Lanai Kijang

Lanai Kijang

Monday, December 14, 2020

Kuih dangai

walaupun hangus kejadiannya, tapi rasa memang ummmppp lah!

mencuba sekali lagi buat kuih dangai ni selepas failed attempt hari tu... tu lah kekdahnya bila mengaji tak abes, baca bahan2 terus nak mencuba, tak baca cara2 nak buatnya pulak. fikirkan mudah jer nak buatnya, tapi bila dah siap dan baca sekali lagi cara nak buat tu memang nanges dibuatnya..so, lesson learnt. kali ni cuba buat lagi, Alhamdulillah menjadi walaupun terhangussss!... jom tengok resepinya..
kak rose gandakan adunan ni untuk dapat 2 loyang cam kat atas ni.

Resepi Kuih Dangai

Bahan2: (Untuk 3 keping Kuih Dangai menggunakan acuan di atas)
1 cawan kelapa parut (lebih sedap yang putih sahaja)
1/2 cawan tepung pulut
2-3 sudu besar gula pasir (boleh lebih)
Secubit garam
Sedikit minyak untuk disapu pada acuan.

Cara Membuatnya:

1.Kelapa parut digaul bersama dengan tepung pulut dan garam
   sehingga rata. (Gaul apabila hendak membakarnya)
2.Bahagikan adunan kepada dua bahagian.
3.Satu bahagian hanya kelapa dan tepung pulut sahaja(A)
4.Satu bahagian lagi ditambah dengan 1 sudu besar gula
   dan digaul rata(B)
5.Panaskan acuan dan sapu sedikit minyak. Guna api kecil.
6.Masukkan campuran A ke dalam lubang acuan sehingga habis.
7.Masukkan pula bahagian B dan ratakan. Tidak perlu tekan.
   Taburkan gula pasir di keseluruhan bahagian adunan tadi.
 

 

No comments: