Lanai Kijang

Lanai Kijang

Monday, October 31, 2022

Pajeri nenas berempah

Salam hujung october, sekejap jer rasanya dah nak sampai ke hujung tahun kan... dan dapo maya ni lamanya terbiar tak berupdate... bukan nya tak masak tapi entah lah... kerajinan tu memang dah hilang macam tak jumpa jalan pulang... kesian kan sudahnya hidup segan tapi tak mo mati lagi 😪😪
so moh ler kita bagi update pajeri nenas yang kak rose masak semalam tu.. bawak nenas dari kampung dah seminggu tak berusik dan terpikir nak buat pajeri ni... lepas masak ni kita g keluar makan nasi arab kat rawsha pulak. so pajeri ni duk dalam fridge lah sudahnya...resepi kakrose amik dari Sajian dapur bonda. terima kasih kak rose copy resepinya ya.

Bahan-bahannya:
1 biji nenas
2 sudu besar kerisik
1 cawan santan
1 sudu kecil udang kering
1 cawan air
2 biji cili hijau (kak rose x de stok, so tak letak lah)
Gula (gula merah + gula putih), garam, dan perisa secukup rasa

Bahan-bahan untuk pes: (diblender semuanya)
2 sudu besar serbuk kari daging
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
½ inci halia

Bahan-bahan untuk tumis:
2 biji bawang merah dihiris
1 ulas bawang putih dihiris
½ inci halia dihiris
1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
2 kuntum bunga cengkih
Sedikit daun kari
3 sudu besar minyak untuk menumis

Penyediaannya:
1.       Potong nenas kepingan bulat, jangan nipis sangat.
2.       Panaskan minyak dan masukkan bahan-bahan tumis.  Setelah kekuningan dan naik baunya, masukkan pes  dan udang kering, tumis hingga garing dan terbit minyak.
3.       Selepas itu masukkan santan, kerisik, garam, gula dan perisa,   Kalau pekat sangat, masukkan 1 cawan air.  Biarkan mendidih seketika.  Suaikan rasa, kalau kurang garam atau gula, tambah sehingga menepati citarasa.  Kebiasaannya pajeri nenas mesti terasa kemanisannya.. Kemudian masukkan nenas dan masak hingga nenas layu dan kuah pekat.
4.       Akhir sekali masukkan cili hijau  dan tutup api.

 

Thursday, October 6, 2022

Peria goreng telor


 antara sayur pebret kami dirumah ni... selalunya goreng dengan udang, tapi kali ni nak cuba goreng dengan telor pulak... Alhamdulillah sedap jer kat citarasa kami bila digandingkan dengan nasi hangat dan ikan goreng.. jom masak...

 Bahan:
1 biji peria saiz sederhana. Belah dua & buang empulurnya. hiris nipis
2 biji telur, dipukul sedikit
1 camca besar sos tiram
Garam secukup rasa
Sedikit air
1 biji bawang besar*
2 ulas bawang putih*
1/2 camca besar udang kering, rendam 10 minit dan toskan*
1 biji cili merah*(*ditumbuk hancur)

Penyediaan:
1. Rendam peria yang dihiris dalam air bergaram. Rendam dalam 5-10 minit. Ketepikan.
2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk hingga harum, masukkan sos tiram, kacau rata & tuang sedikit air. 3. Masukkan peria kambas. Kacau rata & masak hingga peria lembut sedikit.
3. Tambah garam secukup rasa & kacau rata. Perlahan-lahan tuang telur pada keliling kuali. Bila kelihatan telur mengeras sedikit, gaul rata dengan peria. Masak hingga telur seakan-akan bersalut. Rasa & jika ok, matikan api. Siap.

Wednesday, October 5, 2022

Tuesday, October 4, 2022

mee hoon singapura

buat lagi mee hoon goreng singapura ni... ade beli tapi memang sangat susah nak menepati citarasa yang kita mahukan.. so jawapan yang paling bagus... kedapo, sinsing lengan dan tung tang tung tang... maka siap lah mee hoon singapura yang sedap nih... ni bukan kes naik lif tekan sendiri tau, tapi memang sedap dan memenuhi citarasa sendiri lah!

Bahan utama:

  • Sebungkus bihun direndam lembut.

Bahan A:

  • 3-4 ulas bawang merah
  • 5-6 ulas bawang putih
  • 1 sudu kecil lada hitam
  • 2 sudu makan udang kering
  • 2 inci halia

Nota: Kisar kesemua bahan A

Bahan rencah:

  • Udang  250g (kopek kulit udang)
  • Seikat kucai dipotong dalm 4cm panjang.
  • Lobak sebatang dihiris halus memanjang,

Cara – cara memasak:

  1. Tumis bahan kisaran hingga halus sehingga naik bau.
  2. Perasakan dengan gula, garam dan serbuk perasa secukupnya.
  3. Kemudian masukkan isi udang.
  4. Selepas itu masukkan bihun yang telah direndam lembut.
  5. Akhir sekali masukkan sayur-sayuran dan potongan cili merah sebagai hiasan.
  6. Siap dan sedia untuk dimakan!

 

 

Monday, October 3, 2022

Nasi goreng petai

saya tukang masak jer, sebab saya tak makan petai dan ini request dari en asben yang beli petai dah siap2 buang kulit tu..dah lah sebungkus tu punyalah banyak, entah berapa lama lah nak abes agaknya tu..nanti nak buatkan sambal bilis petai pulak lah... ikan bilis dah siap kirim beli dengan kawan yang pergi ke sabah ari tu. harap adalah kerajinan tu nanti ya..

Bahan bahan:
 
2 mangkuk nasi putih
1 genggam ikan bilis - goreng garing
1 genggam petai - hiris
6 ekor udang sederhana besar
1 biji telur
Garam
Bahan tumbuk:
1 tangkai cili merah
2 tangkai cili padi
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih

Cara cara:
Panaskan minyak dan goreng ikan bilis hingga garing. Angkat tos dan ketepikan. Goreng pula petai seketika dan angkat. Ketepikan..

Menggunakan minyak yang sama, tumis bahan tumbuk sehingga naik bau. Masukkan telur dan udang. Kacau telur supaya bergaul rata dan masukkan nasi putih. Kacau rata.

Masukkan ikan bilis dan petai yang digoreng. Kacau rata. Masukkan garam secukupnya. Sedia untuk diangkat dan dihidangkan panas panas.