BAHAN INTI :-)
1 tin kecik sardine "cap ayam" asingkan sosnya
1 ulas bawang putih, cincang halus
1 hirisan nipis halia, cincang halus
1 biji bawang besar, didadu
1 camca teh cili kisar
1/2 camca besar sos cili
3/4 camca besar kicap cair
1 biji limau kasturi, perah jusnyaBAHAN LAIN :-)
1 pack kulit puff pastry jenama "Kawan" berukuran 4 inci x 4 inci (ada 10 keping)
1 merah telur + 1 camca teh susu cair
Sedikit serbuk lada hitam, jika sukaCARA MEMBUATNYA :-)
- UNTUK INTI:- Ikan sardine tadi dihancurkan. Panaskan sedikit minyak, tumis bawang besar, bawang puti dan cili kisar hingga garing. Masukkan sos cili, kicap cair dan sardine tadi. Kacau rata, gunakan api sederhana. Tuang jus limau kasturi dan gaul. Masak sekejap, angkat dan biarkan sejuk sebelum digunakan.
- Keluarkan puff pastry dari freezer dan biar sekejap dalam 10 - 15 minir. Ambil 1 keping puff pastry, kerat dua, satu bahagian dikelar2. Bahagian satu lagi letakkan inti sardine. Tutup dengan bahagian berkelar, tekan tepi2nya dengan garfu. Buat kaedah sama untuk baki pastry.
- Susun dalam loyang yang telah dilenser dengan sedikit mentega. Sapu kuning telur dan tabur sedikit serbuk lada hitam kalau suka. Bakar pada suhu 190C selama 20 - 25 minit atau hingga kuning keemasa. Jika oven anda ada sistem kipas, on kan masa membakar puff pastry ini. Sejukkan atas jaringan sebelum dihidangkan.
** kak rose buat masa lepas lunch, jadi masa nak minum petang tu dah sejuk, masuk dalam air fyer 180° 4 minit, rangup krup krap semula lah.
1 comment:
Elok kemenjadian nya
Post a Comment