Lanai Kijang

Lanai Kijang

Saturday, August 8, 2026

Doa buat mereka...

 


Semuga anak anak  dan cucu cucu atok mamanek dipermudahkan segala urusan duania akhirat

TIRAKAT UNTUK ANAK AGAR HIDUPNYA DIPERMUDAHKAN DALAM SEGALA URUSAN
 
Ada satu amalan ringan selama 7 hari yang boleh dilakukan oleh ibu bapa supaya kehidupan anak dipermudahkan dalam segala urusan. Insya-Allah, tirakat ini mudah dan tidak membebankan, lebih-lebih lagi jika dilakukan dengan penuh keikhlasan.
 
Asasnya adalah doa dalam Al-Quran, Surah Al-Furqan ayat 74: "Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami pasangan dan zuriat sebagai penyejuk mata."
 
◇ Hari Ke-1 Mulakan dengan membaca istighfar sebanyak 100 kali selepas Maghrib atau Subuh 👉 Niatkan: Ya Allah, bersihkanlah anakku daripada dosa dan kesulitan
 
◇ Hari Ke-2 Baca selawat 100 kali (diutamakan Selawat Ibrahim) 👉 Niatkan: Ya Allah, berkatilah masa depan anakku
 
◇ Hari Ke-3 Bersedekah walaupun sedikit 👉 Niatkan: Ya Allah, permudahkan rezeki dan jalan hidup anakku
 
◇ Hari Ke-4 Baca ayat kemudahan 7 kali (Surah Al-Insyirah ayat 5–6)
 
◇ Hari Ke-5 Baca doa Nabi Ibrahim 21 kali (Rabbi habli minas-salihin)
 
◇ Hari Ke-6 Solat malam sekurang-kurangnya 2 rakaat 👉 Selepas solat, berdoa: Ya Allah, peliharalah anakku, permudahkan segala urusannya dan jadikanlah dia anak yang soleh
 
◇ Hari Ke-7 Doa khas ibu (Jika ibu tiada, boleh dilakukan oleh bapa) 👉 Letakkan tangan di kepala anak (jika anak jauh, cukup doakan sahaja). Baca doa ini: Allahumma ihfadz waladi Wayassir umurohu/ha Waj’alhu/ha minas-salihin
 
💢 Kuncinya ada 3:
 ☑️ Lakukan dengan ikhlas dan hati yang lembut 
☑️ Tidak banyak mengeluh tentang anak 
☑️ Sentiasa mendoakan anak
Semoga bermanfaat dan diberkati 
 
Qobiltu ijazah.

atok dan mamanek sentiasa mendoakan yang terbaik buat semua... Aamiin

## terima kasih pada yang kongsikan di fb dan terima kasih juga ijazahnya. Mohon izin kongsikan disini pula ya. terima kasih sekali lagi.