang dal tu... tapi disebabkan nak cepat konon, maka isi lah sepenuh mangkuk fp ni... jadi lama gak la nak bagi dia betul2 hancur dan lumat... selagi tak lumat selagi tu la terus on mesin tu... dan...

 dan bila dah agak lama guna tanpa henti tu motornya pun dah rasa panas, tapi kacang tu masih belum lumat betul2... so masih teruskan lah sretttttt... dan tetibe terus terhenti. aik???? tertanya2 jugak... dan masih berharap jangan lah terus padam.... cuba untuk stat mesin lagi, tapi ternyata sudah arwah dah mesin fp cap ayam kak rose ni....😭😭😭. huhu baru dapat beberap kali jer guna mesin ni. salah tuan yang guna atau fp cap ayam ni memag tak tahan lama????

ade ker cara nak kembalikan nyawa fp ni semula, atau terpaksa lupakan dan terus kuburkan saja??? oh! Lazada, please adekan lah promosi menda ni lagi... adoiiiiilaaaa...

Thursday, March 22, 2018

Apam gula merah

 apam gula merah untuk kami minum petang... sejak dua menjak ni kan, buat apa kuih pun macam tak mau menjadi.. buat apam ni pun macam tak gebus betul2... a bit padat dan rupa pun tak semengah sbb kurang kerajinan nak buat dalam acuan kecik2... entah kemana lah hilangnya vitamin r yang dulu2 tu???? sesat dan tak tahu jalan pulang dah! 😢😢😢

 apa pun syukur Alhamdulillah, walaupun rupamu hazab, tapi tetap sedap jadi juadah minum petang kami anak beranak... apalagi bila dicicah dengan kelapa putih yang digaulkan dengan sedikit garam... dan dinikmati dengan secawan kopi dipetang hari... hmmmm... terima kasih pada sifu masak2 yang kongsikan resepinya..

APAM GULA MELAKA

* 1 cwn air
* 1/2 cwn gula melaka yg telah diracik halus ~ kak rose guna brown sugar
* sehelai daun pandan
2 cwn tepung
1 sk dry yeast
3/4 cwn air
3 sb gula pasir ( boleh kurang atau tambah ikut suka nak manis mcmmana )
secubit garam

Masak bahan bertanda* hingga gula melaka larut dan dibiarkan sejuk.
Campurkan semua bahan dan air gula yg telah sejuk dan gaul rata.
Seeloknya campuran tadi di masukkan didalam bekas besar. Tutup dan bibiarkan selama 40min atau sehingga adunan naik hingga 3x ganda.
Tuangkan adunan kedalam loyang yg telah dilengserkan minyak. Biar sekejap dlm 5 min.
Kukus adunan selama 30-35 min atau bila dicucukkan lidi, lidi keluar bersih.
Sedap dimakan dgn kelapa parut yg digaul dgn sedikit garam.

Wednesday, March 21, 2018

My kuali hari ini...

7612345 pageviews...

Jawa dan pecal

memang tak dapat dipisahkan...😋😋😋

Tuesday, March 20, 2018

Sup telor n kentang

 terpandang tayangan amal kawan di ig, maka tekak pun mintak lah nak makan jugak... so kita turutkan lah tekak sendiri, sekejap jer tung tang kat dapo dan boleh lah menikmati sup telo yang sedap ni... tak perlukan nasik, semangkuk sup ni pun dah boleh kenyang untuk lunch ak rose... kalau nak masak nasi mesti lambat baru dapat makan kan... so meratah je sup ni...

jom masak sup telor...
 
Bahan-bahan:
2 biji telur
1 biji kentang - kerat 4
sedikit soon, rendam dan toskan
2 biji bawang merah - tumbuk
1 biji bawang putih - tumbuk
1/2 kecil lada hitam -ditumbuk
1/2 kiub pati ayam
Daun bawang / daun sup - dihiris 
garam
air

Cara-cara:
1. Panaskan minyak. Tumiskan bawang merah, bawang putih dan lada hitam hingga naik bau.
2. Masukkan air secukupnya dan kiub pati ayam. Biarkan mendidih.
3. Masukkan kentang dan biarkan masak dan masukkan soon.
4. Pecahkan telur sebiji demi sebiji ke dalam periuk. Jangan kacau. Biarkan telur masak sendiri.
5. Perasakan dengan garam. 
6. Hidang dalam mangkuk yang bersesuaian. Taburkan daun bawang atau daun sup untuk hiasan

Monday, March 19, 2018

Sendiri masak sendiri makan...

 salad, fries n left over 4fingers chicken drummet

 timun, tomato daun salad dan again leftover super supreme pan pizza 

 megi goreng bodo bodo dan sedikit green salad

mee hoon goreng yang tak de sayur, cuma ada udang jer. pun boleh lah!

Sunday, March 18, 2018

Makan makan lagi...

 dapo cuti dihujung minggu lepas, sambil bli groceries sambil cari makan... since en asben ade keja di office, maka kami dua beranak lunch mek d je lah..

 yang ni dapat free dengan Grab point... ternampak pulak ade advertisement dekat situ... terus lah grab jugak!

 malam pulak... dua kotak regular super supreme pan pizza, 2 mangkuk mushroom soup dan garlic bread. lepas makan tu gaduh2, kolesterol tinggi, malas nak berbrisk walk lah... macam2 alasan!

 bila tamak membeli, memang tak terabeskan...

since lewat delivery by more than 45 minit, so dapat lah free pizza for next order.. tapi jenuh menunggu, sampai lapo dan naik geram pulak... bila delivery boy tu sampai, rupanya bawak mak we, macam nak g dating plak 😲😲😲... macam2 jer kan!

Saturday, March 17, 2018

Mari2... makan buah!

 rock melon yang sweet n juicy... tapi sekarang cuba avoid sbb tercemar oleh bakteria lesteria... it is better safe than sorry, kan...

 jambu batu aka guava yang sangat kaya dengan vitamin c...  five times higher than oranges, tapi kak rose dah tabur dengan asam kulit limau tu ada ke lagi vitaminnya?... lantok ler, asalkan sedap ditekak sendiri je!

 suka dengan green kiwi fruits ni... walaupun mashammm tapi tetap ada manisnya..

 apple merah dan black seedless grape fruits yang manis.... tapi tetap jugak nak tabur dengan asam cicah pak chu 916... bertambah lah yummy nya!

jambu batu again... gaulkan dengan asam kulit limau, taruk banyak2, sejukkan dalam fridge biar dia mesra.... walaaaahhhh sedapnya 😋😋😋