Lanai Kijang

Lanai Kijang

Tuesday, October 20, 2020

Bubur nasi

 Buat lagi dan lagi dan lagi....

permintaan tukang makan yang demam dan nak makan bubur... dan tukang masak pun suka jer nak tumpang sekaki kalau masak bubur nasi a la mc d ni. sedap dan nak masak pun mudah... just jerang nasi hingga lembut dan masukkan halia dan kiub ayam...siapkan lah bahan dayang pengiring, siap dah la... jom tengok resepi bubur nasi ni..

Bahan-bahan

  • 1  cwn beras 
  • 1 1/2 inci halia di ketuk / titik
  • 2 sk serbuk pati ayam / 1 kiub pati ayam
  • 300gm isi ayam / 1/4 ekor ayam
  • sedikit garam
  • 1 liter air
  • * GARNISH *
  • lada merah/cili kicap
  • daun bawang n daun sup
  • sedikit mninyak bijan 
  • isi ayam yang dah disiat2
  • kacan tanah goreng 
  • ikan bilis goreng
  • bawang goreng

  • Cara-cara

  • Rebus ayam hingga empuk. Keluarkan ayam dan toskan airnya. Air rebusan ayam jgn dibuang.
  • Basuh beras bersih. Masukkan beras dlm periuk lebihan air rebusan ayam. Masak beras hingga kembang, masukkan air sikit-sikit. ** Masak bubur ikut suka lembut mcmmana kita nak
  • Bila bubur hampir masak masukkan halia, pati ayam dan sedikit garam.
  • Bubur bolehlah dihidang dgn ayam rebus tadi (siat kecil), bawang goreng, lada merah n daun sup. Titiskan sikit dgn minyak bijan. sedap mkn ngan ikan bilis n kacang goreng, cili jeruk atau sambal kicap.

 

 

Monday, October 19, 2020

Ayam panggang mudah

buat yang simple2 jer..

rasanya lama sangat tak makan ayam cenggini.... asik makan nasik jer kan, sesekali nak jugak bertukar menu tengah hari tu... en asben yang request nak makan simple2 cam ni... so tukang masak ni ikut kan jer lah... resepi ayam panggang ni sangat lah simple, yang pasti semua bahan ada kat dapo kan... jom kak rose kongsikan resepi yang kak rose dapat dari wall fb ni.. gorengkan fries, potongkan timun dan tomato sebagai dayang pengiring untuk ayam ni.

Bahan

  1. 1 sudu kecil lada hitam
  2. 2 biji bawang besar
  3. 3/4 ulas bawang putih
  4. 1 inci halia
  5. 1 kiub ayam
  6. 1 sudu kicap manis
  7. Garam

 

Kisar semua bahan... gaulkan ayam dgn garam... lumur semua bahagian ayam... kemudian masukkan kicap! sapu rata pada seluruh bahagian ayam

Perap semalaman... letak bekas bertutup di bahagian chiller

Keluarkan dan biar pada suhu bilik,  bakar pada 180° selama 45 minit atau sehingga masak

Lebihan dari air panggang ayam tu akk rose tambahkan sedikit tepung jagung untuk jadikan sos untuk ayam panggang ni


 

Sunday, October 18, 2020

Peria goreng udang

sayur permintaan dari en asben yang nak makan cam ni... suka sangat dengan peria masak simple cam ni. tukang masak jugak tak perlu nak pening kepala kalau dah ada request kan. daging masak lemak cili api kurang pedas ni pun kak rose masak banyak... separuh nya tapau untuk anak, balik kerja just singgah dan amik gulai ni bawak balik... so nanti sampai rumah tinggal nak masak nasik jer kan. dan bila ada gulai lemak ni en asben mesti nak jugak gandingkan dengan ikan masin gelama ni. ikutkan je lah... dan masa hidang tu kak rose saja buat cam ni, semangkuk jer nasik, no tambah2 ya... tapi kalau lauk macam ni, terlajak jugak sudahnya...hihi
jom semak resepi peria goreng dengan udang ni... kak rose suka kalau letak udang banyak2...

  1. Bahan Utama:-
    1 biji peria kambas
    1 mangkuk kecil udang
    1 ketul kiub ikan bilis
    1/2 cawan air

    Bahan Tumbuk Lumat:-
    1 biji bawang besar
    1 biji lada merah
    2 ulas bawang putih
    1/2 camca teh garam kasar

    Cara membuatnya:-
  2. Belah peria dan buang biji. Potong serong setiap belahan dan rendam dalam air bersama 1 camca besar garam selama 15 - 20 minit. Kemudian toskan. Tujuan untuk mengurangkan rasa pahit.
  3. Dalam kuali, panaskan 2 camca besar minyak. Tumis bahan2 tumbuk halus hingga wangi, masukkan kiub ikan bilis dan udang, kacau dan tuang air.
  4. Bila mendidih, masukkan peria tadi dan gaul hingga rata. Kecilkan api dan masak untuk 2 - 3 minit hingga peria lembut. Rasa garamnya dan jika kurang boleh ditambah sedikit lagi

dah setkan dengan satu mangkuk nasik, tapi bertambah2 pulak sudahnya... salah tukang masak sebab masak sedap2 katanya..😜. sebenarnya ikan masin tu yang jadi culprit nya lah!
 

Saturday, October 17, 2020

Kuih dangai

 Selamat berhujung minggu buat semua dan stay safe, stay at home kiterrr!

Kuih dangai versi muffin pan. jumpa cara buat kuih dangai guna muffin pan ni kat blog Linapg yang femes tu... teringin nak mencuba buat lah jugak dengan cara yang mudah ni. kak rose ada pernah buat kuih dangai ni guna acuan yang asal, tapi saja nak guna cara yang mudah ni.. tapi terlalu nipis lak masa isi dalam muffin pan tu...nipis dan garing pulak jadinya, tapi rasa tetap sedap lah. mekasih Lina kongsikan cara mudah ni ya..nak guna sandwich maker pun boleh jugak.

Bahan-Bahan (sukatan cawan biasa)

2 cawan kelapa parut (guna kelapa parut putih)

1 cawan tepung pulut

1/2 cawan gula

Sedikit garam

Cara-Cara

  1. Satukan semua bahan dan gaul rata.Adunan nampak berderai seperti serbuk roti.
  2. Sapukan sedikit minyak pada loyang/muffin tray/bekas yang sesuai.
  3. Masukkan adunan tadi ke dalam muffin tray.Bakar suhu 150'c selama 15-20min hingga mencapai kegaringan yang digemari.
  4. Cara kedua, sapukan sandwich toaster dengan sedikit minyak.Kemudian masukkan adunan ke dalam.Bakar hingga masak.Guna sandwich maker lebih mudah.
  5. Sedia dihidang bersama teh O, makan panas-panas memang sedap.Selamat mencuba.

 

Friday, October 16, 2020

Macam2 ada...

Asalamualaikum dan salam jumaat penghulu segala hari... hari ke 212 sejak bermulanya CMO, dan kini CMCO kali ke dua untuk Selangor, KL dan Putrajaya.. so duduk rumah diam2 jer lah ya.. dan ada banyak masa untuk menghadap pc... tepek macam2 menu snek untuk minum petang kami... kuih lapis tu tidak lah rajin nak buat...tapi tak rugi belinya sbb sedap sangat...dah tinggal dua ketui baru teringat nak amik gambo...😁
deli on the go... tapau masa singgah isi minyak kat shell... balik rumah just buat kopi jer.
kek buah beli gak, keropok lekor dan fries tinggal nak goreng, stok sentiasa ada dalam freezer
ubi goreng cicah dengan sambal kicap jawa ni memang pebret lah... rebus dulu ubi tu dan masa panas2 tu gaulkan dalam bancuhan batter dan deep fry... ikut cara arwah emak suka buat cenggini kalau goreng ubi, keledek atau pun keladi... gebus jer jadinya.
keropok lekor all the way from terengganu... sedap sebab sangat terasa ikannya...
air fryer samosa... to me ok jer but en asben kata no no.... dia nak jugak yang digoreng. cam ner lah nak istiqamah dengan healthy food kan!
selalu sangat tak rajinnya... pizza hut jadi penyelamat. tamak pulak tu kalau mengoder.. 2 large super supreme pan pizza. ha ha jenuh nak menghabiskan untuk kami anak beranak..
ni pun tapau jugak... lama tak buat kuih serimuka, boleh beli buat apa nak penatkan diri kan? alasannn!
keledek goreng cicah sambal kicap... nampak sangat kejawaan nya kan...
pandan rolls yang sedap... bertambah2 lemak menempek dan brisk walk pun dah lama tak buat... apa lagi masa sekarang... taman tempat berlenggang mak limah tu pun tak boleh dah nak pergi... covid punya pasal lah ni kan... bertabah jer lah dan semuga virus corona ni cepat berlalu... boleh lah kita kembali pada kebiasaan yang dulu... rindu nak bergader2 membaca surah Al-Kahfi dipagi jumaat...
 

Thursday, October 15, 2020

Lontong lagi...

memang tak pernah jemu dengan menu yang satu ni... bila2 teringin nak makan kena lah rajin kan diri untuk buatnya... walaupun cuma untuk kami berdua, buat jugak lah dan ini lah menu sepanjang hari tu untuk kak rose... boleh makan berulang2 hingga puas. tapi tidak untuk en asben. sekali makan pagi tu, untuk lunch dan dinner dah kena cari yang lain... so yang tu kita tapau jer lah. mudah kan...
lontong style kak rose, tak perlukan rendang, kuah kacang dan serunding bagai... suka yang minimalist cam ni jer... kuah lodeh dan sambal tumis sebagai penambah sedap pada lontong sempoi ni. tu pun dah boleh buat makan bertambah2 dari pagi menjelang dinner... kemaruk sungguh kan!
 

Wednesday, October 14, 2020

Jom makan buah...

 hari pertama PKPB kali kedua di Selangor, Wilayah Persekutuan dan Kuala Lumpur






macam macam ada... tak pernah jemu dengan apa buah pun. Alhamdulillah sentiasa ada dalam stok...

Tuesday, October 13, 2020

Nasi lemak untuk breakfast

nasi lemak untuk sarapan sementara ada kerajinan nak buatnya... sambal tumis tu kak rose memang buat banyak2 dan frozenkan... so bila nak makan cuma reheat je. mudahkan. pop corn chicken pun beli ready made, cuma nak kena gorengkan untuk digandingkan dengan nasik lemak ni. goreng telo guna acuna munger2 kasi cantik sikit dan jugak goreng ikan bilis, potongkan timun... sarapan is ready.
nasi lemak 7 minit jer guna periuk noxxa... posing bersama dayang pengiringnya..😋😋


Bahan- bahan:
- 3 cawan beras dicuci
- 1 1/2 cawan santan
- 2 cawan air
- 1 inci halia - dihiris atau dititik
- 1 biji bawang merah - dihiris kasar
- 1 batang serai - dititik
- 2 helai daun pandan
- 1 sudu kecil gula (kak rose tambah)
- Garam secukup rasa

Caranya:
- basuh beras dan rendam 30 minit, tuskan
- masukkan kesemua bahan ke dalam periuk noxxa. kacau rata
- tutup periuk dan laraskan tombol ke arah pressure
- teka high pressure 7 minit dan on
- bila periuk bunyi tit-tit, laraskan tombol ke steam. tekan off dan biarkan anggaran 5 minit
- buka penutup dan gemburkan nasi
- nasi sedia dihidang bersama dayang pengiring

Monday, October 12, 2020

Kuey teow sup

 

sesekali treingin nak makan yang rebus2 cenggini... healthy food lah kononnya... tapi kan kalau berulang2 makan tu masih kira healthy jugak ker? sendiri mau ingat lah kan... mudah jer nak buat sup ni... tapi macam banyak jer bahan nak guna yang pasti sedap dooh gitu...

Resepi:

 - 250g kuey teow, basuh dan toskan

- 2 biji bawang merah

- 2 ulas bawang putih

- 1 inci halia

- 1/2 cawan air

- 1 cawan kubis bunga

- 1 cawan sawi

- 1 cawan tomato

- sedikit carrot dipotong panjang

- 3 biji cili api, diketuk

- 5 ekor udang

- 1 cawan dada ayam

- 1 inci kulit kayu manis

- 1 biji bunga lawang

- 1 biji bunga cengkih

- 2 biji buah pelaga

- 700ml air

- 1 kiub ayam

- 1 sk garam

 

Blend bawang merah dan putih dan halia bersama ½ cawan air

Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis tiga sekawan dan juga bawang hingga wangi

Masukkan air, ayam, udang, kubis bunga, kiub ayam dan cili api

Masukkan sawi dan tomato, perasakan garamnya

Biar mendidih dan boleh tutup api

Sediakan kuey teow dalam mangkuk, dan boleh lah curah kuah tadi, hiaskan dengan daun sup dan bawang goreng

Kalau suka bubuh juga sambal kicap power… shhhheedappp!

since tukan masak tah tahan pedas... ciput jer letak sambal kicap tu... baru lah boleh hirup kuah yang sedap tuh!
 

Sunday, October 11, 2020

Spicy tuna panini

 Bila malas, kita tapau jer...

tukang beli je nak yang pedas ni... tukang makan tekak tak tahan pedass!
tak perlu bersilat didapo kan... mudah kerja tukang masak! cuma potong buah jer 😜

 

Saturday, October 10, 2020

Bye bye ER6n

02102020... dah seminggu dah let go moto ni... banyak terbiar duduk dirumah dari berjalannya.. selama dekat lapan tahun bersama tuannya cuma 18k km kiraan mileagenya.  kan.... nampak sangat tak de masa nak bawak g jalan2 berkonvoi dengan kawan2... nak bawak g kerja berat la pulak dan jalan selalu jem macam tak sesuai bawak moto cenggini... so, instead of terbiar jer kat rumah might as well let go je lah.. apa lagi bila baru ni jatuh motor sebab orang lain yang tak berhati2.. memang tak nak bagi dah nak bawak moto besar ni..
kalau nak kata sayang nak let go tu memang lah... dijaga dan dibelai elok2 kan...
tapi apa kan daya, agaknya dah sampai masa untuk berpisah dengannya..
yang kecik ni baru guna dalam tiga tahun lebih jer, pun dah let go jugak akhir july hari tu.. so kiranya dua2 pun dah tinggal kenangan lah.. satu jer yang masih tinggal... Y15ZR ni
bye bye... walaupun sayang tapi kena jugak lah berpisah dengannya... semuga tuan baru jaga dia macam tuan lama menjaganya.. bye bye ER6n...
 

Friday, October 9, 2020

Nenas dari kebun di kampung..

 Alhamdulillah.. dah boleh merasa..

terima kasih pada tukang kebun yang rajin... 2 ekar nenas ni dia sorang jer yang kerjakan..
tukang makan datang nak amik jer... sangat manis dan juicy, tanpa pencicah pun sedappp..
yang ni lagi sedap bila ditaburkan dengan asam pak chu916 tu..

tery jugak makan dengan sambal kicap manis...sheeeedappppp....
 

Thursday, October 8, 2020

Ayam masak asam pedas

bila rasa teringin nak makan asam pedas, tapi ikan pun tak de dalam stok... ayam pun boleh la kan.. masak pekat2 kuah dia memang ngam sangat digandingkan pulak dengan telor dadar yang a la thai tu. sayur pun tak de, potongkan timun pun dah boleh bertambah2 nasik kami berdua makan... jom kak rose kongsikan resepinya..

Bahan Kisar

  • 20 tangkai lada kering- digunting dn direbus terlebih dahulu
  • 1 labu bawang besar
  • 4 bawang putih
  • 2 inci halia
  • 1 inci kunyit hidup
  • sedikit belacan (kak rose gantikan dengan kiub ayam)
  • 1 sudu besar lada hitam-tumbuk halus
  • 1 ekor ayam- di potong, bersihkan dan di toskan
  • segenggam asam jawa - diramas dgn 1 cawan air
  • 1 sudu besar halba
  • 1 batang serai - diketuk
  • daun kesum - ikut suka banyaknya
  • 1 btng bunga kantan-saya tambah (kak rose x de!)
  • 1 biji tomato - di belah empat
  • 1 liter air atau lebih ikut suka sama ada nk pekat atau cair kuahnya
  • garam dan sedikit gula
  • minyak untuk menumis

Cara-cara

  1. Panaskan minyak, tumiskan halba dan 2 senduk bahan2 kisar sehingga naik bau dan garing
  2. Masukkan air asam jawa dan kacau sebentar lalu masukkan air , serai , lada hitam, kacau dan tunggu sehingga mendidih
  3. Masukkan ayam, daun kesum dan dan masak selama 15 - 20 minit dan akhir sekali masukkan tomato, gula dan garam secukup rasa . * masam, pekat atau cair kuahnya ikut selera masing2*
  4. Siap untuk di hidang dan dimakan

Wednesday, October 7, 2020