Lanai Kijang

Lanai Kijang

Wednesday, June 30, 2021

Tuesday, June 29, 2021

Tepung gomak

bila dah sekali buat dengan jayanya kuih ni, nak jugak lah buat lagi... tapi kali ni dengan inti kacang hijau pulak lebihan dari buat inti kuih rengas, just tukarkan kulitnya jer lah kan... dan yang penting salut dengan tepung kacang hijau yang wangi tu... sedap sangat lah kat selera kak rose dengan kuilt tepung pulut yang lembut tu. ngap one after another, rasa macam tak puas pulaknya... jom kak rose cnp resepi dohnya ya.. inti tu rasanya boleh jer kot buat dengan apa yang kita suka kan.. pes kacang merah ker, pun pasti sedap jugak kan... nnti lain kali boleh try guna yang ni pulak.

 

Bahan-bahannya:

1. Bahan doh

2 cawan tepung pulut

1 sudu makan tepung gandum

1 cawan santan

Cara-caranya;

Satukan tepung pulut dan tepung gandum

Masukkan santan sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh

Pastikan doh tidak terlalu lembik atau keras.

Cara-caranya;

Masak gula merah, gula pasir bersama air sehingga larut. Kemudian tapiskan

Masukkan kelapa parut dalam larutan gula dan masak sehingga ia hampir kering

Sesudah itu masukkan tepung gandum yang dibancuh dengan sedikit air

Kacau semua bahan-bahan itu dengan api perlahan sehingga inti lembap. Biarkan ia sejuk.

 Bahan salut

Tepung kacang hijau secukupnya.

Cara-caranya;

Bentukkan doh menjadi bulat dan masukkan inti kelapa di dalamnya sebelum rebuskan di dalam air mendidih

Pastikan doh yang direbus terapung sebelum diangkat

Golekkan atau salut doh itu dengan tepung kacang hijau sambil tekan2 kan untuk dapatkan doh yang leper. Siap dihidangkan

 

Sunday, June 27, 2021

Gift untuk Ali


 tq aunty Janette bagi banyak mandian untuk Ali...

 

Thursday, June 24, 2021

Mee udang

mee udang pebret sepanjang masa.. dan memang jadi keeper resepi, tu sebab berulang2 buat pun guna resepi yang sama...
spaghetti sedang berposing dalam kuali...
kuah mee udang in the making...
dah ready, jom lah santap. tetap sedap walaupun tak cukup dayang pengiring... bila rasa nak makan, buat jer dengan bahan apa yang ada dirumah kan. yang penting tetap sedap diselera kami lah. Alhamdulillah.
 

Wednesday, June 23, 2021

Monday, June 21, 2021

Cucur maggi

bosan makan megi gitu jer? meh kita buat kelainan sket kali ni... jom kita buat cucur maggi pulak, kalau ada anak2 pasti suka makan cucur cam ni kan... eh emak2 pun suka jer kalau dah siap goreng dan hidang kat meja. laju jer menyicah dengan cili sos... kak rose buat pun dengan bahan apa yang ada jer, memang jarang sangat nak keluar membeli, kalau betul2 perlu baru lah keluar. norma baru sekarang yang sangat mengurung keberadaan kita kan..

Bahan Bahan
1 bungkus maggi (rebus dan toskan)
1 cawan tepung gandum
1 sachet perencah maggi
1 biji telur
1/2 cawan udang (boleh guna jejari ketam atau apa sahaja)
1/2 batang karot (sagat)
Daun bawang/daun kucai
Cili merah
1/2 sudu kecil baking powder
Serbuk pati ayam
Air sejuk secukupnya (~1 cawan)
Minyak

Cara-Cara
  1. Maggi yang telah direbus digunting-gunting sedikit.
  2. Masukkan perencah maggi,telur,udang,karot,cili merah,daun bawang,serbuk pati ayam, serbuk penaik dan tepung gandum.
  3. Gaul sebati terlebih dahulu.Kemudian masukkan air sejuk (dari peti ais)TIPS supaya cucur rangup.Masuk air sedikit demi sedikit adunan tidak terlalu pekat atau terlalu cair.
  4. Rehatkan selama 10min.
  5. Panaskan minyak dan goreng cucur hingga garing.Angkat dan toskan.Cucur maggi sedia dinikmati.

 

Sunday, June 20, 2021

Minum petang kami...

store bought semuanya... just reheat, senang kerja kan.. pau inti kacang merah, samosa kentang dan karipap inti daging yang tak jumpa pun walau secoet dagingnya 😕
ubi kuning goreng cicih dengan sambal kicap jawa yang umphhhh. sedapp!
home made karipap inti daging yang gemuk2 dan berbagai size sama marina tempura
lagi samosa sedap nih...berbaloi membeli sebab sedap dan gemuks2 macam tukang gorengnya!
buat karipap banyak2 dan frozenkan, bila nak makan tinggal nak goreng jer. selagi tak habis kita hidang lah untuk keluarga kecil kita. ada gak tempura tu.. beli marina tempura ni sampai 3 packs, stok masa pkp ni lah katanya... so kita goreng jer lah, mudah kerja tukang masak kan..
 

Saturday, June 19, 2021

Buah dimusim pandemic

 kononnya nak tambahkan vitamin C lah, tapi kan buah yang ada depan mata cuma yang menambah gula dan lemak jerrrr.... camner tu. tak per la kan, kita tambahkan dengan supplement dari shaklee pulak!










 

Tuesday, June 15, 2021

Nasi ayam lagi...

dayang pengiring untuk nasi ayam bodo bodo..
bila tukang makan dah kelaparan, jadinya tukang masak pun tak sempat lah nak posing kan ayam dan segala mak nenek dayangnya tu dengan nasik... tak pe lak kan asalkan rakyat tukang makan kat rumah ni kenyang dan puas hati dapat makan... dan tukang masak akan sangat happy kalau hidangannya habis dinikmati... Alhamdulillah.. lockdown membuat tukang masak asik kedapo jer walaupun dengan menu yang berulang2... huhu
 

Monday, June 14, 2021

Pulut kukus dan rendang daging

bila terasa nak makan pulut kukus, maka merajinkan diri buat jugak lah... asalnya teringin nak makan lemang, tapi kan pkp ni membataskan bukan saja pergerakan tapi juga nak membeli barang makan2 seperti selalunya.. so yang lebih afdal buat jer lah sendiri.. yang penting keinginan tertunai lah... dan sebab rendang ni jugak lah yang membuatkan teringi nak makan dengan lemang.. tapi memadai lah dengan pulut kukus ni kan..terima kasih pada yang kongsikan resepi rendang dan tips nak membuat rendang tu.
Bahan - Bahan:
1/2 kg daging pejal
1/2 kg santan pekat
4 labu bawang besar  (blend)
6 ulas bawang putih (blend)
6 ulas bawang merah (blend)
2 inci halia (blend)
2 inci lengkuas (blend)
10 batang serai (4 btg blend, 6btg ketuk)
15 tangkai cili kering (blend)/4 sudu besar cili giling puteri
2 paket kerisik (1 paket 40g)-
1sk serbuk kunyit
1 helai daun kunyit (racik halus)
2 asam keping
Garam dan gula
Cara-Cara 

  1. Panaskan sedikit minyak, tumiskan bahan kisar, serai ketuk.Masukkan cili giling dan gula merah.Tumis hingga pecah minyak.
  2. Masukkan daging, gaul sebati dengan bahan tumisan hingga daging kecut sedikit.
  3. Masukkan santan, kerisik dan asam keping dan sedikit garam (LiNa Pg cuma gn 2sudu kecil garam).
  4. Biarkan rendang mereneh hingga pecah minyak.LiNa Pg masak menggunakan api kecil sahaja dan periuk bertutup.Kacau sekali sekala untuk mengelakkan rendang hangit.
  5. Bila rendang hampir masak, masukkan daun kunyit yg diracik.Sesuaikan rasa.Tutup api

Tips Buat Rendang Daging Yang Sedap:
  1. Gunakan daging dari jenis daging pejal atau daging batang pinang supaya bahan-bahan mudah meresap dan lebih sedap rendang dagingnya nanti.
  2. Lagi banyak bahan-bahan kisar yang digunakan sebenarnya lebih sedap rendang tersebut.
  3. Masak rendang hingga terbit minyak, dan guna api kecil sahaja.Pastikan kuali bertutup atau guna periuk yang bertutup.
  4. Jika air semakin kering tapi daging belum empuk, tambah air sedikit demi sedikit.
  5. Ada pelbagai bahan untuk buat rendang mengikut resepi yang pelbagai sebab itu ada rendang yang berwarna kehijauan, ada rendang berwarna hitam dan ada juga rendang yang hasilnya berwarna coklat kemerah-merahan.
  6. Penggunaan kerisik antara tips atau petua yang meningkatkan aroma rendang, namun ada juga rendang yang tidak menggunakan kerisik tetapi masih tetap sedap.
  7. Penggunaan santan boleh juga diganti dengan susu cair atau  yogurt.Boleh pilih mana-mana kesukaan masing-masing.


 

Sunday, June 13, 2021

Nasi arab Al Rawsha

 Bila tukang masak tak rajin, kita tapau jer lah ya...

nasi arab ayam mandhi untuk kami tiga beranak....
nasi arab kambing madghot untuk sianak... beso2 portionnya cukup untuk dua orang makan.
tapi sayang kuah karinnya cairrrrr sangat dan sos harrah tu pun sangat cair lah.. tapi apa pun makan jer lah sebab tak rajin masak kan... dan yang pentingnya dah ada depan mata, tinggal nak ngap jer kan.
 

Friday, June 11, 2021

Kuih kasturi



Bahan
1 cawan kacang hijau [rendamkan beberapa jam]
air secukupnya untuk merebuskan
1/2 cawan gula pasir (ikut suka manisnya)
3 s/b kelapa parut muda [putih sajaha]
3 s/b tepung gandum

 

Bahan Batter [Gorengan]
1 cawan tepung beras
1 s/b tepung jagung
1 s/k kunyit serbuk
1/2 s/k air kapur
air secukupnya
sedikit garam
minyak utk menggoreng

Cara
1. Kacang hijau direbuskan sehingga kacang hijau tu pecah/lembut dan kering airnya. [Jangan sampai hangus..nanti tak sedap]
2. Masukkan kelapa, gula dan tepung gandum. Kacau sebati dan sejukkan.
3. Ambil adunan sedikit dan bentukkan saperti bebola. Leperkan.
4. Bancuhkan bahan batter [gorengan] untuk celupkan adunan kueh kacang.
5. Panaskan minyak dan gorengkan kueh kacang yg telah dicelupkan dgn bahan batter [gorengan] sehingga kuning keemasan.
6. Sejukkan dan hidangkan

 

Thursday, June 10, 2021

Vaccination day, AstraZeneca

 simpan sini buat kenangan, how we battle untuk nak dapatkan slot ini. Alhamdulillah semalam dah dapatkan suntikan dose pertama AstraZeneca.

appoinment dalam my sejehtera aialah pukul dua petang, tapi seawal jam 1.30 kak rose dah sampai ke IDCC... dan..... pintu semua tutup sebab derang tengah rehat, jadinya kami semua berbaris di kawasan parking yang panas berbahang ditingkat 6. dan barisan adalah saaaaaaaaangat panjang dengan panjarakan dan panas nya. sabar je lah kan... so suffocating kat situ.
kat kawasan parking ni lah semua berbaris panjang menanti pintu buka untuk ke pusat vaksinasi ditingkat tujuh...
masa berbaris tu derang dah siap2 edar borang untuk diisi dan terus dibawa masuk dalam dewan vaksinasi, dan ini entah stesen kaunter yang entah ke berapa agaknya... walaupun banyak kaunter kena singgah for verification, tapi ok lah sangat cepat prosesnya.. ramai volunteer yang membantu.
and.... time to get the cucuk AstraZeneca Vaccine daripada SN Zulaiha
Auchhhhh.... ala tak sakit pun... dan sangat cepat jer dah siap.
nak gak selpie dengan staff nurse ni, mekasih SN Zulaiha
yang ni wajib lah buat kenangan katanya kan...
en asben pun layan kan jer nak posing kat board ni..
untuk 2nd dose kena check kat my sejahtera within 12 weeks... lamanyaaaa kan.
dan lepas selesai semua, dapat free nestle cares pack ni. Alhamdulillah tak de kesan sampingan lepas amik vaksin tu. semuga kita semua terus dilindungi dari wabak yang sungguh bahaya ini. kepada semua rakyat Malaysia, go get vaccinated!
 

Monday, June 7, 2021

Kuih getas getas

 

Bahan-bahannya:-

250gm tepung pulut
20gm tepung gandum
150gm kelapa parut putih/kelapa parut muda
130-150ml air (jangan terus tuang semua, tuang sikit-sikit dulu)
sedikit garam
Minyak untuk mengoreng

Cara-caranya:-
Satukan kedua-dua tepung dan kemudian masukkan kelapa parut serta garam. Tuang air sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh. Pastikan ia tidak terlalu lembik.
Biarkan sebentar selama 10 minit
Buatkan bulat-bulat kecil dan kemudian leperkan. Susun di atas bekas yang disapu sedikit minyak.
Panaskan minyak dengan api sederhana.
Apabila agak panas, goreng kuih sehingga kekuningan
Pastikan anda sentiasa balik-balikkan kuih supaya tepung tidak mengelembung dan pecah.
Bila dah kekuningan, angkat dan toskan dengan tisu masakan.

Menyira gula :

1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan air

Cara-caranya:-

Masukkan gula dan air kedalam kuali yang agak besar. Masak dengan api sederhana......api sederhana ye bukan api kecil atau api yang kuat.

Jika anda perhatikan buih-buih tu mula-mula ia akan memenuhi bahagian tepi dan kemudian ia akan merebak kebahagian tengah.

Biarkan ia selama 7 minit.

Apabila sudah 7 minit, cuba titiskan setitik air gula atas piring dan kemudian guna jari telunjuk sentuh air gula tadi dan temukan jari telunjuk dengan ibu jari. Lekat-lekatkan beberapa kali.....ia dikira sudah 'menjadi' bila anda rasa ia melekit-melekat dijari dan akan menghasilkan ketulan-ketulan halus kat jari. Kalau tak.....biarkan satu minit lagi. Ketika saya buat ia dalam 9 minit baru saya tutup api. So pastikan pada sukatan diatas, tempoh masak air gula supaya ia pekat adalah dalam 8-10 minit. Jika lebih 10 minit anda akan dapat gula hangus.
Terus matikan api dapur ye.

Kemudian baru masukkan kuih-kuih yang anda hendak sira ke dalam kuali dan kacau sampai bunga-bunga gula keluar.

Sunday, June 6, 2021

jambu batu dan asam pak cu

sapa suka amkan jambu batu atau buah apa pun cicah dengan asam serbuk macam kak rose ni.. sejak jumpa asam pak cu yang sedap ni kak rose dah tak beli yang lain dah. ada sekali tu kehabisan asam ni, dan cari tak jumpa pulak nya nak beli, so beli lah asam serbuk yang lain, sudahnya memang tak menepati cita rasa lah... sapa yang dah rasa asam ni pastu tahu dia punya kesedapanya kan..
dan tiap kali beli jambu batu, pasti lah asam pak cu juga akan dibawak balik bersama. masam manis dia secukup rasa pada kak rose lah. kalau buah yang lain kak rose tak suka pulak nak colek dengan asam macam buah jambubatu ni. biar rasa asli gitu.