so moh ler kita bagi update pajeri nenas yang kak rose masak semalam tu.. bawak nenas dari kampung dah seminggu tak berusik dan terpikir nak buat pajeri ni... lepas masak ni kita g keluar makan nasi arab kat rawsha pulak. so pajeri ni duk dalam fridge lah sudahnya...resepi kakrose amik dari Sajian dapur bonda. terima kasih kak rose copy resepinya ya.
Bahan-bahannya:
1 biji nenas
2 sudu besar kerisik
1 cawan santan
1 sudu kecil udang kering
1 cawan air
2 biji cili hijau (kak rose x de stok, so tak letak lah)
Gula (gula merah + gula putih), garam, dan perisa secukup rasa
Bahan-bahan untuk pes: (diblender semuanya)
2 sudu besar serbuk kari daging
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
½ inci halia
Bahan-bahan untuk tumis:
2 biji bawang merah dihiris
1 ulas bawang putih dihiris
½ inci halia dihiris
1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
2 kuntum bunga cengkih
Sedikit daun kari
3 sudu besar minyak untuk menumis
Penyediaannya:
1. Potong nenas kepingan bulat, jangan nipis sangat.
2. Panaskan
minyak dan masukkan bahan-bahan tumis. Setelah kekuningan dan naik
baunya, masukkan pes dan udang kering, tumis hingga garing dan terbit
minyak.
3. Selepas
itu masukkan santan, kerisik, garam, gula dan perisa, Kalau pekat
sangat, masukkan 1 cawan air. Biarkan mendidih seketika. Suaikan rasa,
kalau kurang garam atau gula, tambah sehingga menepati citarasa.
Kebiasaannya pajeri nenas mesti terasa kemanisannya.. Kemudian masukkan
nenas dan masak hingga nenas layu dan kuah pekat.
4. Akhir sekali masukkan cili hijau dan tutup api.
No comments:
Post a Comment