Lanai Kijang

Lanai Kijang

Thursday, August 31, 2017

Gulai tolo yang hancusss!



beria nak buat masak lomat telo itik ni, tap dek tak sabar nak kacau gulai tu  habis semua telo hancur bersepai.... nampak sangat lah tak cantik tapi bila makan dengan ikan masin goreng, boleh bertambah2 nasik dibuatnya... memang kalau ada masak lemak kak rose suka sangat gandingkan dengan ikan masin dan bertambah2lah lemak nak menepek kan...lain kali kena belajar lebih bersabar kot!

resepi nya kak rose tepek kat sini ya...

bahan2

6 biji telur itik - boleh tambah
5 cawan santan - kalau kurang boleh tambah (kak rose guna 1 kotak santan kara+air)
1 helai daun kunyit
1 batang serai - saiz besar
Garam secukup rasa

bahan2 ditumbuk lumat:

10 biji cili api- kak rose guna 3 biji jer.
1 inci kunyit hidup
sedikit garam - secukupnya

cara memasak:


1. Bersihkan kunyit hidup , cili api dan ditumbuk lumat bersama garam . Masukkan semua santan dengan bahan ditumbuk ke dalam periuk bersama daun kunyit dan serai . Gaul semua bahan dan masak sampai kuah santan mendidih .

2. Pecahkan sebiji2 telor dalam mangkuk berasingan dan masukkan dalam periuk sebiji2 jugak hingga habis. perlahankan api dan tutup periuk. selepas 3-4 minit buka tutup periuk dan kacau perlahan2... jika telur dah keras boleh kacau perlahan2 dan pastikan telor tidak melekat didasar periuk. perasakan gulai dan bila telor dah cukup masak boleh la padam kan api dapur.

Wednesday, August 30, 2017

Bluetooth helmet


hadiah lucky draw...

Tuesday, August 29, 2017

Pisang tanduk...

 sira

 goreng

 kerepek

  pengat

rebus
getuk

yang mana pilihan kawan kawan?

Monday, August 28, 2017

Puding jagung

 puding jagung goyang2 yang sedap makan sejuk2... buat puding ni sebab kes nak abeskan belen jagung manis yang buat apam balik hari tu... tak baik membazirkan, nasib baik jugak ada belen ngam2 satu cawan jagung tu... jadilah dapat untuk makan kami anak beranak..

 kak rose kongsikan resepi puding jagung yag dah banyak kali buat ni...

Bahan-bahan

  • 1 cawan tepung kastad
  • 1 cawan jagung manis
  • 3/4 cawan gula
  • 3 cawan air
  • 1 1/2 cawan susu cair (kak rose guna santan kara ----> lemaknya!)

Cara-cara

  1. Campurkan tepung kastad, gula, jagung, susu dan air.
  2. Lepas itu dikacau sehingga pekat dan berkilat di atas api yang sederhana hingga sebati.
  3. Angkat dan sejukkan di dalam loyang atau acuan dan boleh lah dihias dengan buah ceri dll.
sedap nyaman dinikmati sejuk2 bersama secawan nescafe...

Sunday, August 27, 2017

Seharian semalam...

 hari sabtu yang sangat banyak errand nak kena buat...ngalahkan pak menteri sibuknya... sibuk camner pun, sarapan kena amik dulu kan.. dan ubat jugak... masa ni kepala ade sedikit ting tong... tapi makan tetap laju jer.... roti kosong dan nescafe o kosong. en asben makan roti telo dan nescafe nya lah!

 disebabkan kepala yang rasa ting tong tadi tu... rajinkan diri pergilah jumpa doktor... masa tengah menunggu giliran, ada pulak emergency kes, sakit jantung agaknya, so doctor pun rushing sana sini... hinggalah pesakit tadi tu dihantar ke hospital... barulah dia sambung to attend the patients... dan kak rose pun kenalah tunggu lamaaaaa kat klinik tu...

lepas keluar dari klinik terus ke sepital, en asben nak ziarah kawan yang masih koma sejak pembedahan 23 hari yang lalu. tapi kini dah dipindahkan dari wad ccu ke hdu pulak... ada perubahan yang positif dan itulah doa dari kami semua kawan2 nya... si isteri setia menunggu disisi suami.  sayu sangat hari ini, sepatutnya hari bahagia menyambut ulang tahun perkahwinan yg ke 29, tapi sisuami masih tidak memberikan response bila dipanggil... jatuh jugak air mata walaupun puas menahannya tadi... semuga Emma tabah dengan ujian ini...

 on de way balik singgah kat Al Ikhsan dekat tol batu tiga tu... mulanya en asben jer yang nak bli, tapi mana boleh kan... so dapat jugak lah sepasang kasut ni... muga lepas ni bertambah semangat nak berbrisk walk lah pagi2 hari tu... dan harapnya dapatlah capai tenthousandstepsaday tu... ataupun akan hanya tinggal angan2 jer, time will tell... tengok lah minggu depan nanti...😁😁😁

 beli kasut dapat pulak free botol air ni.... 😊😊😊

 dah lewat baru dapat g makan... restoran Azira jadi pilihan.. tiap kali ke sini, pecal jawa, kerabu dan sayur je pilihan kak rose... dan teh limau panas. pas tu berbondong2 bungkus goreng pisang dan bubur pulut hitam untuk minum petang. menternak lemak bagai tak hengat!

 lepas tu settlekan yuran penyelengaraan untuk rumah pigeon hole kak rose kat batu tiga tu...walaupun rumah kosong, tapi maintenance fees tetap kena bayar kan... tapi ramai jer yang tak endah langsung pasal yuran ni... so as if kita bayar untuk kesenangan penduduk kat situ jer... rasa macam tak adil kan? tapi itulah hakikatnya...jmb pun pening kepala nak buat collection untuk maintain the building well being!

 lagi $$$ mengalir laju... perbaharui cukai jalan dan insurance kereta di honda showroom glenmarie... walaupun dah ade ncd, tapi gst kena 48 hengget!... tak nak bayar boleh tak?

lagi sekali kena gst... g service pulak... ya lah nak jalan jauh balik kampung berhari raya, kenalah belai dulu supaya tak merajuk nanti.. dan bertambah2 lah koyak poket hari ini...sekian merapu meraban dihari sabtu yang hetic!



Saturday, August 26, 2017

Sekali sekala..

 Akhirnya dapat tercapai jugak that #tenthoousandstepaday... 
walaupun once in a blue moon, tapi at least kan...

brisk walk pada pagi khamis, nak jugak tepek kat sini for my own motivation.. kalau kawan2 nak join pun ok gak... jom sama sama #keepingfit. jaga diri jaga hati sendiri kan...

Friday, August 25, 2017

Kuih pagi jumaat

 Asalamualaikum dan salam Jumaat penghulu segala hari yang penuh barokah... semuga kita semua sentiasa berada dalam lindungan Nya, Aamiin. dan pagi ni kak rose nak tepek kuih untuk buah tangan majlis bacaan Surah Al-Khafi dirumah kawan... dan selepas selesai bacaan tu kak rose join satu lagi majlis ilmu kuliah Dhuha yang juga diadakan dirumah kawan kat sini..Alhamdulillah dapat menghadirkan diri untuk kedua majlis bersama jemaah kawasan perumahan kat sini..

 tapi kuih seri muka pandan ni kak rose cuma bawak ke majlis Kahfi saja... selain itu tuan rumag sediakan laksam yang sangat sedap dan kawan2 yang datang pun dengan berbagai kuih muih... memang penuh meja lah dibuatnya... dan makan pun bagai tak hengat! dimajlis kuliah dhuha pulak, tuan rumah sediakan nasi ayam dengan mee goreng dan bermacam kuih buah tangan kawan2... tapi tak larat nak makan dah... so tengok jer lah... dan cepat2 mintak diri nak balik nak pergi ke hospital pulak...

 resepi serimuka pandan...

Lapisan Bawah:


  • 1 1/2 cawan pulut
  • 1 1/2 cawan santan cair (saya letak 1 cwn je..bergantung pada jenis pulut)
  • sedikit garam
Cara Penyediaan
  1. Basuhkan pulut dan rendamkan beberapa jam sebelum dimasak.
  2. Lapikkan plastik dalam loyang bulat 10 inci.
  3. Masukkan semua bahan dalam loyang dan kukuskan sehingga masak...dlm 30 minit.
  4. Setelah masak, angkat dan tekankan pulut yang telah masak tadi supaya mampat dan cantik.
  5. **Sapu plastik dngn sedikit minyak, ratakan dan tekan2 pulut supaya mampat.
  6. Kukuskan semula dan tuangkan adunan bahagian atas.
Lapisan Atas


  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 2 sudu besar tepung beras
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 1 cawan gula
  • 4 1/2 cawan santan sederhana pekat
  • 1 sudu kecil garam
  • Cara-cara
  • Masukkan semua bahan dalam mngkuk dan kacau rata. Tapiskan.
  • Tuangkan perlahan-lahan atas pulut dalam loyang tadi.
  • Kukuskan lebih kurang 30 minit.
  • Sejukkan dahulu baru potong dengan pisau plastik.

Thursday, August 24, 2017

Cekodok yg viral...

 ya... bila viral kat fb jer, mesti teruja sangat nak mencuba... apa lagi bila tengok ramai yang post cekodok bolat2 ni kat fb... asik lalu kat wall, tak boleh jadi ni... kena cuba buat gak. actually banyak kali dah mencuba yang guna air panas ni, tapi lain2 versi kan.... dan yang ni kak rose buat yang savory instead of just plain manis tu dan makan ciciah dengan cili sos. ngam sangat!  tapi masing2 punya cita rasa la kan...

 resepinya kak rose kongsikan kat sini ya... terima kasih tuan punya resepi asal...

2 cawan tepung gandum 
udang segar - cincang halus
1 biji bawang besar - dadu kecil2
1 biji cili merah - potong kecil2
sedikit daun sup - dicincang
garam secukup rasa 
2 1/4 cawan air panas mendidih


1. Satukan dan gaulkan kesemua bahan kecuali air panas
 2. Bulatkan lubang ditengah adunan
.3. Tuangkan air panas dan kacau dengan cepat. adunan akan menjadi berat dan kental
 4. Bentukkan adunan spt bebola mengikut selera..
 5. Panaskan minyak.. dan gorenglah dengan api sederhana hingga kekuningan..

Wednesday, August 23, 2017

Dua hari berturut2...

 Buat apam balik ni sebelum pergi berjejak kasih ke terengganu tempoh hari... hetic sungguh minggu tu, so nak buat pot luck untuk pergi Yasinan dan mengaji hari jumaat tu pun kena lah buat yang mudah2... dan yang penting bahan semua dah ada kat dapo kan.. hari minggu sebelum tu kak rose balik kampung ziarah emak yang kurang sihat dan malam rabu baru la balik, pagi khamis pulak ada majlis yasinan kat rumah kawan dan petang nya kak rose ke sime darby medical centre di subang jaya, melawat suami kawan yang masih belum sedarkan diri sejak pembedahan pada dua minggu lepas... malam baru balik dan pagi Jumaat pulak seperti selalunya, bacaan Surah Al-Kahfi... so apam balik yang mudah nak buat ni lah jadi juadah untuk pot luck, lagi pun ada yang request nak makan lagi... dengan senang hati kak rose buat kan lah... hihi.

 selesai saja majlis bacaan surah Al-Kahfi tu, kawan kak rose datang jemput untuk sama2 berjejak kasih ke kuala terengganu tu... rasa happy sangat dapat jumpa kawan2 sama sekerja yang telah lama terpisah dek keadaan...lupa sekejap pasal hubby dan family... 4 hari 3 malam yang penat tapi sangat berbaloi jejak kasih kami dengan makanan terengganu yg sedap2 tu..

resepi apam balik kak rose kongsikan kat sini ya... terima kasih pada tuan punya resepi..

bahan2 nya
  • 2 cawan tepung gandum
  • ½ cawan gula
  • 1 sudu teh soda bicarbonate
  • 1 sudu teh baking powder
  • Sedikit pewarna kuning
  • 1 biji telur
  • 1½ cawan air
  • Sedikit mentega/planta untuk mengoles
  • Bahan tabur : Kacang tanah yang sudah dikisar
  • (kak rose tambah jagung manis n butter dalam tu...best!)
Cara-cara

  1. Mesin gula bersama telur hingga kembang,
  2. Masukkan soda bicarbonate, baking powder, air dan pewarna kuning. Mesin lagi hingga sebati.
  3. Masukkan tepung dan mesin lagi sehingga sebati. (ADUNAN SIAP)
  4. Oleskan planta di permukaan kuali & tuangkan 1 senduk adunan tadi, kemudian nipiskan.
  5. Biarkan seketika & sementara menunggu masak, taburkan bahan tabur di atas.
  6. Apabila cukup masak, angkat dan dilipat DUA dan sapukan butter pada kedua2 belah apam sebelum dipotong.

Tuesday, August 22, 2017

Jejak kasih kita...

 Jejak kasih di Kuala Terengganu....

1st stop... malam pun nak g jugak di Masjid Kristal ni...


 menjejaki kami kami.... dari Tanjung Malim, Kuala Terengganu, Shah Alam. Port Dickson, Temerloh,  Kuala Lumpur dan bertemu di Kuala Terengganu.

 masjid kristal di waktu malam...

bertukar warna sinaran lampu...

pokok pine disinari lampu malam.

Sunday, August 20, 2017

Truly johorean...

apalah arti buat jawa johor kalau makan tempe goreng tanpa sambal kicap kan.... ni adik belikan masa balik kampung minggu lepas... makan bagai tah hengat hingga bila tinggal empat keping nu jer baru teringat nak amik gambo... hihi

Saturday, August 19, 2017

Roti jala

 lama tak menjala, dan bila ada lebihan kuah kari dari lauk makan tengahari, petang nya merajinkan diri buat roti jala ni... kira two in one gitu... tak perlu lah nak masak kuah kari lagi kan... tapi kali ni kak rose ada buat jugak kuah manis dari durain yang kak rose beli, tapi kurang manis.. hampeh sungguh kan. so kita buatkan dia untuk kuah roti jala ni... tambah gula dan santan, memang lemak kaw kaw punya.... makan sampai kering piring kuah durian! pilih yang mana suka, kuah manis atau yang masin... tapi kak rose suka dua2 dan makan baaaaanyakkkk...

 resepi keeper roti jala dari Azie Kitchen kak rose kongsikan kat sini sekali lagi ya... memang lembut walaupun dah sejuk... jom tengok resepinya..

Roti Jala

Bahan bahan:
3 cawan tepung gandum
2 1/2 sudu besar minyak masak
1 sudu kecil garam
1 biji telur
3 cawan air/santan/susu segar (saya guna air dicampur sedikit santan)
Sedikit pewarna kuning
 
Cara-cara:
Blendkan semua bahan di atas hingga sebati. Kalau nak tahu adunan dah boleh dijala atau belum, cuba masukkan sesenduk ke dalam acuan. Kalau keluarnya tak putus-putus maknanya dah boleh di jala menggunakan kuali non stick. Kuali biasa pun boleh asal tak melekat. Kalau pekat tambah air lagi sehingga boleh dijala.

Lepas jala atas kuali biarkan dalam beberapa saat. Kalau dah masak tak payah dibalik terus aje di angkat dan digulung.

Bila dah siap bolehlah dimakan dengan kuah ayam masak kuzi. Sesuai untuk open house sebab walaupun sampai ke petang roti jala tu tetap lembut seperti baru dimasak

Friday, August 18, 2017

Simple lunch kami..

 simple jer kan... ada lauk, sayur dan buah...dan pastinya ada nasik la kan...

 kari ayam, brokoli bawang putih dan apple hijau+merah tabur dengan asam pak chu... nyum nyum

kari ada berlebih banyak... so next is roti jala... hihi

Thursday, August 17, 2017

Mudah dimasak cepat dapat makan....

ni la kalau kak rose tinggal berdua jer.. dan selalunya lah memang tinggal berdua sbb anak akan lambat balik dari kerja... so dinner untuk kami memang yang mudah2 dan yang penting cepat je nak menyediakannya... no need to defrost, just panaskan minyak dan gorengkan... tempura dan fries pun siap. tuangkan cilisos dan air nescafe o kosong untuk kak rose dan nescafe untuk en asben.... dinner pun ready dan Alhamdulillah tukang masak yang tak rajin ni boleh rehat banyak2 dan tukang makan pun tak cerewet... syukur pada Mu ya Allah atas kurniaan yang tak ternilai ini... kawan2 selalu kalau dinner makan apa ya? haippppp!!! jangan malas2 macam kak rose ya!

Wednesday, August 16, 2017

Daun kesum

tanpanya tak lengkap lah bahan laksa...

Tuesday, August 15, 2017

Kuih hari Jumaat

 Eh!!! dah bertukar nama ke kuih cara berlauk ni????.. tidak lah begitu, cumanya kuih ni kak rose buat pada hari jumaat untuk pot luck majlis bacaan surah Al-Kahfi yang diadakan pada setiap pagi jumaat... dan kami semua dengan senang hati bawak pot luck untuk sama dijamu selepas bacaan tu.. bermacam2 kuih yang ada dan yang pastinya kuih2 yang home made lah yang jadi pilihan ramai selain dari menu yang istimewa dari tuan rumah...

 sempat lah pagi2 kak rose bersauna didapo untuk sediakan kuih cara berlauk ni... tak banyak pun buatnya... cuma satu adunan, dua cawan tepung, 2 biji telo, santan dan garam... inti daging tu kak rose sediakn awal2... juga potongan cili merah dan daun sup tu... so paginya cuma bancuhkan batter dan stat lah bersuna... within half an hour siaplah semuanya ni... cepatkan! dapatlah dalam 50 biji kuih hari jumaat kak rose ni...

 ada masa sebelum bawak g mengaji pastilah kasi posing dulu kuih cara berlauk kak rose ni... tak sangka ramai pulak yang menyukainya... terima kasih kawan2, selalu jer cepat habis kuih yang kak rose bawak! hishhhh!!!! masuk lift tekan butang sendiri!

sebahagian yang hadir untuk bacaan surah Al-Kahfi hari jumaat lepas... hari yang hujan, so ramai lagi yang lewat sampai... jadi dapat lah nak posing2 dulu sebelum majlis bermula....