Lanai Kijang

Lanai Kijang

Monday, August 31, 2015

Apam karamel tanpa telur

 apam hari merdeka.... buat petang semalam untuk cemilan dihari cuti merdeka. Selamat menyambut kemerdekaan yang ke 58 tahun.... merdeka kah jiwa dan minda kita?.. tepuk dada tanya selera... pasti jawapan ada dalam diri setiap pencari kan!

Bahan-bahan

1 cawan gula
¾ cawan air
*** masukkan gula dalam periuk, masak hingga jadi caramel (warna bertukar keperangan) lalu masukkan air. Kacau perlahan hingga sebati.
Tutup api dan sejukkan. (hati-hati semasa masukkan air. 

Gula caramel tadi akan terpercik semasa air dituang dalam periuk)


Bahan-bahan


1½ cawan tepung gandum*
1 sudu kecil baking powder*
½ sudu kecil soda bikarbonat*
2 sudu besar gula
2 sudu besar susu pekat manis
2 sudu besar minyak

Cara penyediannya


1 Ayak tepung gandum, baking powder, soda bikarbonat (*) dalam bekas besar.
2 Masukkan gula, caramel yang dah disejukkan tadi, susu pekat manis kacau rata.
3 Kemudian masukkan minyak, kacau rata lagi hingga kesemua sebati
4 Panaskan kukusan, sapu sedikit minyak pada acuan dan kukus selama 15minit.
Sedia dihidangkan…

Sunday, August 30, 2015

Ke KL dan balik kampung..

 first taim terbang dengan malindo air ni... dah ade kemudahan yang boleh mempercepatkan perjalanan... so kita guna... yang penting the fare tidak mencekik leher la kan... dan minggu tu sampai 2 kali kena terbang. yang ni masa g kl..

 ada refreshment dalam flight yang sekejap ni...  mefar coffee tu sedap pulak.... maklumlah free kan! masa ni kami turun di subang airport, it's take only about one hour dari penang.

 nampak jambatan kedua sayup2 dari udara..

 mid air... terbang pada ketinggian 15k feet diudara.... masih nampak daratan sepanjang penerbangan..

 on the way back di subang airport.... masa pergi bawak beg kecik2 jer.... sekali ade sale pulak kat sogo... terpaksa bli beg beso pulak!

 20hb pulak, masih guna perkhidmatan malindo air nak balik kampung... dan kali ni turun kat melaka airport, batu berendam... amik masa 1 jam dan 20 minit dah sampai... selesa dan tak serabut, mungkin sbb tak banyak penerbangan kan...

penerbangan balik 25 ogos, jugak dari melaka airport.... masa ni tengah demam, so memang tak de nak amik gambo bagai.... masuk dalam flight terus kelubung n tido sampai penang!

Friday, August 28, 2015

Belangsungkawa...

 Asalamualaikum dan salam Jumaat yang mulia pada kawan2 semua... hari ini genap seminggu pemergian bapa kak rose, dijemput pulang menemui penciptanya... selepas subuh pada 21 August. 2015 di Hospital KPJ Kluang akibat serangan jantung dan komplikasi tekanan darah rendah.

Al-Fatihah buat arwah bapa tersayang Haji Bai bin Hajah Miah, semuga rohnya tenang disana bersama2 orang yang beriman. Aamiin.

Thursday, August 27, 2015

Akhirnya...

pengakhiran serumpun pokok cili yang selalu kena tinggal... tuan tanah tak dapat nak membelai pokok yang manja ni.... 5 hari di kl, balik dua hari lepas tu terbang pulak ke kampung selama enam hari... jadi nya bertambah lah rajuknya... dan ini lah keadaannya bila kak rose sampai dirumah semula... memang pesan kat kawan2 suruh kutip buah cili yang masak meranum tu. so yang tinggal.... ranting dan daun kering, but at least ade jugak rezeki buat kawan2....

Thursday, August 20, 2015

Pokok cili yang merajuk....

 Asalamualaikum dan selamat pagi kawan2 semua.... semuga sentiasa ceria dalam menjalani kehidupan seharian... tapi tidak seceria pokok cili kak rose... merajuk sebab kena tinggal kot, tak dapat belaian dipagi2 hari.... 5 hari kak rose g KL, bila malam tu sampai rumah, menda pertama nak tengok adalah pokok2 yang kak rose tinggalkan ni... yang lain masih boleh bertahan, tapi pokok cili ni seakan layu jer.... dalam sepasu tu ada lima cabang pokok, 2 batang dah layu.... sayang sangat sebab tengah lebat berbuah dan tak masak lagi pun cili tuh!

 dalam sepasu ada yang layu dan yang lain masih segar berbuah lebat. kenapa ya jadi cam ni? sepokok tapi lain2 akar ker? eh! konpius pulak!

part dahan yang masih segar... sayang je kalau terjangkit merajuknya...

Wednesday, August 19, 2015

WW: dinner semalam.


 suka suki, beef lasagna + fries cicah cili sos n nescafe o w/o sugar.

2 packs yang sedap, lanai mari!

Tuesday, August 18, 2015

Tamat riwayat.....

 thats it.... tamat lah sudah riwayat D&G La Lune kak rose ni.... kalau berjalan dan segala mak nenek pun berubah tempat... dan nasibnya kurang baik bila berkemas untuk nak check-out, terlepas la pulak dari tangan dan..... prappppp harum semerbak satu bilik.

 tercampak merata kaca.... dan isinya jugak. takat itu jer la rezeki dan guna. ronda2 jugak kat kedai masa kat airport semalam... tapi rasanya masih nak yg ni jugak, tapi tak de stok pulak... so tak de la pengganti. nanti2 lah....

gambar jer la yang tinggal sebagai kenangan!

Monday, August 17, 2015

Masih di sini....


Asalamualaikum dan selamat pagi isnin yang ceria dari Lanai Kijang, Kuala Lumpur.... ni dah hari ke empat kak rose berkampung kat sini.... ikut encik asben yg menghadiri kursus kat sini, kita pun tumpang sekaki sbb takut nak tinggal sorang kat rumah....jadinya kemana dia pergi kita pun kenalah ikut.... dapatlah meronda melepaskan rindu pada Jalan TAR dan semestinya Sogo....bocorlah poket kak rose. Dan kesian pulak pokok2 kak rose yg kena tinggal....harap2 adalah hujan yang akan tolong siramkan pokok yang kurang kasih sayang tu... mlm ni fly balik ke Penang, dapatlah membelai pokok ditaman kak rose yang sekangkang kera tu....

 hari terakhir stay kena tukar bilik pulak.... so berkemas n turun ke 4th floor la kami... bilik yang ni lain sket setting dia dari yang memula tu...x kisah la kan asalkan selesa dan cukup kelengkapan untuk kami nak bermalam..

 ruang untuk bermalas2 sambil menghirup kopi ditemani pokok2 yang rimbun dibalik cermin tu... dan nun dibawah sana nampak kolam renang yang tenang...

 lunch sebelum balik petang tu... en asben makan nasik goreng kambing, but not to his liking, katanya. camner pun habis jugak dia makan!

 and my portion, chickem chop with milky mushroom gravy n segala dayang pengiring. sedap.... sampai dua kali kak rose makan ni semasa stay kat sini. dan healthy bowl yang sangat rich dengan isinya.... laici, kembang semangkuk, sea coconut n sengkuang cina. makan sampai licin.

Saturday, August 15, 2015

Pulut serunding dan kuah durian

 pulut serunding dan kuah santan durian emergency....sebabnya en asben bagi tau nak adekan meeting dengan anak2 buahnya kat rumah malam tu. masa tu dah pun dah hampir pukul 6 petang dan dia kata buatkan pulut ni... tak ke melompat kak rose nak memasaknya... maklumlah kita ni bukan chef yang serba tau, nasib baik jer semua bahan dah ade kat rumah.... so bersilat la kak rose kat dapor petang tu... pulut pun tak sempat nak rendam, terus jer kukus dengan lebih sedikit santan tu... dan serunding udang kering pun memang ada ready stok... tinggal nak tepekkan jer!

 tapi tang kuah santan durian ni, memanglah kena masak jam tu jugak... sambil kukus pulut, siapkan pulak kuah santan durian ni...dan durian pun memang ada stok dalam fridge lebihan en asben jamu anak2 buahnya lepas raya hari tu...bli sampai 2 tong besar... tak terabes so perisi dan simpan dalam fridge, dan inilah penyelamat dikala suntuk2 cam ni....terus buat kuah santan durian untuk digandingkan dengan pulut tu.

 buat dua jenis sbb en asben bagi tau ade anak buah nya yang tak makan durian pulak.... tu yang godek fridge cari serunding udang kering n panaskan semula... masak jer pulut terus tepek dengan serunding, potong cili n daun pandan...kelam kabut pun nak buat cantik2 jugak, biar berselera nak makan...

yang hantu durian makan sampai bertambah2.... dan ade sedikit baki pulut dan kuah kak rose tapau bagi derang bawak balik... habis semua, senang kak rose nak kemaskan periuk belanga.

Friday, August 14, 2015

Cucur kentang lenyek

 kalau dah memang penggemar cucur, apa pun isinya pasti kak rose suka. selalu jugak buat cucur kentang ni, tapi tak pernah pulak dengan cara lenyek cam ni. bila tadi ade yang kongsikan kat fb pasal cekodok kentang lenyek ni, apa kata kalau kita mencubanya kan... sedap dan lembut jer.  ada jugak yang buat dengan diisikan bahan2 savoury, terus lah teringat macam nak buat begedil pulak kan... yang ni versi yang manis,dan tak sah kalau tak cicah dengan sambal kicap kan...

 resepi nya kak rose dapat dari fb, mohon nak kongsikan kat sini ya.. kak rose buat separuh dari adunan ni...



-8bj kentang(rebus & lenyek halus)
-12sudu bsr gula
-1/2 sudu kecil garam
-1/2 peket tpg gndum
-sedikit soda bicarbonat

Cara2:
-kentang d satukan dgn gula & garam
-masuk tpg gndum
-masuk soda & air sedikit demi sedikit..jgn lembik sgt..
(gaul dgn tgn lebih afdal..kikikiki)
-biarkan 5-10min
-grg dlm myk yg byk hingga kekuningan..


dan tu dia!!!! stok sambal kicap jawa kak rose yang lebih banyak gula dari cili!.... buat banyak2, simpan dalam fridge, nak makan tinggal cedok jer. senang keja kan!

Thursday, August 13, 2015

Apam susu

 apa susu yang kak rose buat tiga hari lepas... bila tengok ramai kawan dok tayang apam ni mula la rasa nak buat jugak.... gigih mencari ovelette semata nak buat apam nih. tapi kejadiannya sangat lah tidak secantik yang kawan2 dok tayang tu.... kononnya merasmikan acuan silikon tu, dah siap adunan teruslah tuang dalam acuan dan kukus.... tiba masa nak kuorkan, sekali dia melekat pulokkk!!! dan dengan tak sabarnya korek dengan spatula... kuorlah dia dengan keadaan sompek sana sini....

 resepinya kak rose copy dari blog Yatie, mekasih ya... tapi memang jeles bila tengok yang dia buat tu.... halus mulus jer keluar dari loyang. apa pun tetap sedap n gebus apam nih.

Bahan-Bahan

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh baking powder
  • 4 biji telur
  • 1 cawan gula halus
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1 sudu besar ovellete
  • 4 sudu besar susu pekat manis
  • 4 sudu besar minyak jagung/minyak masak
  • Pewarna dan perisa yang di sukai
 sompek sompek pun nak enter frame jugak!!!!

Cara-cara

  1. Panaskan kukusan dahulu sebelum kita mulakan proses membuat apam 
  2. Mula-mula satukan tepung bersama baking powder kemudian di ayak. Ketepikan
  3. Dalam bekas pemutar, satukan telur, gula halus, ovellete dan esen vanilla
  4. Kemudian putar sampai gebu dan adunan bertukar ke warna putih
  5. Masukkan susu pekat manis. Putar lagi hingga sekata
  6. Tambahkan pula minyak jagung dan putar lagi
  7. Masukkan tepung dan baking powder yang telah di ayak tadi. Kaup balik adunan rata
  8. Bahagikan adunan kepada 3 atau 4 warna
  9. Setiap warna pilihan boleh letakkan perasa yang di sukai jika suka.Gaul rata
  10. Sediakan loyang 8 inc dan sapukan mentega pada loyang
  11. Tuangkan adunan berselang seli warna hingga habis
  12. Kukus dalam kukusan yang telah mendidih airnya selama 40 minit
  13. * tutup kukusan hendaklah di balut dengan kain supaya wap air tidak jatuh atas apam
  14. Angkat apam setelah masak.Keluarkan dari loyang..Potong apam bila ianya telah sejuk.

Wednesday, August 12, 2015

WW: 19G2's green

 1st harvest.....
 
boleh la buat segelas jus+asam boi......

Tuesday, August 11, 2015

Begedil daging

 Raya sebulan kan.... dan selagi tak habis bulan raya, jadinya open house pun masih nak buat jugak kan... dan begedil daging ni kak rose buat untuk digandingkan dengan soto masa open house untuk kawasan perumahan kat sini... bila buat untuk rumah terbuka memanglah banyak nak kena sediakan... so kak rose buat dua hari awal dan frozenkan... tiba harinya tinggal nak gorengkan saja... memudahkan kerja... dan ayam carik2 pun kak rose siapkan awal2... beli bahagian yg isi saja, gorengkan dan siat2 kan...

 dua packet daging cincang kak rose goreng dulu baru campurkan dengan kentang lenyek..

 2.5kg kentang yang telah direbus dan lenyekkan... ready untuk dicampur dengan bahan2 lain...

 dan ini lah jadinya... part of 150 biji begedil dah ready... frozenkan dulu n then boleh simpan dalam bekas..

 mula tu buat sikit dulu n try test... lembik ker, masin ker... Alhamdullilah semua ok jer..

 baru tau cara goreng begedil supaya minyak tak berbuih sbb telor tu.... goreng deep fry, bila dah timbul baru masukkan next biji... tapi kak rose tak tunggu pun, terus masuk jer.... hingga last gorengan minyak masih elok... tak berbuih! terima kasih Nora n Sha bagi petua ni.

1st batch untuk hidangan masa open house tu...Alhamdullilah semuanya mendapat feedback yang bagus.... kuah soto pun habis kering... nasib baik kak rose tak pegang kamera masa derang tungging periuk kuah  dan sambal kicap jawa kak rose tu... he he he

resepi yang kak rose guna....semua kak rose gandakan untuk begedil ni.

Bahan-bahan
1 kilo kentang (dikupas kulit)
400 gram daging (direbus dan dicincang halus, juga boleh ditukar dengan ayam jika mahu) (kak rose guna daging cincang)
50 gram daun bawang (dipotong halus)
50 gram bawang goreng
2 tangkai cili dipotong halus (untuk pedas, boleh tambah mengikut selera
1 sudu lada sulah
5 sudu tepung serbaguna (atau tepung goreng ayam)
3 biji telur (dipukul)
sedikit garam.
Minyak masak untuk menggoreng.

Cara memasak
Rebus kentang sehingga empuk. Kemudian toskan dan lenyekkan.
Campurkan kentang yang telah siap tadi dengan daging, daun bawang, bawang goreng, cili, lada sulah, garam dan tepung serbaguna. Gaulkan sehingga sebati dan menjadi doh.
Bentukkan doh tadi menjadi doh bulat yang lebih kecil.
Panaskan minyak menggoreng. Celup doh yang telah dibentuk tadi ke dalam telur dan goreng sehingga kuning keemasan. Tidak perlu menggoreng lama kerana bahan-bahan tadi telah pun dimasak terlebih dahulu.
Angkat dan siap dihidang.

Monday, August 10, 2015

Laksa johor yang sedap

 laksa johor yang kak rose buat masa open house hari tu...memula tu ragu2 jugak buat laksa johor ni sbb kat sini kan tersangat lah femesnya dengan laksa penang derang kan.... takut jugak kalau orang tak biasa nak makan laksa johor....tapi alhamdullilah, memang diluar dugaan kak rose, dengan lima kilo ikan kembung yang gemuk2 buat kuah tu.... habis semuanya, siap menambah2 lagi derang makan... susah nak jumpa laksa johor yang sedap cenggini kat sini katanya.

 kak rose guna resepi dari blog Azie sebagai panduan... dan selebihnya main ikut apa yang tekak kita rasa sedap la kan.... dan syukur sangat2 ramai yang menyukainya.. mekasih ya Azie kerana resepinya.. dan kak rose gandakan lima kali bahan2 untuk laksa ni.

Laksa Johor

Bahan bahan:
1 paket spaghetti - makan 10 orang
1kg ikan sardin/selayang (rebus)
¾ cawan rempah kari ikan Babas (kak rose guna kari adabi)
½ cawan cili kering yg dikisar
¾ cawan udang kering (cuci bersih, kering dan kisar)
2 cawan santan pekat
3 cawan air
½ cawan minyak masak
1 sudu besar kerisik
Garam
Serbuk perasa
Asam keping (kak rose tambah)

Bahan kisar:
5 batang serai
2 inci halia
2 inci lengkuas
5 biji bawang besar
 
Cara cara:
Ikan dibersihkan pastu kukus. Ada orang rebus tapi kalau kukus lagi senang nak carikkan isinya. Air kukus simpan. Kisar ikan yg telah dibuang tulang dengan air kukusan ikan tadi. Ketepikan.

Panaskan periuk bubuh 1/2 cawan minyak dan masukkan bahan kisar. Tumis sampai naik bau. Masukkan rempah kari ikan dan goreng pantas selama satu minit. Masukkan 1/2 cawan air dan goreng lagi kira-kira lima minit.

Pastu masukkan cili kisar dan goreng lagi sampai terbit minyak. Bila terbit minyak, masukkan ikan yang telah dikisar. Kacau rata. Masukkan 3 cawan air dan 2 cawan santan. masukkan juga asam keping Bila dah mendidih, masukkan udang kering dan kerisik.
 
 memula tu rebus 3 packet jer spaghetti ni.... dan akhirnya tambah lagi 3 packet... Alhamdullilah, semuanya habis....

 menyediakan ulam2... potong timun ni yang amik masa.... 
konon le nak wat cantik2 kan...

 daun kesum yang segar from my own sekangkang kera garden


Ulam ulam:
Timun
Taugeh
Daun kesum/daun selasih
Kacang panjang
Limau kasturi
Lobak asin (kak rose tak de yg ni)
Bawang besar
Sambal lada (lada merah+ciliapi+udang+asam limau, blend)
 
laksa johor dan lontong untuk tetamu kak rose...