Lanai Kijang

Lanai Kijang

Sunday, March 31, 2019

CPU lagi...

 boleh tak nak bukak CC kat rumah ni?




suka sangat lah kalau dapat menggodek menda ni...

Friday, March 29, 2019

Untuk kita semua...

Renungan untuk para ibu dan wanita2 solehah..
Bahagia itu ada didalam diri, setiap pencari..


perkongsian dari laman muka buku dan kak rose nak sharekan kat sini pulak... untuk peringatan diri sendiri yang selalu lupa dan alpa.. juga buat semua yang sudi baca perkongsian hebat ini..kredit buat penulis asalnya, terima kasih.

Selamat menjemput syurga dalam aktiviti sebagai Ibu dan Isteri yang HEBAT.
Selalu ada BAHAGIA di segala cuaca.


Sebuah percakapan Iblis kepada anak buahnya...
"Jika kau ingin merosakkan sebuah keluarga, rosakkanlah dulu ibunya!!"
Beri dia perasaan akan rasa lelah bertubi yang membuatnya merasa lemah dan habis energi.
Jika dia sudah merasa lelah, ambil rasa syukurnya.
Biarkan dia merasa bahawa hidupnya habis untuk mengurus keluarga dan buatlah dia tidak memiliki apapun, selain lelah yang diperolehinya.
Setelah kau ambil rasa syukurnya, buatlah dia menjadi orang yang tidak percaya diri.
Sibukkan pandangan matanya untuk melihat kebahagiaan orang lain.
Buatlah dia lupa akan kebaikan yang dia miliki.
Buatlah dia merasa kecewa dan tidak berharga.
Jika itu sudah terjadi, ambillah juga sabarnya.
Gaduhkan hatinya agar dia merasa ada banyak hal yang berantakan dalam rumahnya.
Buatlah dia merasa betapa banyak masalah yang ditimbulkan daripada anak dan juga suaminya.
Goda lisannya untuk berkata kasar,
hingga nanti anak-anak mencontohnya dan tak menghargainya lagi, lalu bertambahlah kemarahan demi kemarahan, hilanglah aura syurga dalam rumah.
Dan kau akan menemukan perlahan, rumah itu rosak… dari pintu seorang IBU
....
Sekali lagi, makhluk penting itu bernama Ibu.
Lelah yang tidak selesai menjadi tempat masuknya syaitan,
Ia mengambil bahagiamu, mengambil sabar dan syukurmu wahai ibu.
Jangan biarkan syaitan mengambil itu.
Jika kau lelah, rehatlah.
Jika kau lelah, berbagilah.
Sungguh tak ada satupun yang akan membiarkanmu merasa sakit sendiri, jika kau pandai menghargai dirimu.
Ringankan tugasmu ibu.
Jangan menekan dirimu terlalu keras.
Sesekali tidak mengapa rumahmu kotor.
Tidak mengapa betapa banyaknya pekerjaan yang belum kau selesaikan.
Jangan terjebak dalam waktumu, ibu.
Sungguh tugas muliamu jauh lebih penting dari sekadar rutin yang kau lakukan setiap hari.
Rehatlah,
Walaupun tak mungkin kau tempuh jarak puluhan kilo untuk segarkan diri.
Sekadar menyendiri, menyendirilah.
Beri waktu untuk dirimu sendiri.
Sekadar melihat betapa banyak kebaikan yang kau punya.
Betapa manisnya keceriaan anak-anakmu.
Betapa bertanggungjawabnya suamimu.
Rasakan pelukannya.
Ada cinta dan ketulusanmu dalam tegap badannya.
Kau berharga ibu, jangan pernah lupakan itu.
Tetapi, saat mendengar masalah orang lain,kita semakin sedar bahawa perspektif kita menentukan cara pandang kita terhadap masalah.
Jika kita melihat perkara ini sebagai beban, maka kita hanya akan sampai pada titik lelah.
Jika kita memandang diri hanya sebatas pelaku rutin biasa, kita tidak akan menemukan rohnya.
Berilah penghargaan kepada diri kamu, ibu.
Sungguh perananmu jauh lebih besar dari semua keluhanmu.
Jangan biarkan syaitan merosak bahagia dengan mengambil rasa SABAR dan SYUKURMU kerana dari bahagiamu, tercipta ketahanan sebuah keluarga
Baarakallahu fiikum...

Thursday, March 28, 2019

Roti puri


 ni kes tak leh tengok orang tayang kat wall muka buku.. mata dah tekak pun nak merasa sama... so meh la sinsing lengan masuk dapo..uli tepung dan masak kari ikan... puas dapat makan hangat2 bersama kari yang baru siap tu. dan ati manyak sukaaa bila roti semua kembang dengan jayanya... maklumlah pernah buat, dalam banyak2 tu 2,3 jer yang kembang! mencik taw!

 jom tengok resepinya..

Bahan2
 
2 cawan tepung gandum
1 sudu teh yis
3 sudu besar minyak masak
1 sudu teh gula
1/2 sudu teh garam
3/4 air suam/panas (kak rose guna air suam)

Cara penyediaan:

1. Satukan tepung gandum, yis, gula, minyak, garam dan gaul sehingga berderai-derai.
2. Masukkan air panas. Doh agak panas sedikit ya. Boleh uli pakai tangan sahaja.
3. Uli sekejap sahaja sehingga menjadi doh lembut.
4. Bulat-bulat doh sebesar bola ping pong dan perap selama 30 minit.
5. Panaskan minyak (agak banyak).
6. Canai atau leperkan doh yang telah dibulatkan dan masukkan ke dalam minyak panas (goreng sebiji-biji sahaja).
7. Simbah-simbahkan minyak pada permukaan roti hingga naik kembung dan balik -balikkan. Goreng hingga perang.

Wednesday, March 27, 2019

Telur kukus

25 minit



Tuesday, March 26, 2019

Nak yang mudah2 je...

Asalamualaikum dan salam selasa...

 kak rose ni kalau masak nak yang mudah2 jer... dan yang penting cepat nak sediakan dan cepat jugak dapat menikmatinya... macam tu lah bila tukang makan tak de dirumah, selalu kerajinan tu memang tak de lah. ade sesekali nak jugak amkan cam ni, tapi sudah tentu mostly bahan nya pun readymade jugak kan...

 ni yang kak rose guna...yang penting ada tanda halal kat situ.  just panaskan air dan masukkan tomyam paste yang jugak kak rose buat awal2 dah, bila dah melegak tu masukkan jer semua bahan...biarkan mereneh sebentar. dan ready untuk serve..

 
 tom yam paste home made yang kak rose sediakan awal2.. simpan dalam fridge, berbulan boleh tahan... senang bila nak guna dah siap ada.

 selain dari mix bebola tu, kak rose cuma tambahkan tomato, bawang holland, daun limau purut dan serai dalam kuah tu... perasakan jugak garamnya. kalau nak pedas boleh la tambahkan ciliapi yang diketuk dan masukkan dalam kuah yang melegak tu...

mudah kan... sedap dinikmati suam2. tak payah nak pergi ke family mart tu dah. kak rose meratah jer sbb memang tidak lah rajin nak masak nasi bagai kan!

Monday, March 25, 2019

Majlis pertunangan Busu

 Alhamdulillah, Syukur pada Mu ya Rabbi... mumudahkan segala perancangan kami untuk mengadakan majlis merisik dan bertunang anak yang berlangsung semalam di Senawang, Negeri Sembilan. dengan permintaan dari bakal DIL untuk mengadakan majlis seringkas mungkin... mudahlah bagi kami dari pihak lelaki yang cuma bawak tiga dulang hantaran dan berbalas lima. selain itu kami sama2 tetapkan segala yang berkaitan dengan majlisnya nanti... semuga dipermudahkan untuk urusan yang seterusnya.. Aamiin.








Thursday, March 21, 2019

Mayonnaise pancake





 laaaaaama sangat rasanya tak buat pancake macam ni... dan bila buntu tak tau nak buat apa untuk minum petang, en asben suggest buat pancake ni... tukang masak pun dengan rajinnya terus lah buat kan..ternayta tak rugi membuatnya sbb sekali ngadap jer terus habis empat keping gebus gebas ni...

 tapi dalam adunan ni kak rose tak bubuh susu pekat tu, tapi just nice jer manisnya dan bila makan pulak dengan jem strawberry ni tak de lah manis sangat buat kak rose yang memang kurang sangat makan yang manis2 ni.. en asben pun tak de complaint, so kira pass lah tu... tak habis2 nak masuk lift tekan sendiri!

meh kak rose kongsikan resepinya kat sini ya..

Bahan2:

3 sudu besar butter/majerin ~ dicairkan
1 bj telur (k.nor guna saiz A)
1 1/2 cawan tepung naik sendiri
1 sudu teh baking powder
3 sudu besar gula castor
2 sudu besar susu pekat manis (kak rose omit yg ni)
1 cawan susu segar (boleh guna susu tepung yg dibancuh dgn air)
secubit garam
2 sudu besar mayonis

Cara:
Campurkan kesemua bahan dan gaul sebati.
Boleh guna blender atau guna balloon whisk jer.
Biarkan selama 10 minit.
Goreng dlm frying pan hingga masak.
* adunan ni mmg nampak pekat skit, tp lembut dan gebus jer hasil dia nanti
kalau nak tambah air skit pun tak per, tp jangan banyak, nanti cair. kalau cair pancake kita jd nipis jer, tak cantik.

Wednesday, March 20, 2019

Tuesday, March 19, 2019

Ikan jenahak bakar

sesekali bila vitamin r ada mari....

 pernah buat ikan jenahak bakar dan tau kesedapapnya.. makanya en asben nak makan lagi... kak rose lagi suka kalau ada request macam ni... senang kita tak payah nak pikir apa yang nak dimasak dan tentulah bahan pun disediakan kan... dan yang paling penting ada tukang makan! memang sekarang ni jarang sekali nak masak nasi... derang tentu dah lunch kat office dan kak rose makan jer apa yang ada kat rumah... selalunya roti bakar lah tanpa jemu! jom kita tengok resepi ikan bakar sedap nih... tapi sayang, ikan bakar dah hangus bila masak sambil buat kerja lain..😞😞

 kita buat dulu pes ikan bakar ni... sedap sangat pada kak rose. terima kasih pada yang kongsikan kat fb ya. mohon izin nak kongsikan kat dapo kak rose pulak ..

Resepi pes ikan bakar

2 inci lengkuas
3 inci halia
5 batang serai
8 biji Bawang merah 
1 biji bawang holland 
1 sudu udang kering @ jika takde guna belacan 
8 biji cili padi (dependsnak letak berapa)
3 biji cili merah
3 helai daunlimau purut
Cara-caranya :
 
1. Blender semua (kecuali daun limau purut) sampai lumat.
2. Tumis dgn minyak yg Agak byk, kemudian masukkan cili boh 4-5 sudu. 
3. Masukkan garam gula..serbuk perasa + asam keping dan daun limau purut .Tumis sampai pecah minyak.siapp.!
4. Masa nak bakar ikan, lumur jer atas ikan tu, buh dalam aluminium foil. 
Balut bagi kemas dan bakar atas dapur. 
Kak rose bakar dalam Pemanggang Ajaib je.. huhuhu.. senang nak terbalik balik kan.. 
5. Udang dan Sotong pun sesuai gak.. lagi sedap wooo...
6. Pes ni tahan sehingga 1- 2minggu di luar peti ais.
 
ikan jenahak yang kak rose guna... dan kat bakul bawah tu empat ekor ikan siakap dan siap siang, tunggu nanti vitamin r datang lagi, boleh lah buat bakar2 lagi kan...

Monday, March 18, 2019

Tumis petola

Asalamualaikum dan salam isnin buat semua kawan kawan..

 kisah semalam yang ada sedikit kerajinan untuk nak bersialt didapo... seminggu sekali masak pun ok gak kan.. ni pun sebab en asben nak maka ikan bakar yang home made punya, so bila semua dah ada kita pun masak dengan happynya dan tukang masak akan sangat happy bila tengok derang makan dengan seleranya kan... naik lift tekan sendiri lah nampaknya.. hihi

sayur ni pun dah lama sangat tak buat, bila sesekali masak macam ni memang selera sangat nak makan... meratah pun sedap jer buat kak rose. meh kak rose kongsikan resepi mudah kak rose ni.. tapi resepi kak rose ni tak de sukatan yang tepat, main agak2 jer. ikut lah sedap ditekak sendiri, kan cita rasa kita tak sama... betul dak?

petola, bersihkan, belah dua dan potong serong
bawang putih, dihiris
bawang merah dimayang
ikan bilis
cili merah dipotong
garam, minyak dan air secukupnya

cara:
tumiskan ikan bilis hingga garing dan ketepikan,
masukkan pulak bawang putih dan merah, tumiskan hingga wangi
masukkan petola, kacau2 dan tambahkan sedikit air
masukkan garam dan cili merah
kacau sebentar, hingga masak
(kak rose tak gemar sayur yang over cook, so kacau2 sekejap dan matikan api)

Sunday, March 17, 2019

Jom Bali

makan makan di jom bali jer... bukannya g bali pun. 😜😜

 bila hujung minggu, dapo pun nak bercuti kan... kasi dia rehat duk diam2 jangan asik berasap... so pun pergilah cari dapo kat luar pulak. kali ni dapo kak rose kat jom bali, actually tak plan pun nak makan kat sini, tapi bila dah perut pun meminta diisi, singgah jer la mana yang terdekat kan. dan semasa tu g jenjalan cari baju untuk g kenduri kat sacc mall... terus lah singgah kat sini.. memula tu nak makan something western, tapi bila nampak nasik goreng dengan chicken chop crispy ni, tekak jawa ni terus nak makan nasik pulak!
 menu yang sama untuk en asben, cumanya dia tambah honey bbq chicken ni...

the drinks for both of us... iced lemon tea dan honey lemon tea... Alhamdulillah, kenyang sudah.

Saturday, March 16, 2019

Huawei Nova 4

Alhamdulillah, sebulan sudah...

 genap sebulan  dah tepon ni menggantikan oppo f1 yang cepat sangat drained battery nya tu.. dah basi pun nak jugak buat entry kat blog merapu meraban ni.. terima kasih pada en asben yang belikan tepon baru dan masa tu memang tak sempat nak buat entry sbb sebokkan nak pergi berjimba2 di lombok tu. rasanya masih sayang dengan oppo tu, tapi tak kan nak guna sampai dua phone kan...lagi pun oppo tu dah dua tahun lebih dah. so bye bye oppo dan welcome my huawei lah..

 mula guna memang a bit geram jugak lah sbb malas nak explore benda baru.. masa tu baru 2nd day after launch kat mesia. memang terkial2 orang buta it macam kak rose ni kan...grrrr

apa pun lama2 ok dah, sebab terpaksa belajar kan...

Friday, March 15, 2019

The result...

Alhamdulillah.. dah dapat dah keputusannya..

 Yearly health screening untuk tuan tanah..memang setiap tahun kak rose akan buat thorough check-up ni.. just untuk kepastian agar diri sendiri sihat seadanya... maklumlah engine dah lama guna kan... wear n tear pun tentulah sangat extensive... so kena lah jaga diri sendiri kan. dan Alhamdulillah, keputusan ujian darah kali ni roughly lebih baik dari yang last year punya... tapi masih ada jugak bintang tu !

 yang ni nampak semua elok jer..

 tiba yang ni... ada dua tanda ↑↑ tu.. 1st is Phosphalatse tu, tapi doc explain katanya nothing to worry lah.. supposely untuk female ialah <115 134="" dah="" jadi="" kan...="" ni="" p="" pulak="" tapi="">dan satu lagi yang paling jahat, sentiasa dapat tanda tiap kali buat screening ialah kolestrol jahat tu... but at least dah kurang sket dari last year punya... dan total cholesterol pun masih dalam range desireable. ok lah asalkan tak perlu amik ubat untuk kurangkan LDL-Chol tu kan...

 tak de tanda arrow up tu kira ok lah kan..

Alhamdulillah... so lepas ni just teruskan dengan diet yang ada... kena lah jaga diri sendiri kan. kawan2 ade buat health screening cam ni tak?

Thursday, March 14, 2019

Kuih dangai


kali ke dua buat kuih dangai yang guna acuan ni, baru lah betul cara nak isi dalam acuan tu.. memula buat dulu main taram jer, tu lah bila ngaji tak habis tapi sooo eager nak buat, sudahnya jadi pun tak tak semenggah lah... dan kali ni ade sedikit cantik lah kejadian nya tu... bila lagi nak angkat bakul puji sendiri kan 😜😜 dan sangat puas hati dengan end resultnya... rangup dan sesedap rasa.. boleh buat lagi lain kali nih!


masih guna resepi yang sama

Resepi Kuih Dangai
 
Bahan2: (Untuk 3 keping Kuih Dangai menggunakan acuan di atas)
1 cawan kelapa parut (lebih sedap yang putih sahaja)
1/2 cawan tepung pulut
2-3 sudu besar gula pasir (boleh lebih)
Secubit garam
Sedikit minyak untuk disapu pada acuan.

Cara Membuatnya:

1.Kelapa parut digaul bersama dengan tepung pulut dan garam
   sehingga rata. (Gaul apabila hendak membakarnya)
2.Bahagikan adunan kepada dua bahagian.
3.Satu bahagian hanya kelapa dan tepung pulut sahaja(A)
4.Satu bahagian lagi ditambah dengan 1 sudu besar gula
   dan digaul rata(B)
5.Panaskan acuan dan sapu sedikit minyak. Guna api kecil.
6.Masukkan campuran A ke dalam lubang acuan sehingga habis.
7.Masukkan pula bahagian B dan ratakan. Tidak perlu tekan.
   Taburkan gula pasir di keseluruhan bahagian adunan tadi.

Wednesday, March 13, 2019