Lanai Kijang

Lanai Kijang
Showing posts with label ketam. Show all posts
Showing posts with label ketam. Show all posts

Tuesday, March 29, 2016

Ketam tiga rasa

 balik kampun hari tu mil bagi 2 ekor ketam yang beso2 ni.... udah le kak rose n anak pun tak leh nak makan ketam dan seafood yang seisi dengannya.... sudahnya jadila tukang kopek kulit untuk en asben makan. sungguh isteri mitali kan... dan ni resepi 3 rasa ni kak rose buat sama yang selalu masak ikan siakap tu... tukang makan kata ok je, kira ok la tu kan..

 Bahan-bahan:-
2 ekor ketam- bersihkan, umur garam dan kunyit

 
Bahan lain:-
5 ulas bawang putih - ditumbuk asing
3 ulas bawang merah - ditumbuk asing
2" halia - dimayang halus
6 biji cili padi - dihiris nipis (terpulang pada tahap kepedasan memasing la ya...)
garam
gula
1/2 cawan air 

daun limau purut 

Bahan sos:-
3 sdm sos cili
3 sdm sos tomato
2 sdm sos tiram

Cara:-
1. Panaskan minyak.Goreng ketam tadi dan ketepikan.
2. Keluarkan minyak dalam kuali sedikit utk menumis.
3. Masukkan cili padi hiris dan goreng sedikit layu.
4. Masukkan bahan lain seperti bawang putih,halia dan bawang merah yang telah
ditumbuk.Tumis sehingga kekuningan dan agak garing.
5. Masukkan bahan sos.Tambah air.Kacau sehingga kuah masak dan mesra.Masukkan garam dan gula. masakkan juga bahan2 untuk kaler2 tadi
6. Sekiranya hendakkan kuah yang agak pekat,boleh dibancuh dgn sedikit air dan campuran tepung jagung.
7.Tutup api dan curahkan di atas ketam tadi

Saturday, March 6, 2010

Ketam masak lemak cili api


Lauk lunch kami hari ini.... balik dari tesco terus je kedapur..... office kita yang x pernah ada cuti tu.... he he he.... siang segala ikan, udang, ketam dan daging.... kemas kan sayur.... sambil tu sempat godek2 rumah orang cari resepi nak masak lagi....manager dapurlah katakan.... suma keja kena buat sendiri..... ketam masak lemak cili api.... dengan kuah pekat2.... uuuuhhh manalah kolesterol x bertambah2..... exercises malas lak tu.... yang penting makan dulu.... kan???



sayur sempoi je.... goreng kacang panjang dengan ayam