Lanai Kijang

Lanai Kijang
Showing posts with label petua. Show all posts
Showing posts with label petua. Show all posts

Sunday, January 12, 2025

Air rebusan yang baik

 Asalamualaikum dan selamat tahun baru 2025... semuga tahun yang mendatang akan lebih baik dari tahun tahun sebelumnya dan membawa beribu kebaikan untuk kita semua. Aamiin

Memulai tahun baru yang dah tak berapa baru ni meh la kak rose nak kongsikan petua yang lalu lalang di newsfeed fb ni. terima kasih yang sudi kongsikan dan kak rose mohon nak tepek kat sini pulak ya.. tapi rasanya ada banyak lagi petua dari orang lama2 yang kita pun kurang pasti... kalau ada kawan2 yang ada bermacam petua tu boleh lah kongsikan supaya lebih rama dari kita mendapat manafatnya bersama-sama.






terima kasih yang kongsikan dan semuga bermanafaat buat semua yang sudi singgah dan baca kat dapo kak rose ni...

Friday, January 8, 2021

Petua: cuci buah mata kucing

buah longan memang sedap dan manis rasanya... tapi bila nak makan tu satu masaalah pulak nak kopek kulitnya kan dan selalunya akan ada rasa nak terbatuk2 dan tekak terasa gatal bila lepas makan nya. so sebelum makan tu kena lah cuci buah tu bersih2 dulu lah. bila en asben beli buah ni, kak rose pun tanya cik google camner nak basuh buah ni... dan ni lah dia caranya...rendam dalam air masin, nampak sangat kotor air tu kan..
Petua cuci buah mata kucing dengan air garam
 
Buah mata kucing juga perlu dicuci dengan cara yang betul untuk hilangkan segala kotoran pada kulitnya serta elakkan keracunan dan sakit seperti batuk.
 
CARANYA:
1. Rendamkan buah mata kucing dalam air garam.
2. Biarkan dalam 15/20 minit
3. Keluar segala kotoran pada kulit
4. Lepas tu boIeh bilas buah mata kucing dengan air bersih.
5. Selamat dimakan.
Cuci dengan cara ini lebih terjamin bersih bila nak makan, berbanding sekadar cuci lalukan air.

lepas basuh.... dah bersih dan boleh la makan dengan aman... lepas makan yang ni tak de lagi rasa gatal tekak dah. Alhamdulillah... terima kasih pada yang kongsikan petua ni.
 

Friday, February 21, 2020

Home remedies...

Asalamualaikum dan salam jumaat kawan kawan..
jom kita cuba home remedies ni dimasa2 macam ni..

 pastinya semua ada bahan ni kat dapo kan..

terima kasih kawan2 dari whatsApp group yang kongsikan petua ni...

Sunday, November 25, 2018

Telor rebus halus mulus..

Asalamualaikum dan selamat pagi...

 Salam hari minggu buat semua... hari ni kak rose nak kongsikan camner nak rebus telor yang tak melekat kat kulit dan bila kupas sangat lah cantik, halus mulus kejadiannya.  kak rose dapat petua ni dari perkongsian di wall fb. dan bila buat menu nasik lemak untuk majlis bacaan surah Al-Kahfi kat rumah kak rose pun cubalah petua yang dikongsikan tu... Alhamdulillah memang menjadi. terima kasih pada yang tak lokek dengan ilmu dan petua tu... kak rose kongsikan kat sini pulak untuk yang ingin mencubanya ya...


1.       Basuh telor dan masukkan dalam periuk. Tak perlu tunggu air mendidih baru masukkan telor
2.       Masukkan sesudu garam dan sesudu minyak dalam periuk tadi
3.       Rebus lebih kurang 10-15 minit atau hingga air melegak
4.       Rendamkan dalam air biasa sekejap untuk hilangkan panas. Bila dah suam boleh la kupas


dan ni kak rose hidangkan sebagai dayang pengiring untuk nasi lemak bersama timun, sambal tumis udang kering dan ikan bilis bersama kacang tanah goreng. dan petua untuk membelah telor supaya jugak halus mulus tu kak rose guna kan benang sebagai pemotong. tapi sayang cuma ada gambo yang duk dalam mangkuk jer. tapi memang tabik lah sapa yang bagi petua tu.. terima kasih sangat2...

Monday, December 5, 2016

Semut oh semutttt...

 semut zaman technology, kita guna petua lama lama ni memang tak jalan. dia tak tahu ke harga gula dah nak naik walau kerajaan masih menafikan... cam ner nak percaya dengan penafian tu kan sebab dah banyak kali terkena.. bila dia say no maknanya yes... macam kes minyak masak baru ni kan... yang semut ni pun, banyak2 menda dalam kabinet tu, kenapa gula jugak yang ko nak hurung... bila ternampak semut dalam packet gula tu terus lah tanya cik google, cari petua nak hilangkan semut tu...

 jumpa satu blog tu kata guna kayu manis, daun pandan jugak bunga cengkih...so dengan gigihnya kak rose mencuba. 1st guna kulit kayu manis ni, katanya dalam masa satu jam semut akan pergi... tapi dalam kes kak rose ni dah berjam, makin berkerumun lak.... adoiiii la. tak makan saman sungguh semut ni!
bila dah tak berjaya, gigih memalam potong daun pandan dan letak dalam besen tu pulak... bangun pagi esok paginya, dia masih jugak kat situ...agaknya semut ni lagi suka dengan bau harum pandan tu kot! kak rose yang tertipu atau semut ni dah bijak sangat? menduga sungguh kan!

petua yang ketiga pulak kita cuba... guna bunga cengkih, katanya jangan letak banyak2... cukup 3 ketui jer. so ikut jer la... tapi semut ni memang tak tahu yang kak rose tak nak membazir buangkan gula tu... last sekali, ketuk2 tepi besen tu hingga semut keluar dan buangkan... satu kerja pulak nak berperang dengan semut... dan sekarang tak kan ada chance lagi sbb kak rose dah buh gula semua dalam tupperware!

Sunday, August 7, 2016

Jom belajar

 Kak rose jumpa tips ni kat fb dan meh kongsikan kat sini untuk panduan nanti... terima kasih pada yang kongsikannya, semuga bermenafaat buat semua... terutama buat ov macam kak rose yang baru nak belajar nih!









Sunday, July 24, 2016

Kegunaan lain baking soda

 gambar cik google yang punya ya...

Baking Soda selama ini guna untuk baking je. Rupanya pelbagai lagi kegunaannya. ni yang kak rose dapat dari wall fb dan meh la kongsikan kat sini... semuga bermenafaat buat semua yang rajin nak explore sesuatu yang baru... tak salah mencuba kan.

1. Untuk memasak memang la ini tujuan utama kita beli benda tu pun kan.

2. Deodoran semulajadi - kalau ade sesapa yang tak suka pakai deodoran, atau tak boleh pakai deodoran, boleh guna baking soda ni. Caranya, basahkan ketiak seadanya, pastu tepek la baking soda ni. Macam tepek bedak la jugak kaedahnya.

3. Menghilangkan kesan peluh, daki & minyak - Nak2 pulak baju sekolah anak2 atau uniform suami, berdaki & kotor, korang boleh rendam baju2 tersebut dalam air sabun pastu campur la sikit dengan baking soda dalam air tu.

4. Gunakan sebagai pencuci mulut - Ini bukan pencuci mulut yang ala dessert tu tau. Ni pencuci mulut ala2 listerine tu la. Korang campurkan baking soda dengan air pastu gunakan untuk berkumur. Pasni ni tak yah lagi beli listerine. Jimat duit.

5. Skin exfoliator - tak reti aku nak translate jadi melayu. Kiranya macam skrub muka la. Buat tanggalkan kulit2 mati di wajah tu. Caranya, campurkan baking soda dengan sedikit air sampai jadi pes. Pastu gosok2 la kat muka korang. Tenyeh2 sampai tercabut kulit muka mati atau kulit yang kusam tu.

6. Untuk mencuci sikat & berus rambut - Kadang2 korang perasan tak sikat korang tu dah berkerak2. Penuh dengan sel2 kulit kepala & kelemumur.. Takkan nak cungkil satu2 bilah sikai tu kan. Cara paling senang, bancuh baking soda dengan air suam, pastu rendam la sikat2 & berus korang dalam air tu. Agak2 dah lama, bilas la dengan air biasa. Pasni sikat korang dah bersih dari daki2 tu semua.

7. Garam mandian (bath salt) - selain boleh guna sebagai skrub muka, baking soda pun boleh jadi skrub badan tau. Caranya sama cam buat skrub muka tadi. Tapi untuk lebih best [sebab kult badan tak sama dengan kulit muka], campurkan dengan sikit garam. Kiranya skrub tadi ada bahan tambahan la. Kalau yang suka berendam pulak, campurkan baking soda + garam dalam air rendaman tu. Kalau nak wangi tambah la minyak yang wangi tu.

8. Pemutih gigi - seminggu sekali masa nak gosok gigi, cuba campurkan baking soda dengan ubat gigi tu. Pastu gosok gigi cam biasa. Secara tak langsung boleh memutihkan gigi korang.

9. Pengganti mopiko - Tau ke apa mopiko tu?? Ubat untuk gigitan nyamuk tu. Kalau takde mopiko takpe. Cuba campurkan baking soda dengan sedikit air sampai jadi pes, pastu tepek je kat tempat yang nyamuk gigit tu.

10. Merawat sunburn atau luka akibat pisu cukur, pun boleh guna kaedah mopiko tadi.

11. Membersihkan karpet - Kalau karpet korang kotor, payah2 sangat, taburkan baking soda tu kat karpet, pastu gunakan la vacuum untuk cuci karpet tu. Insya-allah semua kotoran akan hilang.

12. Sebagai syampu kering - penyelesaian untuk rambut berminyak, taburkan baking soda pada rambut lepas tu blow rambut dengan hair dryer. ada yang berani nak cuba tak?

13. Hilangakan blackhead - Cara macam buat skrub muka juga. Tapi tenyeh la kat tempat blackhead tu. Pasni takyah susah pakai pore pack yang memang kurang berkesan tu.. Heheheh

14. Lembutkan daging - ni memang petua dolu2 ni. Rebus daging dengan sedikit baking soda, supaya daging tak liat.

Selamat mencuba ya kawan kawan....

Monday, June 20, 2016

Nak kurus? Jom try ni...

 


bermacam petua yang kak rose jumpa untuk nak buang lemak ni... cumanya tidak rajin  nak melakukannya dengan konsisten, so tidak dapat lah result yang duharapkan... apa kata lepas raya dah baham segala yang sedap dan berlemak2 tu kita merajinkan diri untuk amalkan petua ni... boleh caya ke kak rose akan buat nih? apa pun meh la tepek kat sini petua yang dikongsikan di wall fb ni untuk kita cuba nanti....

 Jus limau nipis + madu

Bahan-bahannya ialah:
1. 1 sudu besar jus limau nipis
2. 1 sudu besar madu lebah asli
3. air suam

 1. Potong limau nipis, buang bijinya
2. Perahkan limau nipis ke dalam air suam
3. masukkan madu ke dalam air tadi dan kacau. kalau boleh, biasakan diri untuk kacau lawan arah jam. insyaAllah.
4. tadaa! jus limau nipis madu siap untuk diminum. sedap ni kalau diminum suam-suam. di samping aromanya yang sedap, ia juga sungguh menenangkan. aromanya juga berfungsi sebagai terapi stress. ok, selamat mencuba!


Cara penggunaan : Ambil 2 kali sehari iaitu pagi sebelum sarapan dan malam sebelum tidur. InsyaAllah.
Perhatian : Keberkesanan 'jus kurus' ini bergantung kepada cara pemakanan atau diet harian yang betul juga ya


 



Jus cuka delima + madu

bahan2nya ialah:
1.
1 sudu besar cuka delima
2. 1 sudu besar madu lebah asli
3. air suam

cara2nya ialah:

 larutkan cuka delima dan madu di dalam air suam, kacau. siap untuk diminum.

kalaulah semua orang tahu manfaat delima, memang tiada orang akan tinggalkan delima dalam menu harian. subhanallah!
Ok, ini saya beli yang dah siap disatukan dalam botol. cuka delima + madu, jadilah cuka madu. caranya juga sama, 2 sudu besar cuka madu dilarutkan dalam air. minum pagi sebelum sarapan, malam sebelum tidur. insyaAllah.




Air halia

Nampak tak apa dalam gelas tu? Halia. Hiris banyak2, rendam 5 minit dalam air suam untuk bagi rasa pedas dia keluar. Bismillah, selawat. Then, minum dengan penuh rasa nikmat. InsyaAllah 'angin' kuasa turbo akan keluar dengan jayanya dari tubuh anda. Lega. Angin berkumpul sakit badan oooo. Jangan ambil mudah angin dalam badan ni. Tak tidur lena dibuatnya bila dia berkumpul tak mahu keluar. air halia juga mampu membuang kolestrol berlebihan di dalam darah.

kalau nak lagi sedap, boleh tambah madu lemon jika mahu. madu juga adalah kombinasi yang baik.


Friday, May 27, 2016

Jus apple dan celery



Asalamaulaikum dan salam jumaat... semuga kita semua sentiasa dalam Rahmat Nya, Aamiin. dan pagi ni kak rose nak kongsikan juice apple n celery yang pertama kali kak rose buat ni... ni pun sebab kepala rasa sangat neng nong sejak sehari sebelumnya... dan mencari alternatif instead of makan ubat or panadol kan...  kebetulan stok ada, so just blend n minum... harap dapt mengurangkan pening kepala tu kan... dah makan sebiji ubat yang all this while cuma makan separuh jer pun masih tak selesa rasanya...



 pagi tu punya bp reading... entahkan sbb ni kot yang buat kepala jadi neng nong tu... nasib baik ade cik google, cari jer petua untuk nak turunkan bacaan darah tinggi... bermacam petua yang keluar... dan ini salah satunya... meh la kita mencubanya.... kita berusaha dan bertawakal, Insya Allah dengan izinya akan diberikan kesembuhan nanti...

 

Ok...jom kita baca tentng khasiat-khasiat, kelebihan dan kebaikkan yang terdapat di dalam epal hijau dan batang saleri ini.Mencegah lebih baik daripada merawat, itulah pesanan orang tua-tua. Ini dapat membantu dalam proses pembuangan toksid atau membersihkan usus, Amalkan meminumnya setiap pagi ketika perut kosong. tapi kak rose minum selepas sarapan.. next time boleh la ikut cara yang betul kan...

Khasiat buah epal yang masam baik membersihkan usus dan melawaskan pembuangan air besar. kepada mereka yang ingin berdiet....turut boleh mengamalkan.
Khasiat epal hijau ini mampu mengurangkan pembinaan kolesterol dalam dinding salur darah. selain itu ia mampu mengurangkan risiko penyakit jantung. Ia juga dapat membantu kesihatan membran paru-paru, membantu kesihatan tulang dengan menambah bahan kimia (boron) pada mineral tulang, membantu kesihatan sistem kardiovaskular dengan mengekalkan tahap kolesterol darah dan membantu mengekalkan berat badan. Selain itu mampu mengurangkan tekanan penyakit asma dan mengurangkan risiko barah.
Selain itu juga, epal hijau juga mampu bertindak sebagai penyegar kulit wajah. Hanya dengan memotong epal hijau dan rendamkan seketika di dalam air batu selama 5 minit. Kemudian letakkan di muka, biarkan selama 15 minit. Anda akan dapat rasakan kesegarannya. Jika diamalkan selalu ia boleh melicinkan kulit.

Khasiat Celery:  merupakan sejenis sayur berbatang lembut, kaya dengan zat besi, kalsium, foforus, sodium, vitamin A, B-Komplek dan C. la juga dikenali sebagai Opium gravelens dan berasal dari keluarga dula umbelliferae yang  merupakan penawar dalam amalan perubatan tradisonal untuk menurunkan tekanan darah tinggi . Amalan memakannya mampu menghilangkan pening- pening dan sakit kepala yang berpunca daripada tekanan darah tinggi. sumber kak rose amik dari sini.

Tuesday, April 26, 2016

Petua menghilangkan peta pd tilam

 Jom kita buat sendiri cam ner nak cuci tilam dan bantal yang berpeta2 tu... petua yang sangat berguna yang dikongsikan kawan di fb dan nak jugak kak rose share kat sini untuk kita sama2 mencuba untuk tilam dan bantal yang berpeta dunia dan wangi tu... hihi... terima kasih pada yang sudi kongsikan petua ni ya.. harap2 betul2 magic la kan. tapi yang ni guna pure baking soda, kalau kita guna baking soda macam Nona brand tu boleh ker? tak salah mencuba kan.

 bahan yang diperlukan..

  • Botol spray
  • 1 cawan Hydrogen Peroxide
  • 3 sudu besar baking soda
  • 1 ke 2 pump cecair pencuci pinggan
  • 5 titis pewangi / essential oil (tak wajib)
Hydrogen Peroxide ni boleh beli kat farmasi. 
Watson atau Guardian pun ada jual. 
Bahagian antiseptik. Tanya je salesgirl kat situ.
 
Masukkan baking soda ke dalam botol spray. Kemudian masukkan hydrogen peroxide. Selepas itu masukkan cecair pencuci dan titisan pewangi. Putarkan (jangan goncang) supaya kesemua bahan sebati.
 
Spraykan ke tempat di mana peta-peta muncul di tilam. Biarkan 5 ke 10 minit. Dengan ajaibnya anda akan menyaksikan peta-peta itu hilang di depan mata.

 Kalau ada peta yang degil, boleh spray kan sekali lagi. Biarkan kering sedikit. Vacuum untuk hilangkan sisa baking soda atas tilam, sekiranya ada. Jemur terkena cahaya matahari supaya bahagian dalam tilam betul-betul kering.


macam magic jer kan.... boleh lah mencuba nanti pada bantal yang banyak berpeta tu...

Sunday, December 27, 2015

Tips di dapur

 Tips dari kawan2 di fb, kak rose kongsikan kat sini lak untuk rujukan dimasa2 perlu... terima kasih sesangat pada yang sudi berkongsi petua2 cam ni kan... kadang2 yang simple macam ni pun kita tak peka, semuanya ambil mudah... so dengan petua ni, ia akan memudahkan dan menambah pengetahuan kita kat dapo terutamanya untuk diri sendiri ni.... semuga bermenafaat buat semua....