Lanai Kijang

Lanai Kijang
Showing posts with label mee. Show all posts
Showing posts with label mee. Show all posts

Wednesday, October 15, 2025

Kuey teow goreng

bila nak buat tu macam tak menyempat dah, tapi kan sebenarnya dah beli bahan semua konon simpan dulu lah esok2 baru buat... tapi malangnya daun kucai yang kak rose beli dah jadi benyek dalam fridge. so jadilah kuey teow goreng tanpa daun kucai ni. apa pun masih sedap aje pada tekak sendiri dan juga tekak tukang makan tu. Alhamdulillah, masa masak tu doa muga Allah bagi sedap walaupun tak cukup bahan.
 

Bahan-bahan:
3 bungkus kuey teow 
7 ulas bawang putih - tumbuk kasar.
1 sudu besar cili kering kisar
Udang secukupnya
1 mangkuk taugeh
1 ikat daun kucai (tak de sbb dah benyek)
Garam

Bahan sos:
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap mee
2-3 sudu besar kicap manis

Cara cara:
Kuey teow dicuci dan asingkan satu persatu lapis supaya ianya senang dikacau rata. 

Panaskan minyak kemudian tumis bawang putih sehingga wangi. 
Kemudian masukkan cili kisar. 
Tumis dengan api perlahan sehingga cili benar benar masak.   
Tuang sedikit air dan biarkan sehingga masak dan terbit minyak bagi memastikan cili benar benar garing. 
 Masukkan udang dan kacau rata. 
Kemudian masukkan semua bahan-bahan sos dan kicap. Kacau rata dan sesuaikan rasa. 
Kemudian masukkan kuey teow dan gaul rata.  
Ketepikan sedikit kuey teow, tuang telur dan biarkan sehingga sedikit mengeras, baru dikacau supaya telur berketul kasar. Kacau kuey teow dengan telur. 

Akhir sekali, masukkan daun kucai dan taugeh. Kacau rata. Boleh tambah kicap jika mahu warna yang lebih gelap.

Thursday, May 16, 2024

Mee udang sedap

Bila buat masa raya hari tu memang tak dapat nak merasa, so kita buat lagi lah untuk keluarga kecil kami bila dah balik ke sarang ni... makan lah sampai puassss!
Resepi boleh tengok kat sini, cuma kalau baut banyak tu pandai2 lah gandakan bahan dalam resepi tu kan.. dan ikut lah citarasa sendiri. resepi sebagai panduan untuk kita memasak dan terima kasih pada penyumbang resepi asalnya. tq sekali lagi.
 

Monday, December 18, 2023

Spaghetti bolognese


Bahan-bahan

Spaghetti secukupnya - rebus sehingga lembut, angkat dan tos kan. Gaul dengan sedikit olive oil/ minyak masak supaya tidak melekat dan cantik berkilat kejadiannya..


Bahan sos

400g daging kisar (kak rose guna daging ayam)
1 labu bwg besar dipotong dadu
4 ulas bawang putih (cincang)
1 sudu kecil lada sulah
1 sudu  kecil lada hitam
4 biji cili  padi (jika suka pedas)
1 tin  sos prego (tradisi)
1 tin  sos prego (cendawa)
Garam secukup rasa
Boleh masukkan tomato dan cili benggala jika suka


Cara memasak

1. Panaskan 2 sudu butter.
2. Tumis bawang besar dan bawang putih yang telah dipotong dadu sampai naik bau. Masukkan cili api
3. Masukkan daging kisar dan masak sampai daging kecut.
4. Masukkan lada sulah dan lada hitam.
5. Masukkan sos prego tradisi dan sos prego cendawan dan kacau rata. Kak rose gunakan 2 jenis sos ni sebab x de cendawan. Bila dah ada prego cendawan kan dah ada cendawan dalam tu..
6. Perisakan dengan garam secukupnya.
7. Masak sehingga kuah sebati. Boleh masukkan sedikit air jika nampak kuah terlalu pekat.

Nak hidangkan, letak spaghetti di dalam pinggan dan diikuti kuah bolognese. 

Alhamdulillah... untuk lunch semalam... kenyang kami anak beranak.
 

Tuesday, December 5, 2023

Mee hoon goreng

Bahan Bahan:

1 bungkus bihun - direndam hingga lembut & tos
1 biji bawang besar - dihiris
1 mangkuk sotong atau udang 

2 keping fish cake
3 sudu besar cili kisar
3 sudu besar sos tiram
3 sudu besar kicap lemak manis Jalen
Garam, gula dan serbuk perasa jika suka
Minyak masak
Sawi hijau 

Bahan Tumbuk:
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih

Cara cara:

Panaskan minyak dan tumis hirisan bawang besar sehingga naik bau. Inilah yang akan menjadikan sambal mee hoon goreng kita menjadi lebih sedap.
Masukkan bahan tumbuk dan kacau rata sehingga naik bau. Masukkan pula cili kisar dan kacau rata. Kecilkan api dan masak sehingga cili benar benar masak dan garing.
Setelah cili garing, masukkan sedikit air, sos tiram, kicap, gula dan garam secukupnya. Masak sehingga sambal terbit minyak.
Setelah terbit minyak, masukkan fish cake dan udang, biar mendidih. 

Kemudian masukkan mee hoon. Kacau rata sehingga mee hoon lembut. masukkan sawi. Jika mee hoon belum cukup lembut, masukkan air sedikit demi sedikit.
 

Sunday, December 3, 2023

Makan megi jeee

bermalas malasan di hujung minggu... malas nak keluar makan dan malas juga nak bersilat didapo. ade megi kita buat lah apa yang paling mudah dan cepat jer dapat makan. tapi actually tak jugak cepat macam motto megi tu yang cepat dimasak tapi memang sedap lah dapat makan megi panas panas gitu. nak siapkan mak nenek rencah tu pun amik masa gak kan... bila semua dah sedia memang cepat jer lah nak masaknya..
memula kak rose celurkan megi tu dulu dan tapis buang airnya. lepas tu tumiskan bawang putih dan bawang merah, udang dan juga fish cake, tambahkan air secukupnya. biarkan mendidih dan masukkan kiub pati ayam baru lah masuk kan mee yang dah dicelor tadi, pecahkan telor dan last sekali masukkan sayur. tarrrraaaa... siap dah
2 bungkus mee megi minus the perisa untuk kami berdua. bila dah masuk segala dayang dayang tu jadi sekuali lah pulaknya. memang tak boleh lah nak habiskannya. so cik tong pun dapat jugak lah jadinya 🙏🙏
 

Wednesday, September 20, 2023

Makan megi je

bila kerajinan tu ada, masak megi pun kira rajin lah kan...


memang benar bak kata moto nya.. senang dimasak sedap dimakan. Alhamdulillah...
 

Thursday, January 5, 2023

Sarapan dikampung

ya, ni sarapan semasa kak rose balik kampung dihujung tahun hari tu... bila berada dikampung selalu saja nak bersarapan yang lebih dari biasa. walaupun ada toast macam biasa tapi nak jugak makanan berat yang lain... dan selaulunya kak rose ada buat lempeng cicah dengan sambal atau pun jika ada baki kuah kari pun boleh.  sebenarnya nak cater dengan adik2 yang sama ada dikampung. memang makan sarapan beramai2 macam ni memang lah sedap kan. lepas sarapan golek ramai2 depan tv tunggu waktu lunch pulak... dan bila balik kl nanti takut pulak nak naik alat penimbang! itu lah kak rose. 😁

resepi mee goreng:

Bahan bahan:
500 gram mee kuning
100 gram isi ayam/daging - potong kecil
2 biji telur - pukul rata
1 biji buah tomato - potong kasar
1 ikat kecil sawi
3-4 ulas bawang putih - diketuk
1 ulas bawang merah - hiris halus
1 sudu besar cili kisar - guna 2 jika suka pedas
3 sudu besar sos cili
3 sudu besar sos tomato
3 sudu besar kicap pekat
2 sudu besar sos tiram
Minyak
 
Cara cara:
 
Tumis bawang putih yang diketuk sehingga wangi. Diikuti bawang merah. Masuk cili kisar dan tumis sehingga pecah minyak.
Masukkan isi ayam dan kacau sehingga ayam kecut sebelum dimasukkan 1 mangkuk air untuk memasakkan ayam.
Masukkan sos cili, sos tomato, kicap pekat, sos tiram dan buah tomato. Masukkan sawi dan kacau sehingga sedikit layu. Masukkan mee dan gaul sebati. 
Ketepikan mee, tuangkan telur dan bila hampir masak, kacau rata telur sebelum dikacau bergaul rata dengan mee.
Siapppp.


 

Tuesday, October 4, 2022

mee hoon singapura

buat lagi mee hoon goreng singapura ni... ade beli tapi memang sangat susah nak menepati citarasa yang kita mahukan.. so jawapan yang paling bagus... kedapo, sinsing lengan dan tung tang tung tang... maka siap lah mee hoon singapura yang sedap nih... ni bukan kes naik lif tekan sendiri tau, tapi memang sedap dan memenuhi citarasa sendiri lah!

Bahan utama:

  • Sebungkus bihun direndam lembut.

Bahan A:

  • 3-4 ulas bawang merah
  • 5-6 ulas bawang putih
  • 1 sudu kecil lada hitam
  • 2 sudu makan udang kering
  • 2 inci halia

Nota: Kisar kesemua bahan A

Bahan rencah:

  • Udang  250g (kopek kulit udang)
  • Seikat kucai dipotong dalm 4cm panjang.
  • Lobak sebatang dihiris halus memanjang,

Cara – cara memasak:

  1. Tumis bahan kisaran hingga halus sehingga naik bau.
  2. Perasakan dengan gula, garam dan serbuk perasa secukupnya.
  3. Kemudian masukkan isi udang.
  4. Selepas itu masukkan bihun yang telah direndam lembut.
  5. Akhir sekali masukkan sayur-sayuran dan potongan cili merah sebagai hiasan.
  6. Siap dan sedia untuk dimakan!

 

 

Tuesday, September 13, 2022

Megi jer pun..

bila lama tak makan, rasa teringin la pulak... memalam gigih masak megi memenuhi permintaan perut yang berlagu keroncong tahap gaban!
 

Thursday, July 7, 2022

Kuey teow goreng sedap

sesekali teringin nak makan kuey teow goreng yang dimasak sendiri... ya lah kalau beli memang ada saja yang tak kena pada tekak ni, so kalau buat sendiri ni tak de lah nak komplen lagi kan... malah makan bertambah2 pulaknya. jom tengok resepi mudah ni..


Bahan-bahan:
3 bungkus kuey teow 
7 ulas bawang putih - tumbuk kasar.
1 sudu besar cili kering kisar
Udang secukupnya
1 mangkuk taugeh
1 ikat daun kucai
Garam

Bahan sos:
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap mee
2-3 sudu besar kicap manis

Cara cara:
Kuey teow dicuci dan asingkan satu persatu lapis supaya ianya senang dikacau rata. 

Panaskan minyak kemudian tumis bawang putih sehingga wangi. 
Kemudian masukkan cili kisar. 
Tumis dengan api perlahan sehingga cili benar benar masak.   
Tuang sedikit air dan biarkan sehingga masak dan terbit minyak bagi memastikan cili benar benar garing. 
 Masukkan udang dan kacau rata. 
Kemudian masukkan semua bahan-bahan sos dan kicap. Kacau rata dan sesuaikan rasa. 
Kemudian masukkan kuey teow dan gaul rata.  
Ketepikan sedikit kuey teow, tuang telur dan biarkan sehingga sedikit mengeras, baru dikacau supaya telur berketul kasar. Kacau kuey teow dengan telur. 

Akhir sekali, masukkan daun kucai dan taugeh. Kacau rata. Boleh tambah kicap jika mahu warna yang lebih gelap.


 

Sunday, June 12, 2022

Mee hoon goreng singapura

 

resepi mee hoon goreng singapura yang kak rose copy dari fb, terima kasih yang sudi kongsikan resepinya yang simple dan tak banyak bahannya... sebenarnya kalau tengok banyak resepi lainnya memang ada banyak bahan yang boleh dimasukkan dalam mee ini. tapi dengan bahan yang cuma sedikit ni pun dah cukup sedap apa lagi bila digandingkan dengan sambal kicap tu. tapi kak rose adjust sikit resepi ni dengan tambahkan sedikit air sebelum masukkan mee tu. so sedang elok jer mee tu lembut nya.

Bahan utama:

  • Sebungkus bihun direndam lembut.

Bahan A:

  • 3-4 ulas bawang merah
  • 5-6 ulas bawang putih
  • 1 sudu kecil lada hitam
  • 2 sudu makan udang kering
  • 2 inci halia

Nota: Kisar kesemua bahan A


Bahan rencah:

  • Udang kecil 250g (kopek kulit udang)
  • Seikat kucai dipotong dalm 4cm panjang.
  • Lobak sebatang dihiris halus memanjang,

Cara – cara memasak:

  1. Tumis bahan kisaran hingga halus sehingga naik bau.
  2. Perasakan dengan gula, garam dan serbuk perasa secukupnya.
  3. Kemudian masukkan isi udang.
  4. Selepas itu masukkan bihun yang telah direndam lembut.
  5. Akhir sekali masukkan sayur-sayuran dan potongan cili merah sebagai hiasan.
  6. Siap dan sedia untuk dimakan!

Monday, August 16, 2021

Mee sup mudah

 Asalamualaikum buat semua... lamanya dapo tak berasap, fuh fuhhh tiup habuk dulu lah...

ni kak rose masak masa duk berkurung dalam rumah... masak dengan apa yang ada stok jer, so seadanya.... sambal kicap pun tak buat sebab nak elakkan makan yang pedas2..

Resepi simple..
✔️ Bawang putih 5 ulas ketuk
✔️ Halia potong nipis2 agak2 je utk hilang kan bau ayam n sedap kan sup...
✔️ Sup bunjut adabi seketui
✔️ seketui 2 lg Bunga lawang n kayu manis sb akk masak byk ni ada seperiuk lg
✔️ Potong sayur2 lobak, cauliflower n sawi
Cili besar potong2
✔️ Ayam potong kecik2 ambik bahagian tulang lg sedap utk kuah..
letak minyak agak2 n tumis bawang putih sampai naik bau masuk kan sup bunjut n kayu manis dgn Bunga lawang n halia.. kacau2 masuk kan ayam yg dh di potong kecik... masuk kan kiub ayam seketui depends nk ltk 2 ketui.. kacau sampai masak jangan sampai kering( masa ni ayam akan mengeluarkan Air, tu yg menyedapkan rasa sup).
lepas itu masuk kan air Suam panas masuk kan fish kek n fish ball kacau2... perasakan..
masuk kan carrot, kubis Bunga agak2 dah lembut.. last sekali baru masuk kan sawi sb senang layu.. masuk mee n akhir cili besar potong2...
daun sup n hiris limau masa nak makan nanti..

 

Saturday, July 10, 2021

Mee bandung ringkas

Alhamdulillah, berjaya jugak buat mee bandung from stretch walaupun kaler pucat jer jadinya...  len kali kena buh cili tu banyak sikit, kasi merah baru lah cantik kaler kuah dia kan.. takut pedas punya pasal lah, kak rose letak sikit jer cili kering tu.. hence the color lah!

Bahan-bahan:-
1 bungkus me kuning, dicelur dalam air panas sekejap dan toskan
200 gm daging (atau ayam), direbus

4 ulas bawang merah *
3 ulas bawang putih *
10 tangkai cili kering/cili giling
sedikit udang kering *
2 sudu besar sos cili/sos tomato/sos tiram (dicampur dalam mangkuk)
2 biji kentang, direbus dan dilenyek/kisar
garam secukup rasa
gula secukup rasa

Bahan * dikisar atau ditumbuk

Bahan hiasan:-
bawang goreng
daun sup dan daun bawang
telur (direbus) dan dibelah
 

Cara membuatnya:-
  • Panaskan minyak di dalam kualai dan masukkan bahan yang dikisar, digoreng hingga garing dan kemudian masukkan cili giling dengan api sederhana
  • Bila cili dah kelihatan masak, masukkan daging/ayam yang direbus bersama air rebusan. Renih hingga mendidih
  • Masukkan ubi kentang yang dilenyek/kisar dan masukkan sos cili, sos tomato dan sos tiram dan gaul hingga sebati dan sedikit gula.
  • Akhir sekali masukkan sawi dan tomato, padam api dah masukkan garam dan pindahkan kuah ke dalam periuk
Untuk hidangan perseorangan:- masukkan kuah kedalam kuali, masukkan mee dan kemudian pecahkan telur.  Tutup api dan masukkan kedalam mangkuk dan letak bahan hiasan.

Nota :
  • Resepi mee bandung ini rasanya manis, pedas dan masin2 sikit.
  • Jangan biarkan mee direndam lama dalam kuah supaya tidak terlalu kembang. 
  • Sesuai dimakan semasa masakan masih panas.

 

Tuesday, July 6, 2021

Mee sup ayam mudah

tak de daun sup, no problemooo... zaman pkpd ni masak dengan apa yang ad jer lah...dan sayur pun suka suki tambah dalam tu, carrot dan cauliflower. kita yang buat dia kan, yang penting habis dimakan, tak lah membazir kan...

Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam - potong kecil
1 sudu besar rempah sup
1 pokok sawi - potong ikut suka
1 sudu kecil lada putih - tumbuk
3 sudu besar minyak
1.5 liter air
garam / kiub ayam / perasa pilihan

Bahan hiris:
2 cm halia
3 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
1 labu bawang besar

Bahan lain:
mee kuning secukupnya - celur - toskan
hirisan daun sup
bawang goreng
sambal kicap


 

Cara memasak:
1. Panaskan minyak dan goreng bahan hiris hingga layu kekuningan. 
2. Masukkan rempah sup, lada putih dan ayam. Kacau rata hingga keluar air ayam, dan biarkan sehingga ayam layu.
3. Tuangkan air dan biarkan masak mendidih sehingga daging ayam empuk.
4. Masukkan sayur sawi / garam / kiub ayam / perasa pilihan.
5. Kacau sekali dua, dan padamkan api dapur.

Thursday, June 24, 2021

Mee udang

mee udang pebret sepanjang masa.. dan memang jadi keeper resepi, tu sebab berulang2 buat pun guna resepi yang sama...
spaghetti sedang berposing dalam kuali...
kuah mee udang in the making...
dah ready, jom lah santap. tetap sedap walaupun tak cukup dayang pengiring... bila rasa nak makan, buat jer dengan bahan apa yang ada dirumah kan. yang penting tetap sedap diselera kami lah. Alhamdulillah.
 

Sunday, March 21, 2021

Megi jer punnn



 ni lah dia... cepat dimasak sedap dimakan... senang kerja tukang masak kan!

 

Thursday, February 25, 2021

Mee goreng sedap...

seminggu sekali tukar sarapan bila ada tukang makan... buat masa ni bapak dan anak2 seminggu sekali baru balik rumah ni, boleh lah tukang masak ni bertukar selera instead of roti jer sepanjang minggu kan.. sesekali nak jugak tukar selera, dan bila makan ramai2 cenggini baru lah rasa berbaloi memasak kan... so mee ni kak rose masak hujung minggu yang lepas lah... tinggal gambar jer, tapi nak jugak tepek kat sini. wahai covid, cepat lah berlalu dan semuga kita semua boleh menjalani kehidupan normal seperti sebelumnya... 

Bahan bahan:
500 gram mee kuning
100 gram isi ayam/daging - potong kecil
8 ekor udang sederhana besar
2 biji telur - pukul rata
1 biji buah tomato - potong kasar
3-4 ulas bawang putih - diketuk
1 ulas bawang merah - hiris halus
1 sudu besar cili kisar - guna 2 jika suka pedas
3 sudu besar sos cili
3 sudu besar sos tomato
3 sudu besar kicap pekat
Garam, air secukupnya
Minyak
1 sudu besar sos tiram) yg ni kak rose tambah
1 packet fish cake)

Bahan tabur:
1 biji cili merah - hiris
Daun bawang
Limau nipis
Bawang goreng
** yang ada cuma bawang goreng jer... boleh lah kan, kita yang buat dia kan.. 
Cara cara:
 
Tumis bawang putih yang diketuk sehingga wangi. Diikuti bawang merah. Masuk cili kisar dan tumis sehingga pecah minyak.
Masukkan ayam dan udang dan kacau dan  dimasukkan 1 mangkuk air.
Masukkan sos cili, sos tomato, kicap pekat dan buah tomato. Masukkan sawi dan kacau sehingga sedikit layu. Masukkan mee dan gaul sebati. 
Ketepikan mee, tuangkan telur dan bila hampir masak, kacau rata telur sebelum dikacau bergaul rata dengan mee.
Mee sedia dihidang dengan daun bawang/daun sup, cili merah dan bawang goreng.


 

Tuesday, December 22, 2020

Mee hoon goreng bayam brazil

since pokok bayam brazil hidup subur rimbun, kita guna lah sepenuhnya.. ari tu buat goreng telor dengan bayam brazil kali ni guna masukkan dalam mee hoon goreng pulak. tukang masak ni kan kena lah kreatif kan... guna apa yang ada stok jer... so bayam brazil ni adalah pengganti pada sawi yang memang tak de stok kat rumah... bolah jer kan, kita yang buat dia... hihi...

Bahan Bahan:

1 bungkus bihun - direndam hingga lembut & tos
1 biji bawang besar - dihiris
1 mangkuk daging ayam, hiris nipis

1 mangkuk karot - hiris memanjang 1 mangkuk kubis
3 sudu besar cili kisar
3 sudu besar sos tiram
3 sudu besar kicap lemak manis Jalen
Garam, gula dan serbuk perasa jika suka
Minyak masak
Fish cake dan bayam brazil 

 
Bahan Tumbuk:
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 genggam ikan bilis - direndam (kak rose gantikan dengan udang kering)

Cara cara:

Panaskan minyak dan tumis hirisan bawang besar sehingga naik bau. Inilah yang akan menjadikan sambal mee hoon goreng kita menjadi lebih sedap.
Masukkan bahan tumbuk dan kacau rata sehingga naik bau. Masukkan pula cili kisar dan kacau rata. Kecilkan api dan masak sehingga cili benar benar masak dan garing.
Setelah cili garing, masukkan sedikit air, sos tiram, kicap, gula dan garam secukupnya. Masak sehingga sambal terbit minyak.
Setelah terbit minyak, masukkan fish cake dan ayam biar mendidih. 

Kemudian masukkan mee hoon. Kacau rata sehingga mee hoon lembut. masukkan bayam brazil. Jika mee hoon belum cukup lembut, masukkan air sedikit demi sedikit

 

Saturday, December 12, 2020

Mee hoon untuk sarapan

 Selamat berhujung minggu buat semua..

kalau buntu nak siapkan sarapan buat keluarga, boleh lah buat goreng mee hoon macam ni kan...
gandingkan dengan pop corn chicken, juga telor mata munger dan daun salad... pasti menyelerakan!
 

Wednesday, November 11, 2020