Lanai Kijang

Lanai Kijang

Wednesday, October 30, 2013

WW: x daya nak ikut nasihat....

apa rasa kalau kuih lapis ni  x dak gula? sedap ker?

Tuesday, October 29, 2013

Puding roti cinnamon

buat puding roti ni untuk minum aka dinner petang semalam....memang dinner sangat jarang amik nasi, so kira minum petang punya menu jadilah dinner sbb makan pun dah after solat maghrib... amik light dinner tp kekadang tu ade supper pulak, aci tak? sendiri mau ingat la...


resepi puding roti ni kak rose amik dari Myr oleh  hana yang dah menyepi, bizi bebenor jadi cikgu sekarang ni ya...x pe la, asalkan blog masakan nya masih boleh jadi rujukkan kak rose yang cuma tau nak kopi resepi jer.... mekasih ya cikgu.

Bahan-bahan ( 6 biji acuan muffin yg besar )

  • 3-4 keping roti (kak rose guna 4 keping)
  • 200ml susu segar
  • 2 biji telur (size M)
  • 21/2 sudu besar gula
  • 1 sudu kecil cinnamon powder
  • 2 sudu besar kismis ( x de kak rose x letak lo...)
  • 1 sudu besar mentega/marjerin - cairkan
  • esen vanilla
  • chocolate syrup Hershey's -optional ( x de la)
  • (kak rose tambah chocolate rice )

Cara-cara

  1. Pukul telur,gula sampai kembang. Masukkan marjerin/mentega n susu. Gaul rata.
  2. Masukkan cinnamon powder n esen vanilla.Kacau sebati.
  3. Carik2kan roti ke dalam adunan. Tenggelamkan roti2 tuh sampai basah semua.
  4. Masukkan kismis...gaul lagi.
  5. Panaskan oven.Tuang adunan roti td dlm acuan muffin yg dh dilengser ngan myk/marjerin.Klu dlm loyang pun bleh.Gune loyang kecik jer coz adunan nih tk byk. Nk byk or famili besar kene double kan ingredient.
  6. Bakar hingga masak/kekuningan lebih kurang 10-15min. Bergantung kepada oven n keluasan acuan.
  7. Dah sejuk...bleh curahkan chocolate syrup Hershey's (nih versi my kids yg suka letak)...Klu gune loyang,dh potong br la curahkan syrup. Klu tk nk pun tkpe.Jd la cam puding roti yg biasa2 tuh....

Monday, October 28, 2013

Mango smoothie

mango smoothie yang kak rose buat semalam... x kira lah hari hujan pun nak jugak minum menda nih...sbb mangga ni dapat free jer dan tersangat lah manis nya. jom cuba... resepinya kak rose cnp dari Myresipi oleh yatiezaini. mekasih ya.

Cara-cara

  • 1/2 biji isi mangga masak
  • 2 sb yogurt perisa asli / mangga
  • 1/2 cawan low fat milk
  • 1 sb gula
  • 1/2 cawan air
  • Ais ketul secukupnya 

Cara-cara

  1. Masukkan semua bhn kedlm blender dan kisar sehingga smooth / halus
  2. Tuangkan kedlm gelas kesukaan anda dan sedia utk dinikmati ... senangkan .. 
terima kasih Ibu Pah yang bagi mangga yang sangat manis ni....dan sbb bertambah manis sbb dapat free. he he he.... tq ibu.

Sunday, October 27, 2013

Sup tulang

 salam hujung minggu pada kawan2 semua...hari ni ade sket rajin nak masak sup tulang yg kak rose bawak dari kampung masa buat korban ari tu...sejak balik, ni lah baru nak masak tulang ni dan yang daging masih berselimut beku kejong dalam freezer. x tau bila la pulak nak masaknya... tunggu vit r mari dan tunggu jugak hingga ada yang nak makan...tunggu anak balik cuti next week kot.

 sup tulang yang sedap ni resepinya kak rose tanya cik google carikan...dan sllunya kak rose akan tengok kat images dulu, mana yang cantik dimata tu la yang akan kak rose click bukak, tengok resepinya dan yang paling penting ada bahan yg cukup untuk masaknya la kan... dan resepi yang ni dari chef tersohor Kak Hanieliza, mmg sedap hingga menjilat sudu la kiranya...tq kak liza, mintak izin nak sharekan kat sini lak ya...

SUP TULANG 
Bahan-bahan

1 kg tulang berdaging
2 s/b minyak makan
2 s/b rempah sup/kurma [bancuh dgn air sikit]
4 biji kentang [belah 4]
1 batang lobak merah [potong kecil]
1 pokok daun sup dan daun bawang [hiriskan]
1 batang serai [ketuk]
2 biji tomato [belah 4]
garam
bawang goreng (kak rose lupa la pulak nak tabur!!!!)
air secukupnya 

Bahan tumbuk
7 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
3 sm halia
1 s/k lada hitam 



Bahan rempah tumis
1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga 



Cara membuat
1. Tulang dipotongkan kecil. Basuh dan toskan.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumbuk dan rempah tumis.
3. Masukkan rempah sup/kurma, tulang, serai dan kacau rata.
4. Rebuskan sehingga daging di tulang betul-betul lembut.
5. Masukkan kentang, lobak merah, air dan garam. Biarkan mendideh.
6. Biarkan reneh sehingga kentang dan lobak merah lembut.
7. Tutup api dan masukkan tomato.
8. Hidangkan dalam mangkuk besar. Taburkan bawang goreng dan daun sup & daun bawang.

 
pc yang banyak memabantu mempercepatkan memasak.... rebus tulang dalam 20 minits jer dengan pressure cooker cap idaman suri ni, dan nak cepat dapat bukak tudung piok tu, lalukan dibawah air paip...lagi cepat keja dan cepat jer dapat makan

Friday, October 25, 2013

Mee hoon goreng singapore

 salam Jumaat kepada kawan2 semua... sekejap je dah nak menjelang tengahari, pastinya dah mula sibuk didapur menyiapkan hidangan untuk lunch tapi kak rose nak tepek mee hoon goreng yang masak untuk dinner petang semalam...kira ade sikit rajin la nak sediakan dinner cam ni, sbb sllunya kak rose cuma sediakan yang paling ringkas jer.... maklumlah malas tp molot tak pernah kata no to makan2.... resepi mee hoon goreng singapore ni kak rose amik dari blog Mama Aimi Najla, mekasih ya....rasa lain sket bila goreng mee hoon ada bubuh halia....

Bahan-bahan
1/2 bungkus mee hoon
10 ekor udang
1/2 inci halia ( ditumbuk)
5 biji bawang putih (ditumbuk)
1/2 sudu kecil lada hitam serbuk
Fish cake  (x dak, kak rose gantikan dengan sotong)
1 biji carrot ( diparut)
Bawang goreng
Cili api (dipotong)
2 sudu sos tiram 
Daun bawang
sedikit kubis...yg ni kak rose tambah

 close-up sket.....
Cara-cara
Rendam mee hoon
Tumis bawang putih dan halia 
Masukkan udang + sotong
Masukkan sos tiram
Masukkan mee hoon bersama 1/2 cawan air 
Masukkan carrot + kubis
Masukkan fish cake
Masukkan lada hitam garam dan serbuk perisa 
Hidangkan bersama daun bawang, cili api ( potong) dan bawang goreng

Thursday, October 24, 2013

Muffin pisang lagi...

 kalau pisang dah over ripe n tak de sapa nak makan, maka tuan dapo pun mula memike apa nak buat asalkan x terbuang begitu saja kan...buat je apa yang mudah, dapat juga buat hidangan minum petang sambil layan hari mendung kat shah alam ni.... masih guna resepi yang kak rose amik dari blog AlongRoz, mekasih ya. kak rose kongsikan kat sini sekali lagi.

By: Roz@HomeKreation
Makes One dozen
(kak rose dapat 6 biji jer sbb guna cups yg beso dan bakar pun tambah 5 minutes lg)

INGREDIENTS:
170g Mashed Ripe Bananas
3/4 cup Sugar
1 Egg - slightly beaten 
1/3 cup Melted Butter
1 tsp Baking Powder*
1 tsp Bic Soda*
1/2 tsp Salt*
1 1/2 cup Flour* (* sift together) 

METHOD:
1. Place bananas & sugar in a bowl & mix until combined.
Add in egg & butter gradually while mixing.
Fold in dry ingredients gradually until well mixed.
2. Spoon into muffin cups/tin.
Bake 20 minutes at 180C.

Wednesday, October 23, 2013

Kueh kaswi berlesung pipit!


 ya, nak jugak tepek kat sini kuih kaswi yang dah lama jadi bahan kumbahan ni... mmg suka sangat kuih kaswi yang goyang2 cenggini. selalu buat terus saja kukus dalam loyang, tp kali ni kak rose buat dalam acuan kecik2, terus jadi pulak macam lompang, berlesung pipit manis gitu! apa lagi laju je la masuk molot bila dah bergaul dengan kelapa yang x berapa muda tu...


 kak rose tepek kat sini resepi mudah yang kak rose amik dari mesra.net.. dengan bahan2 yang pasti semua ada kat setiap dapo, meh buat kuih ni untuk minum petang nnti....

Bahan2

2 caw tepung gandum
1 caw tepung ubi
3/4 caw gula
1 caw gula merah
sedikit garam,
air kapur
5 caw air

cara

masak gula merah dan putih dengan sedikit air (part of 5 caw tadi), sejukkan.
satukan semua tepung, masukkan sedikit garam, air kapur, air gula dan juga baki air tadi...
kalau suka boleh bubuh sedikit kicap manis (untuk lebih hitam) kacau sebati dan tapiskan. kukuskan lebih kurang 45 minit dah siap....
salut dengan kelapa putih yang d campur sedikit garam...

WW: Sarapan tadi....

bekpes tadi.. tp dah seminggu lebih x g brisk walk. camner tu?

Monday, October 21, 2013

Bingka kelapa pandan

 lama x buat kuih mudah disediakan dan cepat dimakan ni.... kalau yang senang2 cenggini mmg sllu lah akan buat, yang penting sedap lak tu. lemak2 manis untuk menambahkan lemak yang mmg sedia dah banyak sangat kat badan ni... buat dalam acuan kecik2 macam ni lagi lah cepat dapat menikmatinya...(acuan tart yang x pernah terbuatnya!) makan masa hangat2 tu mmg best, lembut jer.

 baru keluar oben, lembut jer dan bertambah laju le nak ngapnya.... resepi asal dari Kak Wan, mekasih sudi kongsi resepi kuih bakar simple n sedap nih...

Bahan-bahan
  • 200gm kelapa parut putih
  • 80gm gula pasir
  • 150gm tepung pulut
  • 1 biji telur A - di pukul ringan
  • 4 sudu besar air
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1/4 sudu teh pandan emulco - jika suka
Cara-cara:
  1. Satukan kelapa parut, gula, garam dan tepung, gaul rata. Masukkan telur, pandan emulco dan air sedikit demi sedikit sambil di kacau rata. Adunan tidak cair atau terlalu pekat, kelihatan parutan kelapa bila di adun.
  2. Leser acuan baulu / cara dengan minyak. Kemudian panaskan di dalam oven hingga minyak betul-betul panas.
  3. Keluarkan acuan, masukkan adunan hingga penuh. Bakar selama 20 - 30 minit di dalam oven pada suhu 200C atau hingga permukaan kuih keperangan.

Sunday, October 20, 2013

Daging goreng kunyit

resepi sempoi yang menyelerakan... banyak daging korban, so meh la buat lauk yang simple2 cenggini..ni kak rose buat hari jumaat lepas, ari ni dan semalam mmg gantung piok. .mudah dan cepat jer dapat makannya. resepi kak rose cnp dari duniacikguwan.

Bahan-bahannya;
1/2 kg daging dipotong kecil dan nipis.
Sedikit kunyit
Sedikit garam

1 labu bawang besar-dihiris
1 biji cili besar- sedap lagi cili solok
*ada orang letak bawang putih- saya tak suka.


Cara-cara
  1. Gaulkan daging dengan kunyit dan garam.
  2. Masukkan dalam kuali dan masukkan air hingga tenggelam dagingnya.
  3. Masukkan sesudu minyak masak-untuk lembutkan daging.
  4. Rebus hingga kering airnya (sambil2 tu rasakan dagingnya, kalau belum lembut tambahkan airnya lagi)
  5. Bila air dah kering, masukkan sedikit lagi minyak untuk menggoreng daging.
  6. Bila dah hampir garing, masukkan bawang yang dimayang serta cili potong.
  7. Siap!!

Saturday, October 19, 2013

Berakhir sudah....

berulang lagi ke sdmc untuk follow-up busu's patah bahu after operation. sambil tunggu giliran sempat lagi baca paper yang cuma akan dibeli kalau x de apa2 bacaan....acid test for warlord la konon, tp macam x de perubahan jer kan? masih jugak orang yang sama, agaknya nak kena tunggu hingga pru14 kot? entah ler..... empat minggu berturut2 kena bertunggu kat sdmc ni untuk follow-up dan akhirnya semalam doc dah bagi green light, x yah nak datang lagi dah. dan nampak jahitan luka tu pun dah elok, cuma x leh la nak lasak2 sangat lagi...

 ni la screw yang dikeluarkan masa operation tu... dah enam bulan tertanam kat tulang bahu yang patah tu....at first doc kata cuma akan keluarkan dalam masa setahun, tp macam ada infection kat blade tu, so after six months dia kata dah boleh take it out! ada kawan kata macam screw nak baiki moto jer! adoyai la!!!!

 petang after operation, ade sedikit bleeding, tp doc kata normal la. mama pulak yang jadi takut tengok bila ada darah yang macam tumpah tu...masa keluar dari bilik ot tu mmg ade sedikit tanda bleeding yang dibulatkan tu, menjelang petang banyak la pulak...

 the scar.... selepas seminuggu operation, minggu kedua dan minggu ketiga yang dah banyak improve...dah bukak jahitan pun...

 patient medical record yang dah lunyai....seusia denga busu, almost 21 years dah. padanlah dah koyak rabak kan....

 kebah dari sakit terus nak g subway... dengan gaun sepital pun x per...

1901 pun nak jugak...bila dah boleh bergerak, laju jer g cari makan sendiri...sepital punya meal pun dah tolak tepi...

Friday, October 18, 2013

Ibu adalah pembohong....

 gamba pinjam cik google punya

Asalamualaikum dan salam Jumaat kawan2.... satu artikel yang bagus untuk kak rose kongsikan kat sini....kasih sayang ibu yang tiada taranya. sama2 kita renungkan dan yang pentingnya peringatan untuk diri sendiri jugak. sayang mak sangat2!


IBU ADALAH PEMBOHONG……

1. Saat makan, jika makanan kurang, Ia akan memberikan makanan itu kepada anaknya dan berkata, "Cepatlah makan, ibu tidak lapar."

2. Waktu makan, Ia selalu menyisihkan ikan dan daging untuk anaknya dan berkata, "ibu tidak suka daging, makanlah, nak.."

3. Tengah malam saat dia sedang menjaga anaknya yg sakit, Ia berkata, "Istirahatlah nak, ibu masih belum ngantuk.."

4. Saat anak sudah tamat sekolah, bekerja, mengirimkan uang untuk ibu. Ia berkata, "Simpanlah untuk keperluanmu nak, ibu masih punya uang."

5. Saat anak sudah sukses, menjemput ibunya untuk tinggal di rumah besar, Ia lantas berkata, "Rumah tua kita sangat nyaman, ibu tidak terbiasa tinggal di sana."

6. Saat menjelang tua, ibu sakit keras, anaknya akan menangis, tetapi ibu masih bisa tersenyum sambil berkata, "Jangan menangis, ibu tidak apa-apa." Ini adalah kebohongan terakhir yg dibuat ibu. Tidak peduli seberapa kaya kita, seberapa dewasanya kita, ibu selalu menganggap kita anak kecilnya, mengkhawatirkan-diri kita, tetapi beliau tidak pernah membiarkan kita mengkhawatirkan- dirinya.

Semoga semua anak di dunia ini, bisa menghargai setiap kebohongan seorang ibu...!! karena beliaulah malaikat nyata yg dikirim ALLAH untuk menjaga kita..terima kasih BUNDA...

Wednesday, October 16, 2013

WW: Terkorban di hari raya korban...

sedikit garang masa nak tumbangkan....

yang ni sangat rilek.... as if menurut jer.....
dua ekor lembu untuk emak, bapak dan kami adik beradik...tq mak!

Saturday, October 12, 2013

Mee goreng basah

 nak nya buat mee goreng baasah2, tp bila dah masak suma dah jadi mee goreng tak berapa basah lak...x berkuah dah! rupanya ada petua nak buat nya, nak tau kena g tengok kat tuan punya resepi tu ya...kak rose ni main belasah jer....tp tak pe, rasa tetap mantoop gitu...mekasih pada tulip77 yang kongsikan resepi mee goreng ni...

Bahan-bahan

  • 600g mee kuning
  • 2 ekor sotong (kak rose x letak -takut gatalllll!)
  • 6 ekor udang basah
  • 3 pokok sawi
  • 1 sb pes lada kering
  • 2 sb minyak masak
  • 1/2 sb sos tiram
  • 4 sb sos tomato
  • 1/2 sb kicap pekat
  • 3 cawan air panas
  • 3 ulas bawang putih
  • garam, gula & ajinomoto
  • ** lada jeruk ** (kak rose tak buat pun...)
  • cuka
  • gula & garam
  • lada besar hijau

Cara-cara

  1. Panaskan minyak. Tumis bawang putih hingga naik bau. Masukkan pes lada tumis sekejap. Masuk sotong & udang gaulkan sebati.
  2. Masuk sos tomato,sos tiram,kicap pekat,gula,garam dan ajinomoto. Kacau biar sekata. Masuk air panas dan biar menggelegak. Rasa cukup semua bahan perasa. Adjust ikut selera anda.
  3. Masukkan mee kuning & gaul sebati. Masukkan pula sawi (daun shj), kalau nmpak air mcm dah kering atau tak cukup basah blh tambah lagi air panas.Kecilkan api & biar selama 4minit. Kemudian gaul2 sekejap,bila semua perasa dah meresap dalam mee, tutupkan api. Masukkan taugeh dan gaul sekata.Dalam gambar xda taugeh...stok taugeh takda kat umh...
  4. Alihkan mee kuning dari kuali, jgn biarkan dlm kuali, air mee akan kering. Makan panas2 bersama lada jeruk,taburkan dgn daun bawang & bawang goreng.

Friday, October 11, 2013

Watermelon smoothie

 Asalamualaikum dan selamat tengahari kawan2 semua... cuaca yang x menentu sekarang ni membuatkan tekak pun nak makan yang macam2... pagi tadi hujan tersangatlah lebatnya dan sekejapan tu pulak terus panas terik ya amat...kebetulan ada pulak buah tembikai yang dalam freezer... dah lama nak buat smoothie ni tapi asik tak kesampaian...bila tengahari ni cuaca yang sangat terik teruslah merajinkan diri memblendkan buah yg dah keras kejung tu....

resepinya kak rose amik dari Secubit Garam, mekasih ya Nor. mintak izin nak kongsikan kat sini lak....sedap, segelas ni x cukup lak....

WATERMELON SMOOTHIE
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan2:
3 cawan potongan tembikai ~ buang bj jika tak guna yg seedless
1/2 cawan plain yogurt
1 atau 2 sudu besar gula ~ ikut kemanisan yg disukai
1 sudu besar jus limau nipis
1 cawan ais ~ hancurkan sedikit
coklat rice utk hiasan

Cara :
Masukkan potongan tembikat ke dalam freezer dan biarkan membeku seketika.
Bila dah beku, keluarkan dari freezer dan masukkan ke dalam blender.
Masukkan juga yogurt, gula, jus limau nipis dan ais.
Blend sehingga hancur.
Tuang ke dalam gelas dan tabur dgn sedikit coklat rice. (yg ade cuma yg berkaler2... boleh la nooo!)
Sedia utk dinikmati...

Thursday, October 10, 2013

Ikan siakap 3 rasa

 Asalamualaikum dan selamat tengahari kawan2 semua. dah bersedia nak masak apa hari ni.... meh kak rose kongsikan resepi ikan siakap masak tiga rasa ni untuk hidangan tengahari nanti. kalau x de ikan siakap, apa2 ikan pun boleh jugak, cuma kita buat kan kuah dia jer...pasti nanti bertambah2 nasik, itu kak rose ler...berebut2 dengan anak tang bahagian perut yang garing crispy tu...

Bahan-bahan:-
1 ekor ikan siakap - bersihkan dan kelar.Lumur garam dan kunyit.

 
Bahan lain:-
5 ulas bawang putih - ditumbuk asing
3 ulas bawang merah - ditumbuk asing
2" halia - dimayang halus
6 biji cili padi - dihiris nipis (terpulang pada tahap kepedasan memasing la ya...)
garam
gula
1/2 cawan air

Bahan sos:-
3 sdm sos cili
3 sdm sos tomato
2 sdm sos tiram

Cara:-
1. Panaskan minyak.Goreng ikan siakap tadi sehingga garing.Ketepikan.
2. Keluarkan minyak dalam kuali sedikit utk menumis.
3. Masukkan cili padi hiris dan goreng sedikit layu.
4. Masukkan bahan lain seperti bawang putih,halia dan bawang merah yang telah
ditumbuk.Tumis sehingga kekuningan dan agak garing.
5. Masukkan bahan sos.Tambah air.Kacau sehingga kuah masak dan mesra.Masukkan garam dan gula.
6. Sekiranya hendakkan kuah yang agak pekat,boleh dibancuh dgn sedikit air dan campuran tepung jagung.
7.Tutup api dan curahkan di atas ikan tadi.SIAP!

Wednesday, October 9, 2013

WW:hari pisang sedonia....

cekodok, pancake dan kek.... julap!

Tuesday, October 8, 2013

Spaghetti lagi...

 bila nak makan spaghetti, resepi mudah ni je yang kak rose ingat....yang penting bahan2 pun sedia ada. nak buat yang lain mmg x pandai dan bahan pun sllu x cukup, x pe lah asal dapat isi perut kira ok la tu kan...sendiri masak dan sendiri jugak kata sedap! apa ade kisah, janji kenyang perut! resepi asal dari CMG dan kak rose tepek kan kat sini lagi. mekasih ya Mat.

BAHAN-BAHANNYA :-)
200 gram spaghetti angel hari, rebus hingga lembut, gaul dengan minyak zaitun
1 genggam, udang kecik, cuci dan toskan
1 1/2 camca besar pes tomyam (kak rose guna 1 kiub maggi tomyam)
1 biji bawang besar, cincang halus
2 ulas bawang putih cincang halus
1 biji tomato, cincang halus
2 helai daun limau purut
8 biji cili padi, cincang halus (guna 2 biji jer... pun dah pedas!)
Sos ikan secukup rasa (x suka...gantikan dengan garam jer)
Sedikit gula
Hirisan daun bawang untuk hiasan ( x dak la)
Hirisan cili padi untuk hiasan
Belahan limau kasturi untuk hiasan (x de la pulak!)
 Minyak zaitun untuk menumis

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Panaskan minyak zaitun, tumis bawang putih, bawang merah dan tomato hingga layu dan tomato lembut. Masukkan cili padi cincang dan pes tomyam, kacau rata dan masak hingga rempah garing.
  2. Masukkan udang dan sedikit air. Bila udang berubah warna, masukkan spaghetti, gaul rata dan tambah sos ikan secukup rasa dan secubit gula. Gaul hingga mesra. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api.
  3. Hidang dengan menabur hirisan daun bawang dan cili padi. Perah jus limau kasturi sebelum dimakan, jika suka....

Monday, October 7, 2013

Wantan goreng

 wantan goreng yang dah buat beberapa hari lepas.... keras tangan kak rose nak melipat kulit wantan ni, berkali2 tengok tutorial, tp ttp jugak x menjadi...senget2 jadinya dan banyak yang terkoyak terkena kuku masa melipat tu, nasib baik je x de yang terburai masa menggoreng tu. jenuh nak melipat, sudahnya amik kulit popia n bertukarlah bentuk wantan kak rose....he he he...resepi kak rose cnp dari blog tun telani, mekasih share resepi ya tun. mintak izin kongsikan resepinya kat sini pulak

nak melipat tu kak rose tengok kat blog linapg.  masa ni masih gigih mencuba, dapat lah sikit yang rupa wantan senget tu... kalau tengok yang linapg ajarkan tu mmg cantik sangat, tp apakan daya, kak rose ni mmg x berseni.. dan kalau kawan2 nak tengok cara melipat wantan tu boleh la g ke blog Teratak Mutiara Kasih tu ya.

Bahan2:
  • 1 peket kulit wantan
  • 200 g isi ayam- kisar - tun guna bahagian dada, dadukan
  • 100 g isi udang - dadu
  • 1/2 bj bawang besar- cincang halus
  • 2 tsp tepung jagung
  • 1 tsp minyak bijan
  • 3 sudu makan kicap cair - tun lupa nk letak
  • 1/2 tsp lada sulah - tun letak serbuk lada hitam
  • 1 btg carrot - sagat - tun tambah
  • 1 cwn kobis sagat - tun tambah
  • garam secukup rasa
Cara2
  • Gaul sebati semua bahan inti dan perap dlm peti sejuk selama sejam.
  • letakkan 1 sudu kecil inti dlm kulit wantan dan bungkuskan. Basahkan bahagian tepi kulit wantan supaya dia melekat.
  • Goreng hingga kuning keemasan dan blh dihidang dgn sos cili.
wantan yang dah bertukar rupa....buat berjam2 tp makan kejaaaaap je dah abes!

Sunday, October 6, 2013

Sotong goreng tepung

 salam hari minggu pada kawan2 semua...sotong goreng celup tepung yang rangup. makan sakan, buat2 tak ingat pasal allergic tu, cuma pas ni kena siap sediakan ubat gatal tu le...tapi mintak2 jangan lah gatal kan sbb sangat teringin nak makan sotong ni... kebetulan masa g ronda2 kat giant nampak lah sotong fresh n beso2 lak saiznya...bli la jugak, nak test gatal ke idok bila makan sotong ni...

resepinya dah pernah kak rose kongsikan kat sini dari Ayu S'pore dan kak rose tepek sekali lagi kat sini untuk sapa2 yang nak try resepi sotong goreng rangup ni....

Ingredients:-
500g sotong
1 cawan tepung gandum
1 sudu baking powder
1 biji telur
sedikit garam & lada sulah
1/2 sudu Italian herbs ~ tak ada, ganti dgn serbuk kari
1 sudu kecil paprika (kak rose x de, x letak)1 sudu kecil serbuk cili

 makan dengan nasik lemak bekpes pagi tadi, ratah gitu je pun sedap!

Method:-
Potong sotong kecil2, bersihkan dan toskan airnya biar sampai kering.
Gaul sotong dgn sedikit garam dan lada sulah.
Pukul telur sikit dan masukkan sotong , ketepikan.
Gaul tepung, baking powder, garam, lada sulah, italian herbs, paprika dan serbuk cili.
Masukkan sotong yg telah digaulkan dengan telor, salutkankan sotong dengan tepung.
Goreng dalam minyak terendam hingga kekuningan.
Hidangkan dengan Sos Tatar dan sos cili.

Friday, October 4, 2013

Bubur nasi ayam

x rajin nak masak nasi?....meh kita buat bubur lak...jerang nasi dengan air banyak2 n tunggu jer sampai masak. ni buat orang malas macam kak rose ler, ya la dok sorang2 mmg x de le kerajinan nak memasak bagai kan... kalau ada orang nak tolong tapau lagi best! duk rumah jer pas tu nasi pun sampai atas meja....macam zam2 ala kazam gitu....hishhhh!!!! pemalas sungguh kan..

 bubur ni masak tengahari semalam....so usahlah ditanya, udah abes deh! resepi dari Myr oleh che'iza...rasa macam yang kat mekdonal tu...tp rasa yang buat sendiri ni lebih sedap lagi...ya lah kita yang buat dia, so puji sendiri sedap la! tp mmg sedap pun, semanguk ni x cukup tau...menambah2 lagi...mekasih ya share kan resepi ni..

Bahan-bahan ( 3-4 org )

  • 1 1/2 cwn beras (lbh kurang 250gm)
  • 1 1/2 inci halia di ketuk / titik
  • 2 sk serbuk pati ayam / 1 kiub pati ayam
  • 300gm isi ayam / 1/4 ekor ayam
  • sedikit garam
  • 1 liter air
  • * GARNISH *
  • lada merah
  • daun bawang n daun sup
  • sedikit mninyak bijan
  • * AKSESORI TAMBAHAN *
  • ikan bilis n kacang digoreng
  • lada jeruk (x dek, kak rose gantikan dengan cili api potong denagn kicap masin)
  • telur masin

Cara-cara

  1. Rebus ayam hingga empuk. Keluarkan ayam dan toskan airnya. Air rebusan ayam jgn dibuang.
  2. Basuh beras bersih. Masukkan beras dlm periuk lebihan air rebusan ayam. Masak beras hingga kembang, masukkan air sikit-sikit. ** Masak bubur ikut suka lembut mcmmana kita nak
  3. Bila bubur hampir masak masukkan halia, pati ayam dan sedikit garam.
  4. Bubur bolehlah dihidang dgn ayam rebus tadi (siat kecil), bawang goreng, lada merah n daun sup. Titiskan sikit dgn minyak bijan. sedap mkn ngan ikan bilis n kacang goreng, cili jeruk dan telur masin..siap....
  5. Bubur mcm simple tp rasanya agak berbeza dan unik... Bubur ni sgt popular di sebuah kedai jual bubur kat Jalan Sultanah Batu Pahat....